Raja Adsense

Reinvest Satu Kemestian

Written on December 24, 2006 – 2:24 pm | by sham |

Pelaburan semula adalah satu perkara yang penting dalam perniagaan.Ia akan meningkatkan lagi pendapatan anda jika kena dengan caranya. Pastikan anda tahu kemana dan apakah pelaburan yang anda buat. Jangan hanya ikut orang.

Apa yang saya maksudkan pelaburan semula adalah jika anda telah mempunyai satu laman web dan ianya mempunyai pendapatannya sendiri.Seterusnya anda melaburkan untuk menghasilkan laman web kedua dan menghasilkan pendapatanya sendiri dan begitulah seterusnya.

Pelaburan untuk ilmu juga adalah penting.Jadi jangan lupa untuk membeli buku dan menghadiri seminar untuk memantapkan lagi ilmu yang anda ada. Pasti anda akan menemui kelemahan dan kesilapan anda lakukan.Anda boleh menilai sendiri perkembangan dan kemampuan anda. Buat sedikit analisis tentang kelebihan dan kelebihan anda. Baiki kelemahan anda. Jangan mengulangi kesilapan yang sama. Bodoh la jika anda jatuh pada lubang yang sama.

Tidak mengapa jika anda jatuh dalam proses belajar.Tapi jangan jatuh ke dalam lubang yang sama. Jika anda asyik mengulangi kesilapan yang sama berulang kali maka anda akan menempah kegagalan.Anda mungkin tidak dapat bangkit lagi kerana anda pasti akan mengulangi kesilapan tersebut.

Anda boleh laburkan wang anda dalam apa sahaja asalkan ianya halal.Anda boleh pilih samada pada ASB,saham ,unit trust,forex dan sebagainya.Jika unit trust atau forex anda mesti tau akan risiko.Ia merupakan satu pelaburan yang berisiko tinggi dimana forex anda perlu tahu selok belok dalam forex dari segi analisisnya dan sebagainya. Jika dalam unit trust anda perlu memilih unit trust manager yang betul² bagus. Jika pengurus unit trust anda tidak berpengalaman, anda mungkin kehilangan semua duit anda.

Okla.Semua pelaburan yang anda buat pastikan anda telah membuat kajian terlebih dahulu.Jangan perjudikan wang anda walaupun anda sangat kaya. Jangan lupa ia adalah dana persaraan anda kelak.Jadi jangan perjudikan wang anda sembarangan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 4 Responses to “Reinvest Satu Kemestian”

  2. By Hasafi on Dec 25, 2006 | Reply

    Kena pegi belajar financial planning nih. Baru tahu nak letak duit kat mana.

    p/s – ASB tu halal ke? Setahu saya tak ada syariah approval.

  3. By sham on Dec 25, 2006 | Reply

    Yup…Sumber dia meragukan skit..sekarang saya prefer kepada takaful..simpan disamping melindungi diri..

  4. By sifuu on Dec 31, 2006 | Reply

    aah, ASB tidak halal…coz ada diantara pelaburannya dilaburkan pada perbankan konvensional yang mengamalkan riba…selain itu, ada juga dilaburkan kepada syarikat rokok….

    so, macam yang disyorkan oleh sham, laburkan pada takaful..selain itu, ada juga pelaburan islam yang ditawarkan bank rakyat dan bank islam…

  5. By sham on Dec 31, 2006 | Reply

    Ada banyak option lain seperti perbankan islam yang tertentu yang berdasarkan syariah..Anda boleh melabur dalam saham² tertentu atau bon islam…Tapi anda perlukan mengetahui semua selok belok pelaburan..

    Tambah aset anda,kurangkan liabiliti…cara lebih aset adalah sesuatu yang mendatangkan pendapatan kepada kita… liabiliti yang menyebabkan kita mengeluarkan wang..

    Baca bku Rich Dad Poor Dad dan buku² azizi ali..Ia banyak membantu kefahaman anda tentang konsep kewangan dan membina kekayaan..Saya sendiri cuba mengaplikasi dari apa yang saya baca..

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :