Raja Adsense

Menjadi Penulis eBook

Written on February 10, 2007 – 9:43 pm | by sham |

Anda tahu apa itu ebook?Saya rasa masih ada yang masih belum tahu apa itu ebook.Malah ada yang menjangkakan ebook adalah seperti buku fizikal yang dibeli dikedai. Bagi mereka yang masih tak tahu,ebook adalah buku elektronik atau dalam bahasa Jawe dia panggil electronic book (e-book)…:p.Jangan marah..

Bagi mereka yang berkeinginan untuk menjadi penulis,ebook adalah yang paling sesuai kerana ia boleh dikatakan hampir percuma untuk membuatnya.Kini terdapat banyak perisian percuma yang boleh membuat ebook seperti OpenOffice dimana ia hampir sama dengan microsoft word tapi ia ditambah dengan fungsi pdf creator.

Bagi e-cover pula,ada perisian graphic editor yang hampir sama dengan perisian yang berlesen.Anda perlu cari dan download di internet. Atau anda boleh upah orang membuatnya.Ia lebih profesional dan mudah.Jika ada masa untuk belajar,boleh cari di gedung ilmu dan maklumat terbesar di dunia iaitu internet..

Tentang apa yang ingin anda tulis..buat sedikit kajian tentang permintaan. Jika ramai yang ingin tahu tentang sesuatu,anda bautkan ebook penyelesaian tentang masalah tersebut.Biasanya ia pasti akn mendapat sambutan.

Atau..anda boleh hasilkan ebook tentang kemahiran anda.Jika anda seorang mekanik,anda boleh hasilkan ebook bagaimana untuk mengesan masalah kerosakan kereta atau menyelesaikan masalah kecil tentang kereta. Jika anda seorang penternak,anda boleh hasilkan ebook tentang ternakan yang anda buat seperti kambing,ikan,lembu atau membela cacing..

Jangan gelak kalo saya cakap menternak cacing..Ada orang mendapat geran dari cradle bagi projek penternakan cacing.Namun ia bukan cacing biasa.Ada sejenis cacing yang unik dan ada kegunaan tertentu seperti cacing kompos dan sebagainya.Saya pasti ramai yang ingin tahu.Kadang² kuasa membeli boleh didorong oleh sifat ingin tahu…itulah hakikatnya.

Jadi kenapa anda tidak mahu menjadi penulis ebook?Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk pencetakan atau berkongsi hasil jualan dengan syarikat penerbitan.100% keuntungan adalah milik anda.Jangan jadikan alasan untuk tidak menulis.Jika anda ada idea yang bernas,jangan lupa untuk menulisnya.Jangan biarkan kemahiran anda terkubur..

Jika anda seorang chef..jadikan ebook dan menjualnya..anda akan mendapat duit tambahan untuk keluarga anda.. Jangan cipta alasan,tapi banyakan mencipta peluang..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 7 Responses to “Menjadi Penulis eBook”

  2. By Jebat Mesranet on Feb 11, 2007 | Reply

    Saya juga mempunyai cita-cita untuk menghasilkan ebook sendiri. Tapi buat masa ni belum dapat lagi topik ape yang nak tulis :-) . Sham atau sesape yang ada idea boleh bagi saya tak ;-) . Perisian convert to PDF, cover ebook semua dah ada. cuma bahan nak tulis je belum dapat lagi :-) .

  3. By Fikri on Feb 12, 2007 | Reply

    100% untung dalam penjualan ebook adalah untung kita. Dalam erti kata lain, harga yang kita letak untuk ebook tersebut, semuanya adalah untuk kita. Ebook memang senang untuk di hasilkan. Lagipun, jarang ada orang yang daftar terlebih dahulu hasil ebook mereka seperti yang di perlukan untuk membuat buku. Memang senang dan menguntungkan jika anda menghasilkan ebook. :)

  4. By hapisol on Feb 12, 2007 | Reply

    tq for idea,
    maybe next year,
    akan keluar satu ebook drpd saya.
    tajuknya..biarlah rahsia dulu.

  5. By cruzer on Feb 14, 2007 | Reply

    Bagaimana dengan hakcipta?
    Ada apa-apa cara untuk kawal hakcipta?
    Kalau guna ‘password’ mungkin leceh dan mungkin boleh kena ‘crack’.
    Mungkin ada cara yang lebih baik…

  6. By MiLa on Feb 22, 2007 | Reply

    Saya tak boleh bukak la open office tu.. ada tak perisian lain yang berkaitan dengan pembikinan ebook… saya minat sangat nak buat ebook..so interesting.. boleh tak explain lagi.. TQ

  7. By starline on Oct 22, 2007 | Reply

    untuk cruzer,

    bagi saya hakcipta ni susah ckit sebab klu kita dah jual ebook tu mungkin diorang boleh bagi jer kat sedara atau kawan2.

    Dalam dunia ni cetak rompak memang senang tambah plak di internet.

    klu diaorang cetak rompak maknanya produk anda diminati..memang orang cari.tul x?

  8. By sham on Oct 23, 2007 | Reply

    Ingatkan kepada yang cetak rompak..ilmu dapat tak berkat tu jela..

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan