Raja Adsense

Ajarla saya dari A hingga Z..

Written on December 14, 2006 – 1:16 am | by sham |

hohoho…saya selalu dapat email mcm ni. Ia adalah mustahil. Ini adalah kerana ilmu allah ni sangat besar dan ianya dari usaha sendiri. Boleh ke anda belajar dari guru anda dari A hingga Z ilmu yang dia ada???

Tentu tak boleh bukan..Ilmu hendak la dicari sedikit demi sedikit.Anda hanya mungkin dapat belajar sehingga 60% sahaja agaknya. Selebihnya anda kene la mencarinya sendiri. Ilmu keusahawan datang dari pengalaman dan pembelajaran berterusan. Tidak kira la anda meniaga di internet atau di dunia sebenar.

Internet hanyalah medium untuk kita menjual.Konsep jual beli adalah sama dengan perniagaan konvensional.Jadi kenapa perlu nak membezakan dengan perniagaan konvensional? Persoalannya adakah anda boleh menjual atau berniaga?

Jiwa keusahawanan boleh diasuh dan diasah sedikit demi sedikit. Meniaga di internet atau konvensional adalah sama sahaja. Anda perlu membentuk sikap keusahawanan. Tapi perlu anda ingat sebagai usahawan ia berlainan dengan bekerja dengan kerajaan atau dengan orang dimana cukup bulan dapat gaji.

Menjadi usahawan,anda kene la sanggup untuk menghadapi segala risiko. Ia diibaratkan satu perjudian dimana kita tak tahu esok ada duit untuk kita atau tidak. Jatuh, bangun adalah perkara biasa jika anda sebagai usahawan.

Usahawan perlu berusaha bersungguh sungguh bagi mendapatkan habuan dari usaha,jika tak buat..tiadala duit untuk menangung keluarga. Adakah anda sanggup? Jika anda sanggup. Selamat datang ke dunia keusahawanan. Dunia penuh pancaroba.

Ingatlah carilah ilmu keusahawan sedikit demi sedikit. Ilmu itu akan meningkat darii masa ke semasa. Cuma anda perlu banyak berusaha dan berkorban untuk mencari ilmu ini. Laburla sedikit duit anda yang ada untuk menghadiri seminar atau bengkel. Ia akan menambahkan lagi ilmu yang anda cari.

Kerajaan sendiri sering menganjurkan seminar untuk para usahawan.Di masa ini bina la rangkaian perniagaan anda. Semalam saya menghadiri seminar “Groom Big” di Hotel Primula Beach Resort. Ia dianjurkan oleh SIRIM,PMINT dan MeCD. Jika anda berpeluang,hadirkan diri dimana mana seminar di tempat anda. Ia akan membantu meningkatkan pengetahuan anda…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :