Raja Adsense

Buat Aje!!

Written on February 1, 2007 – 6:18 pm | by sham |

Ramai mereka yang ingin berniaga di internet tapi masih berasa ragu ragu.Malah bermacam macam perkara bermain di kepala..Dapat balik modal ke tak?Laku ke tak?Aku baru,mana leh nak lawan orang lama?Betul ke internet boleh buat duit?

Jawapan saya,Buat Je!!Orang Jawe cakap JUST DO IT!.Kalo anda buat,anda pasti akan mendapat jawapannya.Tak percaya, mulakan perniagaan internet anda. Bagi saya,mereka ini perlu didorong dan diberi galakan. Bagi saya yang telah menjadikan internet sebagai sumber rezeki saya lain la ceritanye. Bagi yang masih ragu,belajar dan mulakan perniagaan anda.

Terdapat banyak perkara yang boleh dijual di internet.Benda yang paling senang dan mendapat keuntungan 100% adalah produk berasaskan maklumat seperti ebook. Ada yang keras kepala mahukan sebab kenapa dia perlu ada perniagaan internet? Jawapnye, ia mudah,murah dan yang penting sekali,ianya global.

Salah satu projek saya sekarang ialah untuk meningkatkan lagi bilangan usahawan yang terlibat dalam perniagaan internet. Inilah yang dibincangkan oleh Team EbizMalaysia di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi baru baru ini.Ia akan dilakukan dalam bidang yang khusus terlebih dahulu.Pastinya ia adalah bidang yang mendapat sambutan ramai di seluruh dunia dan Kerajaan kita sendiri.

Kelebihan perniagaan saya telah banyak kali nyatakan dalam post saya sebelum ini. Selain dari perniagaan internet,saya mempunyai hobi menternak ikan.Kini saya menternak ikan keli di belakang rumah saya.Ini pun akan saya kembangkan setelah pembekal benih ikan dapat menyediakan benih secukupnya.Ia hobi saje.Saya suka tengok bile ikan menyambar makanan.Bila dah matang,jual.Saya kini cuba bekerjasama dengan KUSTEM bagi mendapatkan benih hasil kajian mereka.

Kembali kepada topik perniagaan internet..dah lari topik plak saya bercakap tentang hobi..Tapi sebenarnya hobi anda boleh dijadikan produk perniagaan internet.Sebagai contoh,cara penternakan ikan dalam sangkar,menternak lembu&kambing, malah cara berkebun dengan berkesan pun boleh dijadikan produk informasi seperti ebook.Saya pasti ramai yang berminat termasuk saya.:-)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 5 Responses to “Buat Aje!!”

  2. By neeta on Feb 2, 2007 | Reply

    Ermm.. satu hobby yg menarik! Bagus2! benih tiram x nak ke en. sham?

  3. By hapisol on Feb 3, 2007 | Reply

    tq for info.
    hobi saya kat sini, suka jadi pegawai penasihat projek aktiviti pelajar.
    so, ada idea ker sham utk kembangkan minat ini ke internet?

  4. By Sabri SaifulSham on Feb 3, 2007 | Reply

    Buat Aje!

    Ayat yang sama saya ulang lebih 10x kepada roomate saya dalam tempoh 2 minggu… Akhirnya, siap pun website dia…

    Kalau tak, banyak alasan… :p

  5. By sham on Feb 4, 2007 | Reply

    Neeta,tiram susah skit..xde kemahiran lagi…lagipun xde tempat nak bela..

    E.Hapisol,actully dah ada orang buat ebook pasal ternakan ikan keli…

    Betul tu sabri, kalo orang tanya saya, tu la jawapannye..Kalo diikutkan alasan,beribu boleh dicari..nak dapatkan hasil,kita perlu la mencubanya sendiri..

  6. By irwan.dahnil on Feb 8, 2007 | Reply

    marble goby? :)

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan