Langkah 1 Menulis Ebook:Pembangunan
Okla..Kita mulakan sesi membuat ebook kita.Kita mulakan dengan langkah pembangunan dan penulisan ebook.
Persediaan dan Kajian
Ia merupakan perkara penting dalam menulis ebook.Pastikan anda mempunyai badan yang sihat dan maklumat yang secukupnya.Ia adalah satu perkara yang perlu diutamakan.Jika tidak, ebook anda tidak akan siap selama lamanya.Ia akan menyebabkan ia asyik tertangguh disebabkan oleh kurang persediaan.Ia merupakan satu kickstart anda sebagai penulis ebook.
Anda juga perlu mendapatkan maklumat secukupnya bagi melengkapkan ebook anda.Untuk menghasilkan sesuatu ebook yang berkualiti,kajian yang lengkap perlu dilakukan.Ia akan menjadikan ebook anda sangat digemari.Konsep inilah yang digunakan oleh zul smartusaha dalam menghasilkan ebook Asas Wordpress. Beliau melakukan kajian yang cukup lengkap merangkumi segala perkara.
Perisian dan Converter
Dalam menghasilkan ebook,perkara yang sering ditanya adalah perisian yang digunakan dan bagaimana untuk menghasilkan ebook.Ebook sebenarnya mempunyai 2 bentuk yang sering kita jumpa iaitu dalam bentuk fail pdf dan exe. Ebook dalam bentuk pdf adalah paling senang untuk dibuat.
Anda boleh menulis ebook dalam dalam Microsoft Word kemudiannya tukar fail .doc kepada .pdf.Anda boleh gunakan OpenOffice untuk convert kepada fail pdf atau Adobe Profesional atau banyak lagi converter yang boleh didapati di internet.Search kat enjin carian la ye.. Jika boleh gunakan freeware atau perisia/printer percuma.
Keselamatan Ebook
Ia merupakan satu isu besar dalam perniagaan ebook.Pastikan ebook anda mempunyai keselamatan secukupnya.Pastikan ebook anda tidak boleh diedit oleh sesiapa tanpa pengetahuan anda.Ini pernah terjadi kepada saya kerana tidak set tidak boleh edit semasa convert kepada fail pdf.Ada yang mengedit ebook tersebut..
Anda juga boleh setkan password bagi sesiapa yang ingin membaca ebook tersebut.Tapi bagi saya ia agak menyusahkan.Namun ia terpulang kepada anda kerana anda dalah pemilik dan penulis ebook tersebut.Pemikiran kita adalah berbeza.Tidak perlu ikut semua yang saya katakan.
Ini adalah antara perkara yang akan disentuh dalam ebook saya nanti.Saya akan detailkan bagaimana untuk membuat ebook secara bergambar bagi memudahkan pemahaman anda.Begitu jugak teknik dalam membuat kajian dan mencari maklumat bagi memenuhi permintaan orang ramai.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






One Response to “Langkah 1 Menulis Ebook:Pembangunan”
By Jebat Mesranet on Feb 28, 2007 | Reply
Nak buat ebook baru ke sham? Saya pun tengah rancang nak tulis ebook. Tapi buat masa nie nak drafkan dulu
.