Raja Adsense

Pelaburan kepada diri anda

Written on January 17, 2007 – 4:26 pm | by sham |

Pelaburan terbaik adalah pelaburan kepada diri sendiri.Anda percaya? Saya mempercayainya. Bagi saya ia adalah pelaburan yang terbaik. Pelaburan untuk diri adalah pelaburan untuk menambah nilai anda. Untuk menaikkan nilai ilmu anda,anda memerlukan ilmu.

Untuk melabur untuk diri anda, banyakkan membaca. Jangan kedekut untuk membeli buku bagi menambah ilmu anda.Ia tidak merugikan anda malah ia meningkatkan nilai anda. Hadir la seminar atau bengkel kerana ia pasti akan menambahkan lagi nilai tambah diri anda.

Budaya membaca di Malaysia masih lagi di tahap sangat rendah iaitu sebuah buku setahun secara purata. Jika ni negara maju.budaya membaca sangat menggalakkan.Kenapa? Mereka ingin menambahkan nilai diri mereka dengan ilmu.

Orang menilai kita dengan ilmu kita.untuk mendapatkan kerja pun menilai dengan Ilmu.Jika kita mempunyai ijazah sudah pasti kita ada kelebihan. Malah gaji juga adalah lebih tinggi ditawarkan kepada mereka yang berilmu dan mempunyai nilai tambah yang tidak ada pada orang lain.

Apa yang membezakan anda dan sahabat anda yang mengambil jurusan yang sama di universiti untuk mendapatkan kerja? Anda kacak? Anda akan mempunyai kelebihan jika anda mahu menjadi model. Apa yang membezakan anda dan sahabat anda ialah ilmu dan nilai tambah yang ada pada diri anda.

Jadi jangan malu dan berasa rugi untuk menambah nilai diri anda.Hadiri seminar,majlis ilmu dan banyakkan membaca. Janagan takut untuk melabur untuk diri anda.Ia pasti berbaloi kerana “harga” anda pasti akan meningkat.

BANYAKKAN MEMBACA!!

PS: Jumpa saya dan Zul Smartusaha di Bengkel eBizMalaysia di UKM pada 27hb Januari nanti.Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.ebizmalaysia.com/bengkel/ 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 3 Responses to “Pelaburan kepada diri anda”

  2. By hapisol on Jan 18, 2007 | Reply

    sham, tq for tips.
    saya baru mula melaburkan sedikit “income” saya ke arah ini. saya yakin, dgn ilmu yg banyak terutama sekali mengenai ebiz dpt memudahkan saya utk menjadi jutawan kelak.

  3. By surfaddict on Jan 18, 2007 | Reply

    sayapun sedang berusaha untuk add value pada diri sendiri. Pertama ialah menambahkan ilmu dlm ebiz dan kedua insyaallah sy ingin lanjutkan pelajaran lagi.

  4. By Maizul on Jan 19, 2007 | Reply

    Menarik tu. Pendidikan adalah pelaburan sepanjang hayat.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan