Hari Raya Aidil Adha
Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam.Hari ini seekor lembu selamat dikorbankan ditepi rumah saya. (pstt..ayah saya meniaga lembu). Jadi saya tolong la ayah saya melapah dan memotong daging. Pada asalnya semua orang ahli keluarga saya masuk korban (Ayah,Mak,Akak,Saya dan adik).
Tapi semalam,ada beberapa orang meminta nak buat ibadah korban.Jadi kami korbankan bahagian kami kepada mereka kerana kami tiap tiap tahun boleh buat sebab tu adalah kerja ayah saya.Pada musim kali ini lebih dari 20 ekor lembu berjaya dijual termasuk ke istana.Jadi hanya adik saya yang menyertai ibadah korban kali ini sebab beliau belum pernah lagi.
Inilah yang sebenarnya yang Smartusaha dalam post beliau sebelum ni. Anda boleh melihat post beliau di sini.
Esok akan bermulanya tahun 2007.Bagaimana persediaan anda? Saya kini bersedia dengan beberapa product baru yang akan diperkenalkan nanti. Ada 2 ebook percuma akan saya berikan kepada subcriber saya nanti.
Kepada yang belum subcribe.Saya akan letakkan tempat untuk anda download nanti.Jangan risau..Dan ebook ini saya akan update dari masa ke semasa walaupun ianya ebook percuma.Jadi jangan subcribe semata mata nak dapatkan ebook percuma kerana anda akan rugi.
Selamat Menyambut Tahun Baru dengan Azam yang lebih mantap dan semangat yang berkobar kobar.



