Raja Adsense

Banjir di Johor

Written on January 16, 2007 – 4:34 am | by sham |

Banjir di Johor semakin teruk. Saya berharap kepada mereka yang terlibat dapat bersabar dengan ujian Allah. Semoga ia akan menambahkan lagi ketakwaan dengan ujian yang melanda.

Namun,kepada kita yang tidak terlibat, bersyukur kerana kita dijauhkan dari malapetaka yang merugikan kebanyakan kita. Kita bertuah kerana kerajaan kita telah bersedia bagi meringankan beban mereka yang terlibat.

Kepada yang tidak terlibat,jangan la pula mengambil kesempatan dengan mengaku sebagai mangsa banjir kerana mahukan bantuan percuma dari kerajaan. Mungkin banjir besar ini adalah satu amaran buat kita agar sentiasa bersedia dan bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan-Nya.

Sebenar kami di Terengganu, sebelum menghadapi musim tengkujuh,semua masjid di Terengganu akan membuat solat hajat agar di jauhkan malapetaka yang merugikan kami. Mungkin ia patut sentiasa dilakukan di negeri lain walaupun tidak terlibat dengan bahana banjir.Banjir di Terengganu dan Kelantan adalah perkara biasa ketika musim tengkujuh,namun kali ini banjir mengarah ke arah selatan Malaysia.

Apa penyebabnya? Mungkin Allah menghantar banjir sebagai peringatan kepada kita agar kembali ke jalan-Nya. Allah maha berkuasa.Jika bala diturunkan di sesuatu kawasan,pasti ada kesilapan yang dilakukan tanpa kita sedari. Dengan dugaan banjir,diharap ia dapat membawa kita ke jalan kebenaran.

Kepada kita yang tidak terlibat.Bantulah saudara kita di Johor bagi mengharungi dugaan banjir ini.Gunakan saluran yang disediakan untuk membantu Saudara kita di Johor. Mereka sangat memerlukan sokongan dari seluruh Rakyat Malaysia. Mungkin pada hari ini,Johor yang banjir.Manala tahu suatu hari nanti, kita pula yang memerlukan bantuan.

Kita perlulah mengutamakan simpanan.Tambahkan kolum Aset kita.Jika keadaan seperti ini berlaku.Kita dapat mengharungi dengan hati yang tenang kerana kita mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bangkit semula. Banjir memyebabkan kerugian yang besar kepada ramai orang. Namun, ia akan menjadi punca rezeki kepada sesetengah orang setelah banjir surut.

Disini la masanya kita gunakan kebijaksaan untuk menukar kesusahan kepada kesenangan. Pastinya bengkel kereta, kedai perabot  dan pasaraya pasti akan diserbu orang ramai setelah banjir ini surut. Setelah semuanya selesai, pertimbangkan la untuk memulakan perniagaan.

Pilih perniagaan yang dapat menyelesaikan permasalahan orang.Pasti ia akan mendapat sambutan.

Bekas Pelatih PLKN,inilah masa anda menyumbang kepada negara.Gunakan ilmu yang anda dapat semasa menjalani PLKN untuk membantu mereka yang memerlukan dan bukan disebabkan terpaksa menghadiiri PLKN.Saya tahu apa yang anda pelajari ketika PLKN kerana saya salah seorang Urusetia PLKN siri Pertama 2004 ketika itu dibuat di universiti..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan