Join eBiz..Melayu Boleh?
Pagi tadi saya menerima satu sms dari kawan saya masa kat universiti. Dia ajak join dia saya join program yang dia join.Katanya buat duit di internet dengan eBiz.Saya buka pc & tengok la website tu. Rupenye site skim piramid dari luar negara. Apa lagi,basuh la skit. Dah la dia bayar USD20 sebulan.Boleh plak dia ckp, saje dia join,duit pusing² kat situ je.
Kalo duit pusing² kat situ,wat ape nak join?Baik simpan dalam ASB,hujung tahun dapat gak pulangan dividen.Kenapa la orang Melayu fikir mcm tu?Sedihnye hati. Bile dah kene tipu,baru riuh satu kampung cakap eBiz ni menipu.
Kita sebagai usahawan yang sebenar jugak yang mendapat efek dari program dan skim “taik” yang yang semakin ni.Dah bermacam kes yang penah berlaku kemudian di pesongkan oleh wartawan yang kurang ilmu tentang eBiz.Yang terkena kesannye ialah pertumbuhan eBiz dari Malaysia bahana dari program dari luar negara.
Kenapa la orang kita suka sangat bagi duit diorang tanpa usul periksa dan bertanya kepada orang yang lebih tahu?Senang² dia bagi duit kat orang yang dia tak kenali dengan harapan duit tu akan bertambah tanpa buat apa².
Sedarla wahai Bangsaku.Janganla kau tertipu lagi.Nampaknye kejadian “Tipah Tertipu” akan terus berulang sampai bila² jika ia tidak dibenteras.Saya harap kita dapat bersatu hati untuk menbanteras gejala ini dari terus berlaku.Jika tidak,orang kita akan terus tertipu dan menipu orang lain.
Insyallah,saya akan usulkan pada perjumpaan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi nanti. Saya cadangkan kita keluarkan satu Panduan tentang perkara ni sebagai mana ezine.Kalo ada cadangan lain,harap dapat luahkan atau email kepada saya atau guna je contact form pada blog ini.Kita tunjukkan yang IM Malaysia bersatu hati menentang Skim dan Program taik di internet.
Masyarakat kita perlukan perubahan.Kita sebagai usahawan sebenar bertanggungjawab untuk memberi kesedaran.Ia adalah satu jihad ekonomi dan kesedaran.
Anda Bersama Saya?
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






4 Responses to “Join eBiz..Melayu Boleh?”
By Jebat Mesranet on Feb 8, 2007 | Reply
Kekadang sedih juga dengan orang -orang kita nie, mudah sangat percaya dengan skim-skim yang tak masuk dek akal nie.. Diorang tak tahu duit yang datang dari skim-skim nie adalah hasil daripada member yang join skim2 nie.. Sampai satu masa nanti dah tak ada member yang join, skim nie akan tutup kedai. Masa tu menangis tak berlagu.. Jauhilah skim karut marut nie..
Sokong sham. Marilah sama-sama kita memberi kesedaran kat mereka-mereka ini.. Melayu Boleh!!
By Mohd Sufian on Feb 8, 2007 | Reply
Betul tu, mudah sangat percaya skim2 yang tak berfaedah. Kononnya join saja2, tapi mengharapkan dapat duit banyak bila join skim2 macam nie.
By hapisol on Feb 8, 2007 | Reply
biasalah tu, kadangkala kita ni nak semuanya cepat,
tapi semenjak saya mendapat ilmu ebzi drpd pakar2 IM
spt sham, sufian, zul dll, saya tak tengok/ambil tahu langsung
pasal skim ni.
By soulof99 on Feb 8, 2007 | Reply
Heh.. sbnarnya tak tau nak cakap apa. Semua ni nak taknak kena ada ilmu juga. Tindakan yg bro buat tu mmg betul. Mmg kena basuh gak. Apapun pada saya ianya ikut peredaran masa. Bermula dari tak tahu. Bukan sedikit IM seluruh dunia yang bermula dgn benda2 sampah camni. Tapi lama kelamaan semuanya beralih kepada bisnes yang sebenar di internet ni.
Takpun, ada yang berenti terus kerana dah salah faham dgn dunia ebiz ni. Katanya ebiz ni penipu..
p/s: Ku sentiasa bersamamu.