Raja Adsense

Harian Metro

Written on January 1, 2007 – 5:00 am | by sham |

Saya tertarik dengan Headline harian Metro 1 Januari ni.Tajuk dia Ubat ajaib `pancing’ kad kredit . Nila adalah antara artikel hari ni:

KUALA LUMPUR: Menjual ubat ajaib bagi memanjangkan alat sulit lelaki melalui internet adalah taktik terbaru penipu untuk mencuri nombor kad kredit mangsa.

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman berkata, laman web itu yang disebarkan kepada pengguna e-mel cuba memancing mangsa dengan menawarkan ubat khas yang kononnya mampu memberi kesan dalam tempoh singkat.

Bagaimanapun, niat jahat penjenayah terbabit dikesan apabila produk yang cuba dijual secara `on line’ itu tidak menyatakan nama syarikat pengeluar, pengedar serta negara yang mengeksportnya.

Malah, ahli sindiket yang menyebarkan e-mel itu secara rambang dikesan menggunakan pelbagai nama samaran seperti Williams William, Karaganeva Vania, Dubrovin Eugene dan Nicolai Ina.

Sumber polis berkata, e-mel terbabit yang mula disebarkan sejak beberapa bulan lalu menimbulkan kecurigaan apabila individu yang menghantarnya kerap menggunakan pelbagai `ayat pelaris’ untuk menarik minat pembaca.

Penghantar e-mel itu mendakwa mereka mampu menghantarkan produk terbabit ke seluruh pelosok dunia dalam tempoh 24 jam dan wang akan dikembalikan jika pengguna tidak berpuas hati dengan ubat terbabit.

Pembaca yang tertarik dengan tawaran itu kemudian diminta melayari satu laman web lain yang mengandungi maklumat berhubung produk berkenaan.

Laman web itu kemudian menyenaraikan maklum balas daripada beberapa pengguna yang kononnya berpuas hati dengan kehebatan pil terbabit.

Laman web itu mendakwa lebih sejuta lelaki dari seluruh dunia mendapat manfaat daripada ubat terbabit yang berupaya membesarkan tisu kemaluan lelaki dalam tempoh kurang lima bulan.

“Malah, lebih memeranjatkan apabila pil terbabit didakwa juga boleh digunakan warga emas untuk mendapatkan `kesan’ lebih ketara pada bahagian sulit,” katanya.

Orang ramai yang ingin membuat pesanan pil ajaib itu diminta membayar sekurang-kurangnya AS$59.95 (RM215) bagi sebotol mengandungi 60 pil untuk kegunaan sebulan.

Bagaimanapun, pelanggan yang mengambil pil terbabit dua kali sehari selama sebulan didakwa hanya boleh mendapat kesan penambahan zakar sepanjang 1 sentimeter sahaja.

Namun, pelanggan yang mahu kesan lebih hebat iaitu `pemanjangan’ sehingga 10 sentimeter dalam tempoh sembilan bulan diminta membayar AS$289.95 (RM1,043) untuk mendapatkan 540 biji pil berkenaan.

“Pelanggan yang mahu menempah pil itu diwajibkan mengisi borang khas dalam internet dengan meletakkan nama, alamat serta negara asal diduduki.

“Penipuan hanya disedari apabila mereka yang membuat tempahan diminta memasukkan nombor serta jenis kad kredit yang digunakan ketika ini sebagai cara pembayaran,” katanya.

Menurutnya, orang ramai sepatutnya tidak mudah memberikan nombor kad kredit kepada individu tidak dikenali kerana banyak kes penipuan sebelum ini berpunca daripada tindakan mangsa mendedahkan nombor kad kredit miliknya melalui internet atau telefon.


“Taktik mencuri nombor kad kredit mangsa semakin berleluasa dan orang ramai sepatutnya lebih berhati-hati,” katanya.

Anda boleh baca artikel ni kat SINI.Komen saya tentang artikel ni.

Saya dapati penulis tidak tahu tentang bagaimana perniagaan internet berfungsi. Beliau hanya menyatakan kepercayaan karutnya dalam tulisannya. Sememangnya untuk bayaran online kita memerlukan memasukkan no kad kredit kita.Kalo tak bagaimana nak membayar?

Penulis cuba menyalahkan penjual.Penjual ubat kuat atau sebegini sememangnya akan melakukan pelbagai cara untuk melariskan jualan mereka termasuk spam ke email kita. Selagi kita mengabaikan email ini,penipuan tidak akan berlaku.

Bagi saya,ia bukan kesalahan penjual tapi kesalahan orang yang membeli dan cuba membeli. Kenapa cuba mengubah ciptaan Allah? Tidak kiralah besar,kecik,panjang atau pendek, bersyukur la kerana ia berfungsi. Apa pulak jika selepas makan ubat nak panjang ia tak berfungsi? Tak ke haru jadinya?

Dalam setiap online payment processor seperti PayPal,2CheckOut,Worldpay dan sebagainya. Pembeli sememangnya perlu memasukkan no kad kredit bagi membayar barangan yang dibeli. Jadi kenapa persoalkan kene masukkan no kad kredit? Ini menunjukkan penulis tidak tahu langsung perniagaan internet berfungsi.

Apa yang perlu kita elakkan ialah memasukkan no kad kredit pada web yang meragukan. Jika dah termasuk,dan berlaku transaksi yang kita tak lakukan.Segera laporkan kepada penyedia kad kredit berkenaan.Wang anda akan dikembalikan semula. Ini adalah polisi penyedia online payment seperti PayPal dan sebagainya.

Kenapa perlu mengelabah?Kemudahan telah disediakan.Jika perlaku kecurian identiti bagi kad kredit anda.Anda cuma perlu laporkan kepada penyedia kad kredit.Mereka akan uruskan untuk mengembalikan semula wang anda.Walaupun hanya rm1 tapi bukan transaksi yang bukan yang anda lakukan,segera melaporkannya. Ia adalah jalan yang lebih selamat.

Penulis perlu membuat kajian yang lebih teliti sebelum menulis artikel sedemikian kerana ia akan terkena hidung sendiri. Jangan hanya menembak di dalam gelap. Tidak salah untuk memberi kesedaran kepada orang lain, tapi gunakan la fakta yang betul dan bukan hanya sekadar andaian tentang beliau sendiri tidak tahu.

Penulis sepatutnya menulis tentang hak mereka yang di curi kad kreditnya. Bukan membuta tuli menyalahkan penjual. Iktibar yang boleh kita ambil dari artikel ni. "Terima la seadanya benda tu".Jangan merosakkan anugerah tuhan itu.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 5 Responses to “Harian Metro”

  2. By tk2 on Jan 1, 2007 | Reply

    the writer is extremely noob.
    don’t read newspaper.too much carbon poisons your mind.

  3. By SmartZul on Jan 14, 2007 | Reply

    Hehe, susah layan wartawan yang hanya tahu buat cerita panas jer tanpa buat kajian dulu. Tak mengambil kira pelbagai aspek sebelum menulis. Susah jugak.

  4. By AimanZ on Jan 16, 2007 | Reply

    Sekrang ni perkembangan jualan online berkembang serata dunia – caranya bayarannya ialah dengan menggunakn kad kredit. Cuba anda beli sebuah buku terpakai (used book)dari Abebooks (US) yang berharga $1USD sebuah, pun kena guna kad kredit. Kena tulis nombor kad, dah memang syarat…

  5. By shim on Apr 21, 2007 | Reply

    semua dah diberi Allah,buat apa2 panjang tak keras.

  1. 1 Trackback(s)

  2. Apr 20, 2007: Panduan Usahawan, Cari Duit dan Perniagaan di Internet » Blog Archive » Eh Harian Metro?

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :