Duit Dari Internet bukan mudah!
Mungkin ada dari anda yang menyangka duit dari Internet adalah mudah.sebenarnya ia tidakla semudah yang disangka. Anda perlu tahu banyak perkara dalam menjalankan perniagaan dari internet.
Ilmu hendaklah sentiasa dicari bagi melengkapkan diri anda dalam perniagaan.Jika tidak,anda mungkin akan kerugian yang besar.Perniagaan internet boleh jadi mempunyai kos yang besar atau dengan kos yang kecil.Malah boleh dikatakan secara percuma.
Namun,ia masih bukan mudah jika tiada ilmu di dada. Yang penting adalah ilmu.belajar la dengan sesiapa walaupun mereka yang lebih muda dari anda. Proses pembelajaran akan mengambil masa.Buat research dan bukan hanya mengharap untuk orang “menyuapkan” kepada anda.
Semua yang anda cari sebenarnya sudah ada.Perkara utama ialah sifat malas untuk mencari di internet.Internet merupakan bank data yang mengandungi bermacam macam ilmu dan maklumat.Anda hanya perlu mencarinya dan memahaminya.
Sikap yang mengharapkan tongkat dan mahu disuap akan meningkatkan lagi sifat malas dalam diri anda.Cuba usaha untuk mencari.Jika tak jumpa,baru lah bertanya kepada mereka yang arif. Mereka akan menolong anda jika anda bersungguh sungguh.Mereka tidak akan lokek untuk mendedahkan sesetengah rahsia kejayaan mereka. Yang penting,anda mesti berusaha terlebih dahulu.
Jangan tanya soalan bodoh dan asas.Anda mungkin akan mendapat jawapan bodoh jugakla. Malah kemungkinan mereka langsung tidak menjawap atau membalas email anda. Jangan tanya saya apa itu internet?Apa itu laman web? Itu adalah perkara asas dunia hari ini iaitu dunia ICT.Saya sarankan anda tinggal di gua dan mulakan hidup ala orang zaman batu jika anda tidak tahu perkara tersebut.
Kadang kadang untuk membuat wang di internet mengambil masa berbulan bulan.Kadang kadang hanya usaha yang sedikit ia sudah membuahkan hasil. Buat kajian terlebih dahulu dan jangan terburu buru dalam membuat keputusan.
Kebiasaannya perniagaan internet mengambil masa 3 bulan untuk menjadi kukuh dan mantap.Itu jika anda mengamalkan cara yang betul dari segi pemasaran dan perkhidmatan yang anda lakukan. Perkara paling penting ialah PROMOSI. Tanda promosi,tak laku la produk anda.
PS: Jumpa saya dan Zul Smartusaha di bengkel eBizMalaysia pada 27hb Januari nanti. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web ebizMalaysia.



