Sudahkan anda dapatkan ebook terbaru dari saya?Harga?Ia percuma je.Daftar kat sebelah.Masukkan email yang betul sebab ia akan dihantar ke email anda. Bersama ebook tersebut ialah panduan eBay. Ia adalah sedikit sebanyak tentang pengenalan tentang eBay.
Bagi panduan ebay ni,ia sesuai untuk mereka yang hendak tahu ape benda eBay,konsep jualan di eBay dan beberapa tips membeli dan menjual. Jika anda ingin bergiat dengan eBay,peluang terbuka luas kerana eBaya merupakan pasar lelong terbesar di dunia.
Ramai rakyat malaysia yang berniaga di sana. Tapi anda perlu berhati hati kerana ada jugak makhluk hitam yang cuba menipu disana.Jika anda jual produk digital,tak pela.Kesannye tak la teruk.Tapi kalo anda jual barangan fizikal,hati hati ada makhluk hitam sedang menanti.Makhluk putih pun ada,tapi jarang la.Kebiasaannya adalah makhluk hitam dari Nigeria dan seangkatan dengannya.
Jangan terlalu gembira dan terus menghantar barangan walaupun bayaran masih belum diterima. Makhluk hitam ini sangat licik. Baca ebook saya tentang tips membeli di eBaya terlebih dahulu.Tengok bahagian comment tentang penjual atau pembeli tersebut. Harap jangan tertipu la ye.Dah beri amaran!
Tentang produk yang anda nak jual,terpulang la kepada anda.Tapi ingat kat eBay selain Malaysia terdapat fee untuk listing auction. Tetapkan harga yang menarik dan markup melalui shipping cost skit. Jangan melampau sangat shipping cost tu. Biar cukup untuk cover jika anda list dengan harga yang murah seperti $9.99 dan sebagainya.
Simpan email transaksi.Termasuk perbualan melalui email.Ia adalah penting jika pembeli tersebut ingin menipu anda.Anda boleh jadikan bukti jika pembeli tersebut dispute.Ia adalah perkara biasa nanti.Tapi anda perlu bersedia. Yela,takkan nak ke medan perang tak bawa peluru. Email tersebut adalah senjata anda untuk melindungi diri anda dari diserang oleh individu yang berniat jahat.
Jangan lupa untuk belajar dari orang yang telah berjaya.Saya sendiri pun masih belajar. Ilmu Allah sangat besar.Ia seolah olah setitik air di lautan.Jadi belajar la walaupun dengan orang yang masih baru dalam perniagaan.Orang baru tak semestinya tak berilmu.Jadi jangan rasa rendah diri jika anda masih baru dalam perniagaan di internet.
Jadikanlah Keusahawanan sebagai Kareer!
p/s:Pinjam motto kementerian Keusahawanan dan Koperasi..
Nama domain merupakan salah satu perkara penting dalam perniagaan di internet.Orang di internet akan mengenali anda melalui nama domain anda seperti Sham RajaAdsense.com, SmartZul Smartusaha.com, Shuth Maskahwin.com, Sabri Saifulsham.com dan ramai lagi (sorry ye kalo tak sebut). Ini menunjukkan orang akan mengenali anda melalui nama domain anda.
Nama domain anda adalah trademark bagi perniagaan anda.Jadi pilihla nama domain yang bermakna dan mudah diingati oleh orang lain. Jika anda memilih nama domain sdfdsf.com, ia bukan sahaja tidak bermakna malah sukar diingati oleh orang lain. Jadi ia menyukarkan anda membina kredibiliti kerana nama domain anda langsung tak bermakna. Ia seolah olah tiada tujuan langsung.
Nama domain juga merupakan salah satu teknik seo yang berkesan. Anda boleh mengunakan nama keyword yang sering dicari oleh orang sebagai nama domain. Sebagai balasannya,anda boleh berada pada kedudukan yang tinggi dalam enjin carian, kemungkinan besar pada kedudukan no 1 jika anda mempunyai content yang bagus dan unik.
Nama domain seeloknya berkaitan dengan perniagaan anda.Sebagai contoh anda berniaga keropok lekor. Anda boleh guna keropok.com sebagai domain. Jadi ia akan menjadi trademark kepada perniagaan anda. Contoh lain ialah jika anda berniaga menjual teh herba. Jadi anda boleh gunakan domain tehherba.com. (psst..nama tu dah dibeli oleh saya).
Melalui domain anda, orang dah tahu apa yang anda jual. Jadi mereka akan terus membeli dari anda kerana anda adalah penjual yang mereka cari.Secara tidak langsung,mereka akan mengiktiraf anda sebagai penguasaha yang mereka cari.Mereka juga akan menjadi pelanggan tetap anda jika anda memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Senang je bukan? Jika anda berikan yang terbaik untuk mereka,mereka pasti akan menjadi pelanggan anda berterusan.
Perniagaan internet adalah perniagaan dimana urusan jual beli dilakukan tanpa bersemuka dengan pembeli. Jadi pembeli akan mengharapkan produk berkualiti dan terbaik dari anda.Pembeli cuba untuk mempercayai anda.Jadi hargai kepercayaan mereka dengan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti. Jika anda mendapat kepercayaan dari mereka, pasti mereka akan terus mengingati anda dan terus berurusan dengan anda tanpa sebarang perasaan takut, bimbang dan sebagainya.
Ini adalah rahsia dalam perniagaan internet yang perlu anda tahu.Orang kenal anda melalui nama domain dan bukannya produk anda. Jadi pilihla nama domain yang sesuai bagi memperkembangkan perniagaan anda.
Saya tertarik dengan Headline harian Metro 1 Januari ni.Tajuk dia Ubat ajaib `pancing’ kad kredit . Nila adalah antara artikel hari ni:
KUALA LUMPUR: Menjual ubat ajaib bagi memanjangkan alat sulit lelaki melalui internet adalah taktik terbaru penipu untuk mencuri nombor kad kredit mangsa.
Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman berkata, laman web itu yang disebarkan kepada pengguna e-mel cuba memancing mangsa dengan menawarkan ubat khas yang kononnya mampu memberi kesan dalam tempoh singkat.
Bagaimanapun, niat jahat penjenayah terbabit dikesan apabila produk yang cuba dijual secara `on line’ itu tidak menyatakan nama syarikat pengeluar, pengedar serta negara yang mengeksportnya.
Malah, ahli sindiket yang menyebarkan e-mel itu secara rambang dikesan menggunakan pelbagai nama samaran seperti Williams William, Karaganeva Vania, Dubrovin Eugene dan Nicolai Ina.
Sumber polis berkata, e-mel terbabit yang mula disebarkan sejak beberapa bulan lalu menimbulkan kecurigaan apabila individu yang menghantarnya kerap menggunakan pelbagai `ayat pelaris’ untuk menarik minat pembaca.
Penghantar e-mel itu mendakwa mereka mampu menghantarkan produk terbabit ke seluruh pelosok dunia dalam tempoh 24 jam dan wang akan dikembalikan jika pengguna tidak berpuas hati dengan ubat terbabit.
Pembaca yang tertarik dengan tawaran itu kemudian diminta melayari satu laman web lain yang mengandungi maklumat berhubung produk berkenaan.
Laman web itu kemudian menyenaraikan maklum balas daripada beberapa pengguna yang kononnya berpuas hati dengan kehebatan pil terbabit.
Laman web itu mendakwa lebih sejuta lelaki dari seluruh dunia mendapat manfaat daripada ubat terbabit yang berupaya membesarkan tisu kemaluan lelaki dalam tempoh kurang lima bulan.
“Malah, lebih memeranjatkan apabila pil terbabit didakwa juga boleh digunakan warga emas untuk mendapatkan `kesan’ lebih ketara pada bahagian sulit,†katanya.
Orang ramai yang ingin membuat pesanan pil ajaib itu diminta membayar sekurang-kurangnya AS$59.95 (RM215) bagi sebotol mengandungi 60 pil untuk kegunaan sebulan.
Bagaimanapun, pelanggan yang mengambil pil terbabit dua kali sehari selama sebulan didakwa hanya boleh mendapat kesan penambahan zakar sepanjang 1 sentimeter sahaja.
Namun, pelanggan yang mahu kesan lebih hebat iaitu `pemanjangan’ sehingga 10 sentimeter dalam tempoh sembilan bulan diminta membayar AS$289.95 (RM1,043) untuk mendapatkan 540 biji pil berkenaan.
“Pelanggan yang mahu menempah pil itu diwajibkan mengisi borang khas dalam internet dengan meletakkan nama, alamat serta negara asal diduduki.
“Penipuan hanya disedari apabila mereka yang membuat tempahan diminta memasukkan nombor serta jenis kad kredit yang digunakan ketika ini sebagai cara pembayaran,†katanya.
Menurutnya, orang ramai sepatutnya tidak mudah memberikan nombor kad kredit kepada individu tidak dikenali kerana banyak kes penipuan sebelum ini berpunca daripada tindakan mangsa mendedahkan nombor kad kredit miliknya melalui internet atau telefon.
“Taktik mencuri nombor kad kredit mangsa semakin berleluasa dan orang ramai sepatutnya lebih berhati-hati,†katanya.
Anda boleh baca artikel ni kat SINI.Komen saya tentang artikel ni.
Hari pertama tahun baru saya abiskan masa untuk setup balik autoresponder saya.Saya guna yang berbayar setelah autoresponder lama mengalamai masalah.Semua mailing list telah hilang.Kalo mereka yang telah subcribe harap dapat subcribe sekali lagi.
Ini adalah kerana saya telah masukkan 2 ebook baru iaitu Panduan Paypal: Masalah dan penyelesaian dan Asas eBay. Ia adalah khas untuk subcriber.Jadi subcribe sekarang jika mahukan ebook itu.
Anda akan mendapat 4 ebook percuma dari saya dan saya akan sentiasa update Panduan Paypal tu. 2 lagi ebook lain ialah ebook lama iaitu 15 Tips Memaksimakankan Adsense dan Tag and Ping.
Ia adalah hadiah tahun baru dari saya.Semoga ia memberi manfaat kepada mereka yang mengatasi masalah dengan paypal dan konsep asas dalam ebay.
Anda boleh subcribe dengan memasukkan nama dan email di borang disebelah.Seterusnya, cek email kerana link download dihantar melalui email.