Mana satu yang saya nak pilih?
Mana satu yang saya nak pilih ni…Adakah anda mengalami masalah untuk memilih model program atau perniagaan internet yang sesuai?Saya pasti anda akan mengalaminya kerana terlalu banyak panduan yang ada dalam pasaran.
Ini menjadikan anda keliru yang mana satu yang hendak dibuat.Akhirnya semua tak buat atau jika buat buat pun hanya sekerat jalan.Ini adalah perkara biasa jika anda tidak fokus. Jika anda ingin mendapatkan hasil,fokus adalah penting.Tanpa fokus,anda akan kehilangan arah tujuan dan akan hanyut dibawa oleh hype² yang sejak 2 menjak semakin banyak oleh otai IM.
Saya tertarik dengan post smartzul dengan tajuk Jangan Ikut Angin. Bagi saya ia adalah satu pendedahan yang terus terang.Newbie mungkin akan terkeliru dengan terlalu banyak hype buat duit diinternet.Walaupun budaya membeli di Malaysia tidak seperti di US.Ia sudah cukup untuk membuatkan newbie hilang fokus.
Ini adalah kerana mereka disogokkan dengan pelbagai kejayaan orang lain dan membuatkan mereka teruja dan meninggalkan apa yang dilakukan sekarang dan mencuba sesuatu yang baru.Akhirnya”Yang dikejar tak dapat,yang dikendung keciciran”.Yang menyedihkan,mereka putus asa apabila apa yang diusahakan tidak menjadi.
Jumlah IM di Malaysia masih lagi masih kurang.Tapi mengikut keadaan semasa,saya yakin ia akan bertambah dengan usaha pelbagai pihak memberi kesedaran tentang potensi perniagaan di internet.Kini ada 4 seminar dan bengkel yang aktif memberi pendedahan kepada perniagaan internet.Irfan Khairi,Osman Affan,Saifulsham dan EbizMalaysia. Dengan ada pengerak ini diharap dapat memberi kesedaran dan potensi perniagaan internet kepada masyarakat.
Seterusnya melahirkan lebih ramai usahawan internet dar generasi muda dan graduan yang mengangur.Kepada graduan mengangur dai bidang IT dan Multimedia,anda tidak sepatutnya mengangur dengan kemahiran yang anda ada.Malah mereka boleh membuat wang melebihi dari gaji bekerja dengan orang lain jika mereka mengunakan kemahiran tersebut di internet.Berjuta juta orang mahukan khidmat mereka.
Mindset untuk bekerja kerajaan menjadikan mereka menutup minda mereka kepada peluang yanglebih luas.Inilah mindset orang melayu.Ibu bapa mereka mahu anak² mereka belajar tinggi² dan bekerja kerajaan.Malah inilah ibu bapa mahu saya lakukan.Tapi apa yang saya buat,mulakan perniagaan sendiri. Syurga memang dibawah tapak kaki ibu,tapi saya tak endahkan apa yang mereka mahukan dan membuat sesuatu yang orang melayu yang tak ramai yang berani..Menjadi usahawan,kecilkan lagi skop..internet.
Kenapa?Saya nampak potensinya dan saya mendapat hasil darinya.Malah melebihi dari gaji sesetengah pengawai kerajaan atau bekerja dengan orang di syarikat swasta. Akhirnya ibu bapa menerima apa yang saya lakukan walaupun kadang kala menyuruh saya mintak keje Kerajaan. Saya buat² tak dengar jela..
Mindset Orang cina menerap anak² mereka untuk menjadi peniaga.Ini menjadikan mereka menguasai ekonomi negara kita.Majoriti Bilionaire dari Malaysia adalah cina.Ia adalah hasil dari perniagaan.Orang cina mengajar anak² mereka belajar tinggi² lepas tu menjadi usahawan.Jadi mereke lebih berjaya.
Orang Melayu adalah pentadbir dan pemimpin terbaik didunia.Tak percaya?Lihatla Malaysia. Kita mudah bertolak ansur dan hidup aman.Ia tidak berlaku dinegara lain dimana mereka yang menjadi pemimpin menindas kaum lain.Buktnya tak perlu kita pergi jauh,lihat negara jiran kita dah cukup.
Kenapa orang kita tak gunakan kemahiran mentadbir itu untuk mentadbir perniagaan dan melatih lebih ramai generasi muda tentang pengurusan perniagaan?




9 Responses to “Mana satu yang saya nak pilih?”
By hapisol on Feb 9, 2007 | Reply
saya pun begitu sham,
hanya nak mudah jadi staf kerajaan.
walaupun pernah dpt tawaran kerja swasta di singapura pd thn 2001,
saya ikut nasihat ibubapa utk kerja disini.
tapi, skrg, bila ada masa free/waktu mlm/cuti,
saya akan buat ebiz.
maybe slps income bulanan RM100,000
saya akan full time IM,
ok ker?
By smartzul on Feb 9, 2007 | Reply
Sham, artikel yang bagus. Saya terpaksa terus-terang, sebab tak nak semua usahawan internet di-cop penipu. Kita kena cakap yg benar.. Susah nak jumpa internet marketer yg terus terang hatta mereka ni dah sangat2 berjaya especially dari luar negara. Nak buat hype, berpada-pada laa..
hapisol, tak salah makan gaji, macam Azizi Ali dan macam Shuth.. Siang kerja, lain waktu, ebiz.. No prob.
Do what you like dan yg penting, time management.
By abdul jalil on Feb 9, 2007 | Reply
ini comment saya,,,,,era saya dengan era sham adalalah amat berbeza zaman saya perkara komputer tidak ada langsung,anak melayu yang dapat pergi ke u blh bilang dgn jari bila keluar target ibubapa makangaji dgn kerajaan jadi pegawai besar bergaji ribu2 ribu masatu amat banyak kerana masa itu barang amat murah…kalau nak dibanding dgn sekarang amat berbeda,,,,tapi itu lah ibubapa sekarang masih berfikiran nak anak yg pergi belajar di u dpt kerja dgn kerajaan……kadangkala suruh jadi cikgu senang ,kenapa anak sianu tu jadi cikgu ke dikgi ke senang ibubapa kita dapat lihat ,mereka bekerja dgn kerajaan kesenangan hidup . ada kah sham boleh mengubah minda org melayu kepada minda org cina. saya rasa minda ini boleh berubah sekiranya golongan ibubapa seangkatan dengan sham….senario susah nak berubah sudah berapa generasi …masa kini graduan menggangur…..dulu tidakada….itu kah dikatakan kemajuan entah tanya pemimpin kita sekian terima kssih
By sham on Feb 9, 2007 | Reply
Untuk mengubah sikap orang akan mengambil masa yang lama..Ia adalah perjuangan semua orang..bukan generasi saya sahaja..malah generasi yang lebih lama dari saya..Semua orang kene berganding bahu,baru ada kesan..
Ini adalah kerana sikap ni boleh diwarisi..inilah penagan british kat orang melayu..kenapa kita tak berusaha menjadi sebagaimana nenek moyang kita dulu yang terkenal sebagai pedagang dan peniaga yang hebat?
By Jebat Mesranet on Feb 9, 2007 | Reply
Betul kena ada fokus dalam perniagaan internet nie. Kalo tak ada fokus nanti semua benda nak buat. lastly, sampai satu titik anda kebingungan n keliru sendiri..
Hapisol, Rm100,000 sebulan lebih dari ok tu. saya nie silap-silap Rm10,000 sebulan pun dah benti keje
By along_vtx on Feb 10, 2007 | Reply
kita ubah daripada sekarang…bermakna sesiapa yang baca posting ni kita mula daripada sekarang.Sampai waktunya kita akan sedar yang kita dah mengubah minda kita & orang sekeliling kita tanpa kita sedari.
Jadikan kebiasaan(rutin harian)anda dengan sesuatu yang berfaedah agar menjadi satu tabiat yang baik & berguna.
By JimieRay on Feb 10, 2007 | Reply
Memang kita perlu ubah dari sekarang terutama mindset anak2 kita yang masih belajar. Apa yang saya tanamkan dalam minda anak2 saya nak kerja apa sekali pun jangan lupa buat perniagaan. Bagi kesedaran kpd mereka betapa pentingnya perniagaan daripada pekerjaan TETAPI utamakan dulu pelajaran.
Sedar tak anda bahawa perniagaan yang kita jalankan sekarang merupakan aset peluang pekerjaan utk anak2 kita nanti walaupun mereka belum lg tamat alam persekolahan. Kita bole jadikan Lebonan sbg mentor mereka.
By hapisol on Feb 11, 2007 | Reply
Jebat Mesranet Says:
Hapisol, Rm100,000 sebulan lebih dari ok tu. saya nie silap-silap Rm10,000 sebulan pun dah benti keje
itulah janji saya kpd diri ini & isteri tercinta pd 9/2/2007 yg lepas.
bukannya apa, kukuh sikit kewangan saya masa tu, mcm2 pelaburan boleh buat
& secure lah sikit life keluarga saya.
tapi, itu semua hanya matlamat saya saja.
By pemerhati on Aug 14, 2007 | Reply
kalau semua nak jadi jutawan internet -
sapa nak jual kat kedai runcit – bukak restoran – jadi kuli ?