Kenapa Mengalah sebelum Berjuang
Apa khabar semua? Saya sekarang sibuk skit tentang majlis penting saya pada 18hb nanti. Mungkin akan berlaku sedikit kelewatan saya membalas email anda atau order ebook. Saya pun baru sahaja selesai mengupdate rekod pelanggan saya.Ia berjumlah 543 orang. Sebenarnya ia melebihi jumlah tersebut.Sedikit data hilang atau termiss..
Berkenaan topik hari ini,saya ingin memberi sedikit teguran tentang sikap sesetengah dari kita yang asyik mengalah sebelum berjuang.Entah kenapa,sejak akhir² ini selalu sangat saya menerima email negatif yang mengatakan mereka tak tau apa² tentang IT sedangkan dia mengunakan email.main game dan sebagainya.Itu adalah semuanya adalah kemahiran dalam bidang IT.
Ada jugak yang meletakkan halangan sebelum membuat apa² lagi.Anda seolah olah meletakkan target yang takkan anda capai sedangkan anda boleh lakukannya.Apabila anda sendiri setkan mindset anda tidak boleh,anda pasti tidak boleh lakukannya kerana halangan minda yang anda letakkan sendiri.Anda seolah olah meletakkan bom jangka di badan sendiri.Persoalan saya,kenapa?Saya rasa anda ada jawapannya.
Matlamat kerajaan menggunakan motto “Malaysia Boleh” adalah untuk memecahkan halangan yang ditetapkan oleh golongan ini.Kenapa anda tidak terapkan motto “Aku Boleh” dalam semua urusan anda.Nescaya akan ada penyelesaian terhadap semua masalah anda.Perkara yang lebih penting adalah memusnahkan halangan minda yang anda tetapkan.
Motto kerajaan Terengganu sekarang ini pun “Tiada halangan tapi hanya peluang”.Saya sukan motto ni.Ini adalah salah satu cara untuk memusnahkan halangan minda “aku tak boleh” yang menebal pada kebanyakan dari kita.
Apa yang perlu buat adalah…buat je.Baru anda tahu apa keputusannya.Jika anda hanya tahu membuat alasan konon anda boleh buat bile bersua muka atau sebagainya. Anda sebenarnya hanya mencipta alasan dan halangan buat diri anda sendiri.Selagi sikap ini tidak dikikis,ia akan terbawa bawa sehingga ia akan membuatkan anda tidak ada kemajuan dalam hidup anda.
Jadi jangan cipta alasan.Cipta peluang untuk diri anda.Anda tidak akan ke mana mana jika hanya mencipta alasan.




4 Responses to “Kenapa Mengalah sebelum Berjuang”
By hapisol on Feb 14, 2007 | Reply
kadangkala sedih juga dgn sikap kita ini,
apabila disuruh buat sesuatu yg baru/sukar sikit,
pastinya kita memberi jawapan yg ‘tidak boleh’ dulu
sebelum mencubanya.
mengapa tidak kita buat dulu,
jika silap sekalipun, kita telah belajar suatu perkara
drpd kita tak buat apa2.
By along_vtx on Feb 15, 2007 | Reply
Punca utama adalah memahami.Benar-benar tidak memahami & hanya separuh.Jika kita faham apa yang kita perlu buat,ianya akan menjadi lebih mudah.
By Fai on Feb 15, 2007 | Reply
Selamat Bertunang Sham..
By ramzwatcher on Feb 18, 2007 | Reply
oh, dah nak bertunang upenye…awat tak habaq.
anyway, Tahniah! Mogo jodohkan berkekalan dan baik2 belaka.