Kejayaan Bukan Dalam Masa Yang Singkat
Kejayaan adalah sesuatu yang sukar. Jika seseorang menjanjikan sesuatu pelaburan semudah satu,dua, tiga adalah lebih baik anda hindari. Ini adalah kerana tiasa kejayaan tanpa usaha. Anda akan terjebak dengan skim cepat kaya jika mempercayai bayak duit sekali lepas tu relax dan dapat duit atau lebih terkenal dengan konsep 4D (Duduk Diam Dapat Duit).
Mungkin anda ada dihampiri oleh mereka yang menagku sebagai perunding perniagaan internet dan meminta membayar sekali dan semua akan secara automatik anda akan mendapat duit selepas itu. Itu adalah bohong semata mata. Sudah terang lagi tersuluh dalam surat khabar sudah diwar-warkan jangan sertai pelaburan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan. Tapi kenapa mencari nahas?
Kita disogok dengan berbagai janji manis oleh program pelaburan yang menjadikan pulangan yang tidak boleh diterima akal.Tapi ada sesetengah boleh mempercayainya. Kenapa?Begitu terdesak perlukan wang? Tidakkah anda tahu anda boleh kehilangan semua apa yang anda ada dalam sekelip mata dengan menyertai program sebegini. Anda boleh cepat KAYAP adalah dalam program sebegini.
Dinar Iraq dan pelbagai pelaburan off shore tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Anda pasti dari mana datang hasil mereka tu?Arak, judi dan sebagai adalah kemungkinan duit anda dilaburkan atau hanya duit orang baru diabayar kepada orang lama.Walaupun mereka menafikan ia bukan dari sumber arak, judi dan sebagainya.Tapi apakah buktinya?Mahukan anda memakan hasil yang haram untuk anak dan isteri anda?
Berkenaan dengan Dinar Iraq, anda sebenarnya memperjudikan wang anda.Dengan keadaan Iraq yang semakin bergolak dari hari ke hari.Anda yakin nilai matawang tersebut akan naik semula?Jika Quwait ia mungkin berlaku kerana ia hanya negara kecil dengan hasil minyak yang banyak.Jadi jangan bandingkan dengan negara Quwait. Jangan memperjudikan wang anda kepada benda yang tidak pasti akan ada hasilnya.
Kembali kepada kejayaan.Kejayaan bukan sesuatu yang mudah nak dicapai. Ia memerlukan pengorbanan yang berterusan disamping dengan usaha yang gigih.Anda perlu korbankan wang ringgit dan masa anda dalam mengejar impian yang pasti akan dicapai. Ianya tidak akan dicapai dalam masa yang singkat. Sebut sahaja semua jutawan dan bilionaire yang ada.Mereka semuanya berusaha keras dan bijak mengambil peluang. Jatuh bangun dalam proses mencapai kejayaan adalah perkara biasa.
Kegagalan akan membentuk jatidiri yang lebih kukuh dan teguh dalam meneruskan perjuangan mencapai kejayaan. Ingatlah janji Allah kerana kejayaan pasti akan datang kepada mereka yang berusaha.Sebab itulah kita mempunyai pepatah “USAHA TANGGA KEJAYAAN”. Kenapa? Kerana itulah formula untuk berjaya!
ps:Pihak ebizMalaysia akan mengadakan satu seminar di Kuantan pada 29hb ini.Pastikan anda mempunyai motivasi yang cukup untuk menempuh tahun 2007.Untuk pendaftaran seminar sila ke http://www.ebizmalaysia.com/seminar/
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






One Response to “Kejayaan Bukan Dalam Masa Yang Singkat”
By afiq on Dec 23, 2006 | Reply
betul tu..mula2 tu saya rasa nak stop aje layan internet ni..pasal tak berapa mnampak hasil…kena sabar..