Raja Adsense

Penting Merancang Perjalanan

Written on February 1, 2007 – 5:27 am | by sham |

Bagaimana anda berbelanja? Kali saya ingin sentuh tentang perbelanjaan dan simpanan. Kedua dua perkara tersebut sangat penting.Cuma adakah anda merancang perbelanjaan perjalanan anda?

Saya sentiasa menyediakan duit kontigensi atau istilah biasa duit back up.Kontigensi sangat penting.Jika dalam pengurusan projek,ia dimasukkan didalam bajet projek.Kenapa?Projek tersebut akan terus hidup jika kos meningkat.Ini adalah kerana kita boleh gunakan duit kontigensi tersebut.Ia biasanya 10% dari kos projek kalo tak silap.Dah lama tak buat paper work.:P .Kalo salah,harap betulkan.

Kenapa kontigensi wujud?Ia disebabkan untuk menguruskan risiko jika berlakunya keadaan luar jangka yang tak dapat dielakkan.Ia digunakan untuk menampung kos yang meningkat disebabkan keadaan yang tak dijangka tersebut.

Begitu juga jika anda ingin kemana mana.Pastikan anda mempunyai back up money dan juga rancang perbelanjaan anda.Jika tidak,anda akan kehabisan wang dalam perjalanan.Jika ianya berlaku,bagaimana dengan anda? Jadi sediakan pelan perjalanan anda.

Anda tidak tahu apa yang akan terjadi dalam perjalanan nanti..Jadi bersediala..Bak kata orang “Sediakan payung sebelum hujan”.

Bagaimana simpanan anda pula?Simpan sekurang kurangnya 10% dari pendapatan anda sebulan.Sebolehnya jangan gunakan untuk perbelanjaan anda.Gunakan bajet kontigensi anda!

p/s:Pejam celik dan sebulan kita di tahun baru.Cepatnya masa berlalu.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 5 Responses to “Penting Merancang Perjalanan”

  2. By SmartZul on Feb 1, 2007 | Reply

    Betul tu Sham. Kena berjimat juga dalam perjalanan. Gunakan wang untuk perkara yg perlu sahaja. Saya (termasuk Sham) akan travel tiap-tiap bulan, dan dari situ saya dah belajar serba sedikit dari pengalaman untuk berbelanja dalam perjalanan. Apa yg perlu dan tidak perlu..

    Jauh perjalanan, luas pengalaman, bertambah pengetahuan. ;)

  3. By tk2 on Feb 1, 2007 | Reply

    Saya jenis macam graf half life chemical reaction.
    Penggunaan duit berkadar songsang dengan masa.
    Nilai duit RM10 di awal bulan = RM1 diakhir bulan

    :(

  4. By Mohd Sufian on Feb 2, 2007 | Reply

    Itu yang bagusnya mempunyai perniagaan sendiri, terutama perniagaan internet. :D

    Kan Sham? Boleh travel tiap2 bulan, tanpa bimbang untuk meninggalkan perniagaan kita.

    Betul apa yang Sham katakan tu, lebih lagi kita yang bekerja sendiri. Amatlah penting untuk kita menyimpan sedikit pendapatan bulanan yang diperolehi.

  5. By hapisol on Feb 3, 2007 | Reply

    wah..sham..semakin sibuk anda..saya doakan anda terus berjaya..

    betul sham, dlm hidup ini semua perkara kita perlu rancang dgn baik.
    cthnya perjalanan, kita tidak tahu apa akan berlaku di masa depan, bila ada wang kontigensi dlm poket, rasa lega sikit bila berjalan. biasanya jika saya berjalan, mesti ada tambahan RM200 dlm poket utk pastikan saya selesa jika berlaku apa2 nanti.

  6. By sham on Feb 4, 2007 | Reply

    Betul tu Sufian..Bulan ni bulan paling sibuk..hehehe..Nampaknye dah ramai yang dah tahu..Malah pada konvensyen Saifulsham semalam pun ramai yang bertanya..Kene manage betul² masa dan duit saya…

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan