Raja Adsense

Pemilihan Nama Domain

Written on January 2, 2007 – 8:54 am | by sham |

Nama domain merupakan salah satu perkara penting dalam perniagaan di internet.Orang di internet akan mengenali anda melalui nama domain anda seperti Sham RajaAdsense.com, SmartZul Smartusaha.com, Shuth Maskahwin.com, Sabri Saifulsham.com dan ramai lagi (sorry ye kalo tak sebut). Ini menunjukkan orang akan mengenali anda melalui nama domain anda.

Nama domain anda adalah trademark bagi perniagaan anda.Jadi pilihla nama domain yang bermakna dan mudah diingati oleh orang lain. Jika anda memilih nama domain sdfdsf.com, ia bukan sahaja tidak bermakna malah sukar diingati oleh orang lain. Jadi ia menyukarkan anda membina kredibiliti kerana nama domain anda langsung tak bermakna. Ia seolah olah tiada tujuan langsung.

Nama domain juga merupakan salah satu teknik seo yang berkesan. Anda boleh mengunakan nama keyword yang sering dicari oleh orang sebagai nama domain. Sebagai balasannya,anda boleh berada pada kedudukan yang tinggi dalam enjin carian, kemungkinan besar pada kedudukan no 1 jika anda mempunyai content yang bagus dan unik.

Nama domain seeloknya berkaitan dengan perniagaan anda.Sebagai contoh anda berniaga keropok lekor. Anda boleh guna keropok.com sebagai domain. Jadi ia akan menjadi trademark kepada perniagaan anda. Contoh lain ialah jika anda berniaga menjual teh herba. Jadi anda boleh gunakan domain tehherba.com. (psst..nama tu dah dibeli oleh saya).

Melalui domain anda, orang dah tahu apa yang anda jual. Jadi mereka akan terus membeli dari anda kerana anda adalah penjual yang mereka cari.Secara tidak langsung,mereka akan mengiktiraf anda sebagai penguasaha yang mereka cari.Mereka juga akan menjadi pelanggan tetap anda jika anda memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Senang je bukan? Jika anda berikan yang terbaik untuk mereka,mereka pasti akan menjadi pelanggan anda berterusan.

Perniagaan internet adalah perniagaan dimana urusan jual beli dilakukan tanpa bersemuka dengan pembeli. Jadi pembeli akan mengharapkan produk berkualiti dan terbaik dari anda.Pembeli cuba untuk mempercayai anda.Jadi hargai kepercayaan mereka dengan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti. Jika anda mendapat kepercayaan dari mereka, pasti mereka akan terus mengingati anda dan terus berurusan dengan anda tanpa sebarang perasaan takut, bimbang dan sebagainya.

Ini adalah rahsia dalam perniagaan internet yang perlu anda tahu.Orang kenal anda melalui nama domain dan bukannya produk anda. Jadi pilihla nama domain yang sesuai bagi memperkembangkan perniagaan anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :