Raja Adsense

Archive for February, 2007

Langkah 1 Menulis Ebook:Pembangunan

Tuesday, February 27th, 2007

Okla..Kita mulakan sesi membuat ebook kita.Kita mulakan dengan langkah pembangunan dan penulisan ebook.

Persediaan dan Kajian

Ia merupakan perkara penting dalam menulis ebook.Pastikan anda mempunyai badan yang sihat dan maklumat yang secukupnya.Ia adalah satu perkara yang perlu diutamakan.Jika tidak, ebook anda tidak akan  siap selama lamanya.Ia akan menyebabkan ia asyik tertangguh disebabkan oleh kurang persediaan.Ia merupakan satu kickstart anda sebagai penulis ebook.

Anda juga perlu mendapatkan maklumat secukupnya bagi melengkapkan ebook anda.Untuk menghasilkan sesuatu ebook yang berkualiti,kajian yang lengkap perlu dilakukan.Ia akan menjadikan ebook anda sangat digemari.Konsep inilah yang digunakan oleh zul smartusaha dalam menghasilkan ebook Asas Wordpress. Beliau melakukan kajian yang cukup lengkap merangkumi segala perkara.

Perisian dan Converter

Dalam menghasilkan ebook,perkara yang sering ditanya adalah perisian yang digunakan dan bagaimana untuk menghasilkan ebook.Ebook sebenarnya mempunyai 2 bentuk yang sering kita jumpa iaitu dalam bentuk fail pdf dan exe. Ebook dalam bentuk pdf adalah paling senang untuk dibuat.

Anda boleh menulis ebook dalam dalam Microsoft Word kemudiannya tukar fail .doc kepada .pdf.Anda boleh gunakan OpenOffice untuk convert kepada fail pdf atau Adobe Profesional atau banyak lagi converter yang boleh didapati di internet.Search kat enjin carian la ye.. Jika boleh gunakan freeware atau perisia/printer percuma.

Keselamatan Ebook

Ia merupakan satu isu besar dalam perniagaan ebook.Pastikan ebook anda mempunyai keselamatan secukupnya.Pastikan ebook anda tidak boleh diedit oleh sesiapa tanpa pengetahuan anda.Ini pernah terjadi kepada saya kerana tidak set tidak boleh edit semasa convert kepada fail pdf.Ada yang mengedit ebook tersebut..

Anda juga boleh setkan password bagi sesiapa yang ingin membaca ebook tersebut.Tapi bagi saya ia agak menyusahkan.Namun ia terpulang kepada anda kerana anda dalah pemilik dan penulis ebook tersebut.Pemikiran kita adalah berbeza.Tidak perlu ikut semua yang saya katakan.

Ini adalah antara perkara yang akan disentuh dalam ebook saya nanti.Saya akan detailkan bagaimana untuk membuat ebook secara bergambar bagi memudahkan pemahaman anda.Begitu jugak teknik dalam membuat kajian dan mencari maklumat bagi memenuhi permintaan orang ramai.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Bagaimana menulis eBook Sesi 1

Monday, February 26th, 2007

Atas permintaan ramai yang bertubi tubi bertanyakan saya bagaimana untuk menulis ebook,jadi saya tulis la kat sini.Ia hanya sekadar berkongsi pengalaman saya sebagai penulis ebook.Saya akan terangkan secara bersiri jadi selalu la jenguk blog ini.Saya akan terangkan bagaimana menghasilkan ebook untuk tujuan komersil.Saya akan perkara² ini:

Langkah 1: Pembangunan

1. Persediaan dan Kajian

2.Perisian dan Converter

3. Tips Keselamatan eBook

Langkah 2:Laman web

4.Pemilihan nama domain. (ia adalah ulangan Tips sebelum ini)

5.Pembangunan laman web.

Langkah 3: Membina kredibiliti

6. Dapatkan testimoni.

Langkah 4: Pengurusan

7.Menguruskan laman web dan pesanan.

8.Masalah² yang mungkin dihadapi.

Langkah 5:Pemasaran

9.Teknik Pemasaran

Ini adalah antara topik yang akan saya sentuh sedikit dalam blog ini.Saya akan menulis ebook lengkap bagaimana saya membuat lebih dari RM20,000 dengan satu ebook nanti. Ia adalah satu kajian kes bagi RajaAdsense.com.Ia akan menjadi produk kedua saya bagi pasaran Malaysia  selepas RajaAdsense.com.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Apa yang anda buat dengan eBook percuma?

Saturday, February 24th, 2007

Apa yang anda buat dengan eBook percuma yang anda dapat dari saya atau usahawan lain?Adakah anda membacanya atau just hanya download dan simpan?Ini adalah antara persoalan yang sering saya fikirkan.

Apa yang dapat secara percuma, orang kurang hargainya.Kenapa? Kerana ia PERCUMA.Malah ada hanya suka download dan simpan tanpa membacanya langsung. Ia adalah sangat merugikan.Ini adalah kerana penulis mengambil masa yang lama untuk menulis ebook tersebut.Akhirnya,ia tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Hanya mereka yang betul² serius sahaja yang membacanya.

Mungkin budaya memberi secara percuma harus dikurangkan.Ini akan menyebabkan orang lebih menghargai sesuatu jika mereka mendapatkkannya secara bersusag payah.Namun,inilah lumrah manusia.Mereka memang sukakan benda yang percuma.Cuma mereka kurang menyayangi atau menghargai sesuatu yang boleh didapati secara percuma.Bagaimana dengan anda?Anda menghargai apa yang anda dapatkannya dengan mudah atau percuma? Bersama kita renungkan…

Kepada usahawan..Patutkah kita berterusan memberi ebook secara percuma?Untuk review product ia adalah satu kemestian.Tapi jika maklumat percuma,ia patut dipertimbangkan..Kini trends usahawan internet antarabangsa mula berhenti memberi ebook/report percuma sebaliknya ia menjadi berbayar tapi dengan harga yang murah seperti 7dollarsecrets oleh Jonathan Leger. Trend ini mula diikuti oleh ramai nama² besar internet marketing seperti Joel Comm dan ramai lagi. Saya jangkakan ia akan turut memperngaruhi fenomena IM di Malaysia.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Hari Yang Meletihkan

Wednesday, February 21st, 2007

Apa khabar semua?Saya minta maaf jika terlewat menghantar link download ebook.Saya baru sahaja sampai ke rumah dari majlis perkahwinan kawan baik saya semasa di universiti. 2 hari saya di Bachok,Kelantan. Cukup meletihkan.Sehari selepas balik dari perak, terus ke kelantan setelah berbincang dengan Technoprenuer Group Terenggganu sebelum bertolak ke Kelantan.

akad

Gambar Berdiri: Jaha,Che Wan,Amran & Ina, Adik-adik NikFaris(tak tau nama)
Gambar duduk: Sham,  Nik Faris dan tunangnye  Aishah.

bersanding

Gambar Berdiri:Che Wan,Sham, Pengantin, Kenit & Abang Long(X-YDP MPP UUM)
Gambar Duduk: Jaha & Isteri

Kami (saya,che wan,amran,ni faris &abg long) masa semester 1 kat UUM adalah geng selalu lepak di tepi tasik buatan di UUM(Tasik Guthrie).Boleh dikatakan semua happy go lucky.Teringat plak zaman masa kat universiti dulu.Sorang dah berumah tangga,tinggal lagi 4.Nik Faris hujung tahun ni.Jadi tinggal la 3 termasuk saya.;P

sanding

Selamat Pengantin Baru buat Amran dan Ina.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Sekitar Majlis Pertunangan

Monday, February 19th, 2007

Saya baru sahaja sampai dari Perak bagi majlis pertunangan saya.Ada orang yang dah tahu berkenaan dengan ini.Semasa ke konvensyen Saifulsham,dah ada orang tanya pasal ni.Jadi saya annouce je la ye.Saya sampai ke rumah pada pukul 10.30mlm dan pukul 12.30 saya buka pc dan menulis skit kat blog ini.

Saya tengah memikirkan samada perlu atau tidak meletak gambar tunang saya.Saya rasa tak perlu kot. Xperlu la saya dedahkan sesiapa tunang saya.Hint yang boleh saya bagi,dia adalah orang perak.Orang “Kuale”.

tunangbanding

P/s:Saya jadi penunjuk jalan dan jurugambar je.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan