Raja Adsense
klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Video Lah Pulak

Written by sham on September 1, 2008 – 2:27 pm -

Yosh..Apa khabar semua. Saya ada beberapa perkara yang akan diumumkan pada post kali ni. Ia berkenaan dengan video dalam format DVD. Revolusi baru perniagaan produk digital hari ini mula berkembang. Ia bukan lagi dalam format download tetapi kini dalam format DVD.

————————-
Panduan Minisite
————————-

panduan minisite

Video Panduan Membina Minisite telah pun available di CiptaMinisite.com. Produk adalah dalam bentuk DVD. Saya telah pun membeli DVD kosong untuk diburnkan produk ini nanti. Penghantaran akan mengunakan pos Express. Harganya ialah RM40. Penghantaran adalah PERCUMA.

Ia merupakan produk reseller daripada Amirol Zulkifli.

Sebenarnya produk reseller adalah cara yang terpantas untuk anda memulakan perniagaan di internet. Saya tak pasti samada masih ada reseller pakej yang ditawarkan oleh Amirol sekarang ni. Beliau hanya menawarkan 80 pakej reseller. Beliau akan menutup sementara Pakej Evolusi Web Jualan beliau untuk tujuan upgrading. Masa upgrading tak tau lama mana.

Jadi sementara itu,reseller boleh mengambil peluang untuk menjual produk panduan minisite tersebut. Ia satu peluang yang bagus untuk saya kerana saya mempunyai produk yang berkenaan dengan web jualan iaitu Rahsia Penulis Ebook. Jadi selepas restructure laman web penulis ebook, mungkin akan ada beberapa pakej lain nanti.

Siapkan buku dulu…then baru restructure balik site. :)

Anda boleh dapatkan Panduan Minisite di

http://www.ciptaminisite.com

Dapatkan sekarang ye.

—————————-
DVD Video Usahawan
—————————-

Saya telah menerima DVD Video Usahawan daripada Team Jomseminar. Gempak habis. Saya sukakan bagaimana ia disampaikan. Dari segi kandungan video yang bersahaja dan sempoi. Maklumat yang disampaikan juga sangat banyak dan berguna untuk newbie & usahawan internet yang telah berpengalaman.

DVD juga sangat lawa.

video usahawan

Kandungan video ini juga sangat profesional dan ianya bertaraf antarabangsa. Memang kemahiran video editing yang mengangumkanĀ  oleh Yusry. Sememangnya seorang IM bertaraf Antarabangsa. Dulu beliau dikenali sebagai Tuah Emas dikalangan IM tempatan.

Tahniah saya ucapkan buat Yusry,Syed Ihkwan dan juga Fuad Latif yang bersusah payah untuk menghasilkan produk ini. Mereka menerusi syarikat Quick Odyssey Sdn Bhd memang akan terus berjaya untuk menaiktarafkan perniagaan internet di Malaysia ini.

Ia kini berharga RM67 dan akan dinaikkan kepada RM97 tidak lama lagi. Anda boleh menempahnya sekarang untuk mendapatkan harga pengenalan mereka iaitu RM67. Jika anda lambat, anda perlu membayar lebih RM30 la pada masa akan datang.

Tahniah Jomseminar kerana produk yang sangat berinformasi ini. Anda boleh mendapatkan DVD Video Usahawan ini di

http://www.videousahawan.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Apa Yang Boleh Dijual di Internet?

Written by sham on August 26, 2008 – 12:12 pm -

Anda ada produk? Apa sahaja? Kereta? Insurans? Barang bundle? Semuanya boleh anda jual di internet! Boleh dikatakan selagi ia mempunyai permintaan. Selagi itulah anda boleh menjualnya. Beginilah perniagaan internet yang sebenarnya. Perniagaan internet bergantung kepada permintaan. Jangan jual jika ianya tiada permintaan.

Ia adalah sama seperti perniagaan konvensional. Anda perlu melakukan sedikit kajian tentang produk dan juga permintaan terhadap produk anda tersebut. Jangan syok sendiri. Ini adalah faktor kegagalan kebanyakan perniagaan internet yang sekarang ini. Kebanyakannnya syok sendiri dan menyangkakan ia mendapat sambutan yang mengalakkan di internet sedangkan ianya tidak mengalakkan pun.

Jadi sebelum memulakan perniagaan internet. Buat:

1.Kaji permintaan

2.Kaji target market anda - apa yang mereka mahukan

3.Kos - kos produk,kos penghantaran & kos lain

4.Undang Undang - adakah ianya produk bercukai bagi dihantar ke negara lain?Produk larangan negara berkenaan?

4 perkara ini anda perlu pastikan sebelum memulakan perniagaan. Jika anda mensasarkan hanya pasaran Malaysia, undang undang mungkin tiada masalah. Jangan pulak menjual barangan yang dilarang oleh undang undang ye. Jika tidak, anda akan terus masuk penjara terus.

Bagi penghantaran pula anda perlu pastikan curier yang berwibawa yang akan pastikan produk anda sampai kepada pembeli anda dalam masa yang ditetapkan. Pastikan mereka menguruskan produk anda dengan baik dan tidak merosakkan produk anda.

Pastikan kos yang yang berpatutan yang tidak akan merugikan anda. Anda tentukan samada kos penghantaran ditanggung oleh pihak anda atau pihak pembeli. Kebiasaannya kos penghantaran ditanggung pembeli. Anda boleh membuat kelainan dengan menawarkan kos penghantaran percuma & anda boleh masukkan dalam harga produk anda. Pastikan ianya berpatutan!

Selamat memulakan perniagaan internet anda. Saya gemarkan produk digital kerana ianya murah & menguntungkan untuk jangka masa yang panjang. Saya mungkin akan mengofflinekan produk digital nanti. Produk akan dimasukkan ke dalam CD dan produk akan diposkan ke rumah pembeli.

Sekarang dalam fasa percubaan.Saya test untuk megasales perkahwinan saya baru baru ini. Sebab itulah saya ada menawarkan 2 cara penghantaran produk iaitu download dan juga CD. Ada orang gemarkan dalam bentuk CD & ada yang mahu lebih cepat iaitu cara download. Dari situ, kita dapat mengenal tabiat pembeli anda!

Selamat Berjaya!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Video Lah Pulak

September 1, 2008 – 2:27 pm

Yosh..Apa khabar semua. Saya ada beberapa perkara yang akan diumumkan pada post kali ni. Ia berkenaan dengan video dalam format DVD. Revolusi baru perniagaan produk digital hari ini mula berkembang. ...

Komisen Ogos 2008 Selesai Dibayar

August 20, 2008 – 4:26 pm

Saya mohon maaf diatas kelewatan untuk membayar komisen pada kali ini.Sepatutnya saya akan membayar pada 16hb setiap bulan tetapi bulan ni pada 16hb,saya seharian memandu pulang ke Terengganu. Pada 17hb ...

7 Sebab Kenapa Tak Berjaya Buat Duit Di Internet?

August 12, 2008 – 6:58 pm

Kenapa? Cuba anda tanya diri anda kenapa anda masih belum berjaya buat duit 1 sen pun di internet? Kalo mereka yang dah berjaya tu, tahniah. Bagi yang belum berjaya... apa ...

Jualan Murah Perkahwinan Dilanjutkan dan Jemputan Kenduri

August 9, 2008 – 3:08 pm

Saya tak berani untuk menjemput awal kerana kad kahwin kami ada 2 jemputan.Keluarga isteri saya hanya buat kecil kecilan sahaja dengan jemputan seramai 800 orang je. Alhamdulillah semua berjalan dengan ...

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan