Raja Adsense

Archive for January, 2007

Baru Sampai…

Wednesday, January 31st, 2007

Apa khabar semua?

Saya baru je sampai ke rumah dalam pukul 5.30pagi tadi. Letih badan ni ha..kepada yang lambat dapat link download ebook,saya mintak maaf diatas kelewatan ni ye.Tak dapat dielakkan.Saya tak sempat nak online pada 29hb dan 30hb.

Saya ada satu tips bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan mereka. Pilih satu model.Saya cadangkan dengan produk resell right. Ia lebih mudah dan boleh dimulakan dengan masa yang singkat.Anda juga boleh menyimpan 100% keuntungan. Jika anda ingin menulis sendiri ebook atau membuat perisian.Ia akan mengambil masa dan anda mungkin akan putus asa jika ia mengambil masa yang lama.

Setelah anda memulakan perniagaan anda sendiri.Saya pasti idea baru akan mencurah curah.Malah ini lah yang terjadi kepada saya. Nasihat saya,jangan terlalu terpengaruh dengan kejayaan orang lain dan ingin meniru mereka semuanya. Anda tidak mampu untuk membuat semuanya.Pilih satu atau dua teknik/model perniagaan untuk permulaan.Anda boleh pilih Adsense dan affiliate pada satu masa kerana ia boleh dilakukan bersama.

Seterusnya model resell rights untuk keuntungan berterusan. Bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bisnes di internet,inilah jalan yang paling singkat dan mudah. Anda boleh mulakanya dalam masa sehari,3hari atau 7 minggu sepertimana mereka war warkan dalam seminar dan bengkel perniagaan internet.

Jangan keliru tentang perniagaan internet dan MLM berasaskan internet. Jika perniagaan,anda menjual produk dan akan berlaku urusan jual beli.Itulah perniagaan internet. Jika MLM bersasaskan internet,anda perlu mencari ahli dibawah anda.Ia bukanla perniagaan internet. Berhati hati.Adakalanya ia tidak sebagu sapa yang digambarkan.Ia kadang² indah khabar dari rupa. Anda berusaha untuk keuntungan syarikat jika dalam MLM.

Jika anda dalam perniagaan internet,anda berusaha untuk membuat keuntungan untuk diri sendiri. Jadi fikirkan la.

Adakah anda guna Bookmarking Site?

Friday, January 19th, 2007

Saya tertanya tanya adakah penguna wordpress di Malaysia mengunakan bookmarking site atau hanya meletakkan plugin bookmarking site pada blog mereka. Adakah anda tahu anda boleh mengunakan untuk dapatkan traffic ke blog anda?

Jika anda masih belum mempunyai blog wordpress.Anda boleh dapatkan panduan Asas WordPress bagi membina blog wordpress anda sendiri. Selain ia lebih profesional kerana ia dalah milik anda sendiri.

Berkenaan bookmarking site.Anda boleh bookmark post anda sendiri dan memberitahu orang lain selain membina lebih banyak baclink ke blog anda. Contohnya Digg dan banyak lagi bookmarking site yang mempunyai PR yang sangat tinggi iaitu PR7 ke PR10. Tidak mahukah anda mempunyai backlink dari laman yang mempunyai sebegini tinggi.

Selain membawa traffic yang banyak.Ia mempercepatkan PR blog anda naik. Jika anda masih baru dalam wordpress,anda boleh applikasikannya mulai sekarang. Mempunyai blog wordpress dalam domain dot com sendiri dah pun memberi kelebihan untuk menjadi pendahulu dalam topik yang anda tulis. Anda mempunya kelebihan berbanding mereka yang menulis dalam blog percuma.

Namun,adalah lebih baik anda mempunyai blog percuma terlebih dahulu agar dapat membiasakan diri dalam dunia blogger. Blog dot com bukanlah satu keperluan tapi ia adalah satu kelebihan.

Ada yang baru membuat blog 2,3hari bertanya kerana tiada klik pada adsense diorng. Google Adsense bukanla skim cepat kaya. Buat je terus dalam duit tanpa update dan berusaha menulis blog berkenaan dengan bersungguh sungguh.

Walaupun anda menggunakan blog percuma seperti blogger.Jika anda rajin update,anda akan mendapat lebih banyak traffik dari mereka yang mengunakan blog berbayar. Kenapa? Kerana content anda fresh.Enjin carian sukakannya.Jadi blog tersebut akan tersenarai pada kedudukan tertinggi dalam enjin carian.

Jadi jangan kecewa kerana anda masih baru.Teruskan usaha untuk update blog anda.Perjalanan anda masih jauh. Anda perlu kreatif untuk menulis dalam topik yang baru.Jadi anda akan menjadi pakar dalam bidang berkenaan dan blog anda juga akan berada pada enjin carian.

Teruskan Usaha!!!

Pelaburan kepada diri anda

Wednesday, January 17th, 2007

Pelaburan terbaik adalah pelaburan kepada diri sendiri.Anda percaya? Saya mempercayainya. Bagi saya ia adalah pelaburan yang terbaik. Pelaburan untuk diri adalah pelaburan untuk menambah nilai anda. Untuk menaikkan nilai ilmu anda,anda memerlukan ilmu.

Untuk melabur untuk diri anda, banyakkan membaca. Jangan kedekut untuk membeli buku bagi menambah ilmu anda.Ia tidak merugikan anda malah ia meningkatkan nilai anda. Hadir la seminar atau bengkel kerana ia pasti akan menambahkan lagi nilai tambah diri anda.

Budaya membaca di Malaysia masih lagi di tahap sangat rendah iaitu sebuah buku setahun secara purata. Jika ni negara maju.budaya membaca sangat menggalakkan.Kenapa? Mereka ingin menambahkan nilai diri mereka dengan ilmu.

Orang menilai kita dengan ilmu kita.untuk mendapatkan kerja pun menilai dengan Ilmu.Jika kita mempunyai ijazah sudah pasti kita ada kelebihan. Malah gaji juga adalah lebih tinggi ditawarkan kepada mereka yang berilmu dan mempunyai nilai tambah yang tidak ada pada orang lain.

Apa yang membezakan anda dan sahabat anda yang mengambil jurusan yang sama di universiti untuk mendapatkan kerja? Anda kacak? Anda akan mempunyai kelebihan jika anda mahu menjadi model. Apa yang membezakan anda dan sahabat anda ialah ilmu dan nilai tambah yang ada pada diri anda.

Jadi jangan malu dan berasa rugi untuk menambah nilai diri anda.Hadiri seminar,majlis ilmu dan banyakkan membaca. Janagan takut untuk melabur untuk diri anda.Ia pasti berbaloi kerana “harga” anda pasti akan meningkat.

BANYAKKAN MEMBACA!!

PS: Jumpa saya dan Zul Smartusaha di Bengkel eBizMalaysia di UKM pada 27hb Januari nanti.Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.ebizmalaysia.com/bengkel/ 

Duit Dari Internet bukan mudah!

Tuesday, January 16th, 2007

Mungkin ada dari anda yang menyangka duit dari Internet adalah mudah.sebenarnya ia tidakla semudah yang disangka. Anda perlu tahu banyak perkara dalam menjalankan perniagaan dari internet.

Ilmu hendaklah sentiasa dicari bagi melengkapkan diri anda dalam perniagaan.Jika tidak,anda mungkin akan kerugian yang besar.Perniagaan internet boleh jadi mempunyai kos yang besar atau dengan kos yang kecil.Malah boleh dikatakan secara percuma.

Namun,ia masih bukan mudah jika tiada ilmu di dada. Yang penting adalah ilmu.belajar la dengan sesiapa walaupun mereka yang lebih muda dari anda. Proses pembelajaran akan mengambil masa.Buat research dan bukan hanya mengharap untuk orang “menyuapkan” kepada anda.

Semua yang anda cari sebenarnya sudah ada.Perkara utama ialah sifat malas untuk mencari di internet.Internet merupakan bank data yang mengandungi bermacam macam ilmu dan maklumat.Anda hanya perlu mencarinya dan memahaminya.

Sikap yang mengharapkan tongkat dan mahu disuap akan meningkatkan lagi sifat malas dalam diri anda.Cuba usaha untuk mencari.Jika tak jumpa,baru lah bertanya kepada mereka yang arif. Mereka akan menolong anda jika anda bersungguh sungguh.Mereka tidak akan lokek untuk mendedahkan sesetengah rahsia kejayaan mereka. Yang penting,anda mesti berusaha terlebih dahulu.

Jangan tanya soalan bodoh dan asas.Anda mungkin akan mendapat jawapan bodoh jugakla. Malah kemungkinan mereka langsung tidak menjawap atau membalas email anda. Jangan tanya saya apa itu internet?Apa itu laman web? Itu adalah perkara asas dunia hari ini iaitu dunia ICT.Saya sarankan anda tinggal di gua dan mulakan hidup ala orang zaman batu jika anda tidak tahu perkara tersebut.

Kadang kadang untuk membuat wang di internet mengambil masa berbulan bulan.Kadang kadang hanya usaha yang sedikit ia sudah membuahkan hasil. Buat kajian terlebih dahulu dan jangan terburu buru dalam membuat keputusan.

Kebiasaannya perniagaan internet mengambil masa 3 bulan untuk menjadi kukuh dan mantap.Itu jika anda mengamalkan cara yang betul dari segi pemasaran dan perkhidmatan yang anda lakukan. Perkara paling penting ialah PROMOSI. Tanda promosi,tak laku la produk anda.

PS: Jumpa saya dan Zul Smartusaha di bengkel eBizMalaysia pada 27hb Januari nanti. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web ebizMalaysia.

Banjir di Johor

Tuesday, January 16th, 2007

Banjir di Johor semakin teruk. Saya berharap kepada mereka yang terlibat dapat bersabar dengan ujian Allah. Semoga ia akan menambahkan lagi ketakwaan dengan ujian yang melanda.

Namun,kepada kita yang tidak terlibat, bersyukur kerana kita dijauhkan dari malapetaka yang merugikan kebanyakan kita. Kita bertuah kerana kerajaan kita telah bersedia bagi meringankan beban mereka yang terlibat.

Kepada yang tidak terlibat,jangan la pula mengambil kesempatan dengan mengaku sebagai mangsa banjir kerana mahukan bantuan percuma dari kerajaan. Mungkin banjir besar ini adalah satu amaran buat kita agar sentiasa bersedia dan bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan-Nya.

Sebenar kami di Terengganu, sebelum menghadapi musim tengkujuh,semua masjid di Terengganu akan membuat solat hajat agar di jauhkan malapetaka yang merugikan kami. Mungkin ia patut sentiasa dilakukan di negeri lain walaupun tidak terlibat dengan bahana banjir.Banjir di Terengganu dan Kelantan adalah perkara biasa ketika musim tengkujuh,namun kali ini banjir mengarah ke arah selatan Malaysia.

(more…)

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :