Eh..Saya Bercuti Hari ni
Jangan salah paham.Apa yang saya nak cakap bukan saya yang bercuti.Ini adalah salah usahawan dimana saya cuba guna perkhidmatan beliau. Apa yang peliknya boleh plak dia dok berchatting dan berlawak di blog beliau.Jika bercuti dan tidak dapat access internet adalah boleh dimaafkan.
Ia seolah olah jika cuti umum.Semua aktiviti perniagaan dihentikan.Bagi saya ia adalah sangat merugikan.Kenapa?Ketika kita bercuti,kaum cina terus buat duit.Mereka cukup menjaga pelanggan mereka.Ini adalah apa yang saya belajar dari mereka.Ketika orang bercuti ketika itulah mereka membuat duit yang banyak.
Sikap orang melayu yang gemar bercuti sehingga melupakan pelanggan tetap mereka adalah sangat merugikan.Lebih lebih lagi jika anda membuat perniagaan berteraskan perkhidmatan.Pelanggan anda mungkin akan mencari orang lain ketika anda sibuk bercuti.Anda mungkin akan kehilangan mereka buat selamanya.
Saya ada satu cerita berkenaan buat duit ketika cuti.Harap anda boleh menjadi iktibar.
Di suatu bandar,ada sepasang suami isteri berniaga nasi lemak.Di kawasan itu terdapat banyak kawasan perumahan dan juga pesaing.Hari Raya makin menjelang.Kesemua pesaing mereka sedang berkira kira untuk bercuti dan menutup kedai.Sedangkan pakcik ini girang kerana beliau pasti akan mebuat keuntungan berlipat kali ganda.
Pada hari raya, kesemua kedai ditutup.Pak cik ini pagi² lagi telah membuka kedai beliau.Apa lagi,kedai beliau terus diserbu orang ramai bagi mendapatkan makanan untuk sarapan.Pada kebiasaannya,pak cik ini hanya membuat keuntungan sekitar RM200 sehari.Ketika ini, beliau boleh mendapat keuntungan lebih dari RM1000 sehari.Bayangkan la 5 kali ganda dari keuntungan yang biasa beliau dapat.
Ini adalah kerana kesemua pelanggan tetap pesaing beliau terpaksa membeli nasi lemak dari pak cik ini.Apa yang menariknya.Ramai dari pembeli ini akhirnya menjadi pelanggan tetap pakcik ini.Semakin hari semakin ramai ke warung pak cik ini.Mereka sanggup menunggu lama kerana nasi lemak beliau sangat sedap.Akibat berniaga ketika orang cuti ini telah mengubah hidup pakcik ini.Keuntungan semakin meningkat setiap hari kerana ramai orang mula mengenali beliau.
Kesimpulanya, jangan jadikan alasan anda bercuti untuk tidak berniaga dan melewatkan tempahan orang.Ini adalah kerana anda akan kehilangan pelanggan tetap buat selamanya.Apa yang pasti jika saya yang menjadi pelanggan,saya akan mencari perkhidmatan dari orang lain yang akan memberikan khidmat sokongan dan perkhidmatan yang lebih pantas dan cepat.
Jika anda seorang usahawan.Pastikan perkara ini.Jika perniagaan pilihan anda.Maka lupakan cuti.Walaupun bercuti anda boleh berniaga.Pastikan polisi anda ditepati.Jika anda menjanjikan ia dihantar dalam masa 24 jam.Pastikan janji ini ditepati.Inilah prinsip perniagaan sebenar.
Pelanggan pasti akan menuntut apa yang dijanjikan.Pastikan kesemua janji anda ditepati. Jika anda terlewat kerana ada perkara kecemasan, minta maaf kepada mereka dan beritahu perkara sebenar. Ini pastikan akan mengubah tanggapan mereka kerana anda terlewat. Ini adalah konsep “customer is always first” atau “customer is always right” dan seangkatan dengannya.
Pelanggan anda akan memaafkan kesalahan kerana kelewatan ini jika anda berterus terang. Tiada orang yang sempurna. Jangan lupa minta maaf kerana ia memang kesalahan anda sebagai peniaga atau usahawan. Tidak kurang harta anda jika anda minta maaf. Jadi apa yang nak dirugikan?
Kadang² kita perlu bercuti.Tapi biarla ada orang yang menguruskan semasa ketiaadaan anda. Saya sendiri saya terpaksa travel ke mana mana pasti saya akan cari cc yang menyediakan internet bagi respon kepada tempahan atau pertanyaan pelanggan saya. Pelanggan adalah keutamaan saya. Anda pula bagaimana?




One Response to “Eh..Saya Bercuti Hari ni”
By Maizul on Dec 25, 2006 | Reply
Betul tu.. mereka sangat menjaga pelanggan walaupun waktu cuti kedai mesti bukak tapi kalau time raya cina banyak jugak yg tutup pun susah jugak nak mencari kedai sbb kedai melayu pun tutup jugak… haru2 selalunya macam tu lah