Jangan Ambil Mudah Perkara ini
Apa khabar semua?Harap semua sihat walafiat.Saya rasa semua orang sibuk dengan kerja masing².Yang xde keje tu,carilah keje atau buat² kerja..Apa yang yang saya maksudkan “buat²” tu bukan cuba menipu dalam kerja tapi hasilkan kerja baru..Biarla lebih produktif skit..
Okla,back to the topic..Kepada yang mereka yang ingin bergiat dalam perniagaan di internet,terdapat beberapa perkara yang perlu anda utamakan.Jangan pandang sebelah mata.Ia akan membinasakan perniagaan anda jika anda mengabaikannya..
1. Hubungan
Ia adalah perkara paling penting dalam perniagaan.Hubungan diantara pesaing,pelangan, rakan jv,rakan seperjuangan dan paling penting..bakal pelanggan.Jalinkan hubungan dengan mereka.Walaupn mereka tidak membeli barangan atau produk anda. Jangan “berkasar” dengan mereka (email). Tunjukkan sopan santun anda.Nescaya mereka pasti akan menjadi pelanggan anda pada masa akan datang.
2.Teguran
Jangan cepat melatah jika ada orang menegur anda.Jika ada yang menegur,ambik teguran mereka untuk memperbaiki diri, perkhidmatan dan produk anda.
3.Kongsi
Kongsi kemahiran anda dengan mereka yang mahu berjinak jinak dengan perniagaan. Jangan kedekut dengan ilmu yang anda ada. Kemungkinan ada dikalangan yang masih baru ini akan menjadi rakan anda yang terbaik.
4.Ilmu
Jangan kedekut untuk melaburkan wang yang ada untuk mendapatkan ilmu.Beli la buku dan jadikan amalan membaca menjadi tabiat anda.(saya membaca buku sebelum tido).Hadiri majlis ilmu dan seminar walaupun diluar bidang anda.Anda pasti akan mendapat sesuatu yang baru yang tak pernah anda terfikir sebelum ini.
5.Simpanan
Simpan sebahagian dari hasil gaji/pendapatan anda.Jadikan ia amalan keran ia pasti akan berguna apabila anda menghadapi kesusahan.Ia adalah jaminan masa depan anda.
6.Networking
Bina rangkaian dikalangan anda.Pergila seminar perniagaan,ia adalah tempat terbaik untuk anda membina rangkaian.Ini adalah kerana ia dipenuhi oleh usahawan² yang inginkan usahasama dan membina rangkaian mereka.Apabila perkara suka sama suka,hubungan lebih erat akan dihasilkan. Saya sendiri pernah ke seminar pelancongan walaupun saya tak tahu apa pun tentang pelancongan.Hasilnya saya kenal beberapa usahawan yang boleh dijadikan prospek dan saya mendapat satu idea baru yang tak pernah saya terfikir sebelum ini.
Inilah antara perkara penting yang perlu anda ambik berat.Ada banyak lagi,tapi lain kali saya akan kupaskan.
p/s:Bengkel eBizMalaysia siri Ke 4 akan dibuat pada 24hb ini di UKM.Jumpa disana.Untuk daftar sila layari Laman web eBizMalaysia.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





