Raja Adsense

Archive for December, 2006

Jangan sempitkan pemikiran anda!

Wednesday, December 20th, 2006

Dalam proses pembelajaran anda akan menemui pelbagai maklumat samada ia berguna atau tidak kepada anda. Namun, anda harus belajar dari maklumat tersebut. Belajar. Kebanyakan mereka yang dah lama dalam Adsense pasti akan tahu cara pemasaran dan tekni salah dalam adsense walaupun beliau tak mengamalkannya. Bagaimana mereka tahu?

Sudah tentu mereka akan membuat kajian walaupun ia teknik yang salah.Sebagai contoh teknik blackhat . Jika ingin berjaya,kita perlu belajar. Ini adalah bagi mengelakkan kita melakukan kesilapan tanpa kita sedar.

Begitu juga ebook giveppcthefinger. Walaupun maklumat didalam tu menghentam PPC atau pay per click tapi kita kene tahu kenapa penulis tersebut tak suka dengan ppc. Kita boleh buat kajian kenapa dia tak sukakannya?Seterusnya kita ambil pengajaran dari ebook tersebut walaupun kita tak sukakannya. Yang penting,kita tahu senario semasa.

Tiada sesuatu program pun yang sempurna. Pasti ada kelemahan. jadi dengan muncul ebook membuka minda seperti death of adsense, death of IM dan yang terbaru giveppcthefinger. Ia pasti dapat membuka minda kita yang sebelum ini kita tak tahu dan merasa selesa dengan apa yang ada.

Pembelajaran adalah proses seumur hidup. Dalam proses ini akan mendapati baik buruk sesuatu perkara. Jangan sempitkan pemikiran anda dengan perkara yang baik sahaja. Kita hanya nampak perkara baik sahaja yang buruk kita pandang sebelah mata. Ini tidak baik untuk minda anda. Perkara ini akan menyebabkan minda anda tidak berkembang.

Jadi kembangkan minda anda!!

Jika aku seorang Usahawan..

Saturday, December 16th, 2006

Seorang usahawan perlulah bijak mengenalpasti peluang dalam membina rangkaian perniagaan mereka. Apa ayang saya ingin tekankan disini ialah jika aku seorang usahawan…

Jika aku seorang usahawan…aku akan berusaha bersungguh sungguh bagi mendapat pulangan.

Jika aku seorang usahawan…akan aku cari ilmu sebanyak mungkin.

Jika aku seorang usahawan…aku tahu risiko yang akan aku hadapi dan bersedia menghadapinya.

Jika aku seorang usahawan… aku takkan putus asa walaupun gagal beberapa kali.

Jika aku seorang usahawan…aku akan membina rangkaian perniagaanku ke seluruh dunia.

Jika aku seorang usahawan…aku akan membantu rakan rakan seangkatan denganku.

Jika aku seorang usahawan…aku mesti tahu mengambil peluang yang datang kepadaku.

Jika aku seorang usahawan…aku akan bersedia dengan perancangan yang teliti.

Jika aku seorang usahawan…aku akan sentiasa bersedekah kepada mereka yang memerlukannya.

Jika aku seorang usahawan…aku akan menhormati rakanku,lawanku,guruku dan orang² disekelilingku.

Jika aku seorang Jutawan…aku takkan lupa Kepada-Nya.

Bagaimana sahabat sekalian?Ini adalah sebagian perkara yang perlu ada pada anda..pupukla sifat keusahawanan dalam diri anda dari sekarang.

Ajarla saya dari A hingga Z..

Thursday, December 14th, 2006

hohoho…saya selalu dapat email mcm ni. Ia adalah mustahil. Ini adalah kerana ilmu allah ni sangat besar dan ianya dari usaha sendiri. Boleh ke anda belajar dari guru anda dari A hingga Z ilmu yang dia ada???

Tentu tak boleh bukan..Ilmu hendak la dicari sedikit demi sedikit.Anda hanya mungkin dapat belajar sehingga 60% sahaja agaknya. Selebihnya anda kene la mencarinya sendiri. Ilmu keusahawan datang dari pengalaman dan pembelajaran berterusan. Tidak kira la anda meniaga di internet atau di dunia sebenar.

Internet hanyalah medium untuk kita menjual.Konsep jual beli adalah sama dengan perniagaan konvensional.Jadi kenapa perlu nak membezakan dengan perniagaan konvensional? Persoalannya adakah anda boleh menjual atau berniaga?

Jiwa keusahawanan boleh diasuh dan diasah sedikit demi sedikit. Meniaga di internet atau konvensional adalah sama sahaja. Anda perlu membentuk sikap keusahawanan. Tapi perlu anda ingat sebagai usahawan ia berlainan dengan bekerja dengan kerajaan atau dengan orang dimana cukup bulan dapat gaji.

Menjadi usahawan,anda kene la sanggup untuk menghadapi segala risiko. Ia diibaratkan satu perjudian dimana kita tak tahu esok ada duit untuk kita atau tidak. Jatuh, bangun adalah perkara biasa jika anda sebagai usahawan.

Usahawan perlu berusaha bersungguh sungguh bagi mendapatkan habuan dari usaha,jika tak buat..tiadala duit untuk menangung keluarga. Adakah anda sanggup? Jika anda sanggup. Selamat datang ke dunia keusahawanan. Dunia penuh pancaroba.

Ingatlah carilah ilmu keusahawan sedikit demi sedikit. Ilmu itu akan meningkat darii masa ke semasa. Cuma anda perlu banyak berusaha dan berkorban untuk mencari ilmu ini. Laburla sedikit duit anda yang ada untuk menghadiri seminar atau bengkel. Ia akan menambahkan lagi ilmu yang anda cari.

Kerajaan sendiri sering menganjurkan seminar untuk para usahawan.Di masa ini bina la rangkaian perniagaan anda. Semalam saya menghadiri seminar “Groom Big” di Hotel Primula Beach Resort. Ia dianjurkan oleh SIRIM,PMINT dan MeCD. Jika anda berpeluang,hadirkan diri dimana mana seminar di tempat anda. Ia akan membantu meningkatkan pengetahuan anda…

Seminar Perniagaan Internet

Wednesday, December 13th, 2006

Selepas berlalunya 2 bengkel, kini kami akan membuat satu seminar khas buat mereka yang kurang mampu ke bengkel. Ia sangat berpatutan iaitu dari RM75 hingga RM95. Kenapa saya tulis hingga?Ianya pada 29hb Disember 2006 di Hotel Grand Continental,Kuantan.
Sebab mereka yang mendaftar awal akan mendapat lebih murah. Jadi jangan daftar secara last minit. Ia akan merugikan anda.

seminar

Untuk pendaftaran anda boleh layari http://ebizmalaysia.com/seminar .

Daftar cepat ye!!Ia akan naik harga setiap minggu. Hanya 50 peserta sahaja seminar ini.

Kandungan Web Segera!!

Tuesday, December 12th, 2006

Mohd Fairuz telah melancarkan satu laman web baru. Ia dinamakan sebagai Kandungan Web Segera dimana ahli akan mendapat artikel percuma untuk blog dan laman web mereka setiap bulan. Ia adalag PERCUMA namun kepada mereka yang ingin artikel lebih mereka boleh menjadi ahli VVIP dengan bayaran USD10 atau RM36.50 setiap bulan dan mendapat 120 artikel dari 6 topik yang berlainan.Jadi anda tidak akan menghadapi masalah kekeringan idea untuk menulis kerana anda boleh je guna artikel ini untuk laman web anda.
Keahlian adalah percuma untuk sesiapa sahaja yang berminat.Kalo anda rasa anda tidak mampu untuk menulis sendiri artikel anda.Anda boleh menjadi ahli dan mendapat 20 artikel setiap bulan secara PERCUMA.

Anda tentu suka benda yang percuma bukan?Apa lagi daftar la sekarang.Anda boleh daftar di http://www.kandunganwebpercuma.com.

Daftar sebelum Fairuz menutup keahlian setelah mempunyai jumlah ahli tertentu. Setakat ini ia masih lagi percuma. Bertindak sekarang!! Ianya khas untuk mereka yang tak tahu menulis artikel dan mereka yang malas menulis artikel.

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :