Selamat Hari Raya Aidil Adha
Selamat hari raya Aidil Adha dan Selamat Menyambut tahun 2007 kepada semua pembaca blog ini.Buatla perancangan bagi tahun hadapan agar tahun seterusnya lebih baik dari tahun ini.
Jadikan segala apa yang anda buat pada tahun ini lebih baik pada tahun hadapan. Jika anda seorang usahawan, jadilah usahawan yang lebih berjaya pada tahun hadapan. Jika anda seorang pekerja, berusahalah untuk lebih maju.
Buatla perancangan dan matlamat yang anda ingin capai pada tahun hadapan. Jadilah orang yang bercita cita dan berusaha mencapainya.Bukan hanya bercita cita tapi tidak berusaha untuk mencapai cita cita.Ia pasti akan hanya menjadi cita cita.Akhirnya kita tak ke mana dan terus ketinggalan malah lebih teruk dari tahun sebelumnya.
Tetapkan azam baru dan berusaha untuk mencapai azam dan matlamat. Sentiasa ingatkan azam yang ingin kita capai.Jadikan matlamat tersebut sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha. Tidak ada kejayaan tanpa usaha.
Haji tahun ini juga sangat istimewa kerana ia bermula pada hari Jumaat.Pahalanya 70 ribu kali lebih pada haji pada hari lain.Ini adalah keistimewaan hari jumaat.Esok adalah Hari Raya Korban.Kepada yang mampu,berkorban la sedikit wang ringgit anda untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan banjir di Johor,bantulah mereka.Saya pasti mereka memerlukan bantuan anda.




4 Responses to “Selamat Hari Raya Aidil Adha”
By Zack on Dec 30, 2006 | Reply
terima kasih sebab balas soalan saya di smartusaha…
maknanya, w/pun pembelian product di internet memerlukan card dredit mastercard/visa, tp dgn adanya debit card saya maih boleh beli ebook (contoh shj) menggunakan debit card?) katakan paypal tidak digunakan)
By sham on Dec 31, 2006 | Reply
boleh je guna.asalkan dalam debit kad ada duit…
By Maizul on Dec 31, 2006 | Reply
Selamat Hari Raya sham.
By sham on Dec 31, 2006 | Reply
Selamat Hari Raya Maizul..Selamat Tahun Baru tinggal lagi 10 minit ketika saya menulis ini..