Archive for December, 2006
Sunday, December 10th, 2006
Ia adalah perkara asas sebelum dan semasa memulakan perniagaan anda.
1.Jika anda ingin meniaga,meniagalah dengan jujur.Kerana kejujuran anda itu akan diharga dengan pelanggan tetap dan mempercayai anda.
2.Permudahkan bakal pelanggan/pelanggan sedia ada menghubungi anda.Jika boleh,letak no.tel atau sekurang kurangnya alamat email.
3.Layan semua aduan oleh pelanggan anda.Jangan biarkan mereka terkapai kapai dengan masalah mereka.
4.Berurusan dengan profesional.Jangan cepat melatah jika pelanggan/bakal pelanggan membuat masalah.Uruskan dengan sopan dan berhemah.
5.Bina komuniti.Dengan komuniti,anda boleh berkembang maju.Ini adalah kerana ramai yang akan menyokong anda.
6.Bina kredibiliti.Sertai forum yang berkaitan dan tunjukkan kepakaran anda.Bantu mereka yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan.
Anda rasa bagaimana?Ingin memulakan perniagaan anda sendiri tak?
Posted in Tips | 1 Comment »
Friday, December 8th, 2006
Anda suka email yang panjang berjela mcm surat cinta atau email yang ringkas tapi padat?Bagi saya,saya lebih suka email yang ringkas dan padat. Ia menjimatkan masa saya membaca dan membalasnya..
Anda larat membaca email yang panjang dan berbunga bunga mengalahkan surat cinta sedangkan hanya ada satu soalan pada email tersebut. Ia ditulis berjela jela sehingga anda naik pening membacanya.Anda boleh baca?
Ok.Satu persoalan..Jika anda penulis email “panjang” tersebut,apa yang anda harapkan? Anda harapkan pembaca email tersebut membalas email tersebut dengan panjang berjela jugak atau hanya yang ringkas?Saya pernah mengalaminya.Email yang diterima panjang berjela dan saya membalasnye dengan 2 baris ayat..huhuhuh..apa penerima email saya tu rasa ek? hehehehe…
Janganla terasa ye.Saya memang tak suka email yang panjang.Kalo terlalu panjang,saya akan skip² dan jawap apa yang terlintas di fikiran sahaja dan reply pendek sahaja. kebiasaanya saya akan reply email tak kira panjang atau pendek email tersebut.Tapi yang pasti,saya akan reply dengan email yang pendek sahaja.
Saya just ambik yang saya rasa penting sahaja.Just straight to the point la.Saya kurang berkias kias,nanti saya pulak tak paham.huhuhu..Lagi la kalo benda teknikal,saya akan wat lagi simple atau suruh post kat forum.Bukan ape,lebih senang saya suruh refer..Lagipun apa yang ditanya benda yang sama…Pasal tag and ping la kebiasaannya..
Okla sampai disini saje saya merapu kali ni..dah pukul 3 pagi..Masa untuk tido,lagipun sini musim hujan..memang best nak tido…Selamat maju jaya semua!
Adios..
Posted in Tips | No Comments »
Wednesday, December 6th, 2006
Zul Smartusaha telah membuat panduan blog wordpress.Panduan ini bagi saya sangat detail. Ia ditulis dengan langkah demi langkah.Kepada mereka yang ingin memiliki blog WordPress sebagaimana blog ini.Saya rasa anda perlu dapatkkannya.
Ia merupakan satu panduan khas untuk mereka yang tidak tahu langsung benda teknikal dalam IT.Ia bergambar.Anda cuma perlu ikut langkah demi langkah dalam panduan tersebut.
Kenapa saya cadangkan?? Ini adalah kerana 70% dari laman web saya dari blog wordpress. Kelebihan wordpress ia dibina dengan mesra enjin carian. Jadi tak mustahil jika blog wordpress anda tersenarai pada enjin carian beberapa jam selepas anda create blog tersebut.
Saya gunakan blog wordpress untuk Google Adsense dan affiliate marketing.Ia sangat berkesan dan berjaya menarik pelawat yang berterusan. Malah ada yang akan menjadi pembaca tetap blog anda.Anda mahu?
Kepada yang ingin dapatkan panduan wordpress ini anda boleh ke laman ini http://bloggingsteps.com/kit/
Bagi mereka yang ingin buat duit melalui blog.Panduan ini sangat sesuai buat mereka. Saya yakin ebook ini pasti akan membantu anda semua. Akhir kata dapatkan ebook panduan membina blog wordpress di
http://bloggingsteps.com/kit/
Posted in Affiliate, Wordpress | No Comments »
Tuesday, December 5th, 2006
Apa kahabar semua? Saya baru sahaja balik dari Tasik Kenyir bag menghadiri satu kursus Technoprenuer Academy yang dianjurkan oleh MDEC, MECD dan PMINT di Tasik Kenyir LakeView Resort. Memang cantik tempatnya.Teringin nak pergi lagi cuma disana agak mahal. Ia adalah kepunyaan Tan Sri Syed Mohktar Al Buqhary.Nanti saya akan post gambar² semasa di sana.
Okla..Kembali kepada topik asal kita..Bagaimana memulakan perniagaan di internet?Apa yang perlu anda buat?Ini adalah dilema yang serig dihadapi oleh kebanyakan orang dalam memulakan perniagaan di internet. Dalam hati,rasa minat sesangat nak meniaga, tapi tak tahu nak mula dari mana terlebig dahulu.
Saya akan senaraikan apa yang perlu anda buat untuk memulakan empayar perniagaan di internet.
1.Produk
Anda perlu ada produk. Jika tak,anda nak jual ape jika nak buat bisnes?kalo sebut berniaga,sudah pasti perlu ada produk.Produk tak semestinya benda fizikal. Ia boleh jadi sperti perkhidmatan dan sebagainya. Jika anda mempunyai kemahiran dalam bidang insurans. Jadi boleh dijadikan perkhidmatan yang boleh anda tawarkan di internet. Saya tak pernah jumpa lagi site dari malaysia yang ajen jual insurans melalui internet. Begitu jugak unit trust…
2.Nama Perniagaan
Anda mesti mempunyai satu nama perniagaan. Buat nama yang mudah diingati. Jadikan sebagai brand name bagi perniagaan anda. Ia adalah nama domain anda!!Pilih nama yang mudah diingati.
3. Niche
Pilih produk yang mempunyai persaingan yang sedikit dan mendapat permintaan yang banyak. Jika anda membuatnya.Insyaallah produk anda akan mendapat sambutan.
4.Jangan Bertangguh
Jangan bertangguh jika nak memulakjan perniagaan. Jika anda terus tangguh,anda akan terus menangguhkannya.Akhirnya tak jadi memilakan perniagaan di internet.Ini adalah kebiasaan yang sering terjadi. Apabila melihat orang berjaya.Timbul pulak iri hati sedangkan diri masih belum ada tindakan untuk berjaya.Bercakap sahaja tidak berguna..Tindakan yang akan mengubah hidup anda.
Kejayaan anda bergantung kepada tindakan yang anda buat.Sebelum itu,timba la ilmu sebanyak mungkin.Namun jangan jadikan ia sebagai alasan untuk melewatkan tindakan untuk memulakan perniagaan.Ilmu boleh dicari semasa anda buat bisnes.
Jadikan mulakan tindakan anda dari sekarang!Jangan berlengah lagi..
Posted in Motivasi | 2 Comments »
Friday, December 1st, 2006
Pengurusan masa adalah merupakan salah satu perkara penting dalam perniagaan samada perniagaan internet atau perniagaan konvensional. Setiap usahawan perlu menguruskan masa dengan berkesan.
Apa yang perlu dibuat adalah membuat jadual yang dapat anda ikuti.Anda perlu bijak mengurus dan membahagi masa anda.
Jika anda tidak menguruskan masa dengan baik.Anda mungkin akan mengalami stress. Ia pasti akan mngangu kerja anda.
Posted in Motivasi | No Comments »