Archive for February, 2007
Wednesday, February 7th, 2007
Kalo anda perasan beberapa minggu yang lepas terdapat beberapa perubahan kepada Page Rank atau PR. Kebanyakan blog saya mengalami kenaikan. Tapi ada juga yang mengalami penurunan iaitu dari PR4 ke PR3.
Blog ini meningkat kepada PR3 dari PR0. Blog TheBlogRevenue juga mengalami kenaikan dari PR0 kepada PR4. Ia sememang dah dijangkakan kerana saya mengunakan satu strategi tertentu kepada blog tersebut.Kepada yang blog mereka yang yang masih PR0,teruskan update blog anda.
Malah saya lihat beberapa penurunan PR terhadap beberapa blog seperti LiewCF.Kalo saya tak silap la.Google toolbar menunjukkan ia hanya PR3 sedangkan sebelum ini ia adalah PR6. Malah saya agak terkejut dengan penurunan mendadak tersebut.Atau mungkin pc saya yang bermasalah..Harap anda dapat cek..
Penentuan PR adalah ditentukan oleh link ke site berkenaan.Jika site anda mempunyai link dari site yang mempunyai PR yang tinggi,kemungkinan untuk blog anda mempunyai PR yang lebih tinggi adalah lebih besar. Jadi tingkatkan link ke site anda. Terpulang la kepada anda untuk mengunakan kaedah percuma atau berbayar.
Kenapa PR tinggi penting?Ini adalah kerana peluang anda membuat duit lebih banyak kerana sesetengah program mengunakan PR sebagai penentu kelayakan utnuk menyertai program mereka.Nilai laman web atau blog anda juga lebih tinggi jika ia mempunyai PR yang tinggi.
Jadi berusaha la untuk naikan PR blog anda. Rajinla update dan bina back link ke siet anda.Anda tidak rugi jika mempunyai banyak backlink yang banyak malah sangat bagus.Namun,jangan gunakan cara yang dikategorikan sebagai Blackhat. Jika backlink meningkat secara mendadak dan besar..Anda mungkin didenda oleh enjin carian..
Bersamalah kita berusaha dengan lebih gigih..
Posted in Uncategorized | 10 Comments »
Tuesday, February 6th, 2007
Saya ada berita baik buat mereka yang yang Unsubcribe newsletter Raja Adsense. Email anda telah pun saya ban dari menerima update ebook yang akan datang.
Kepada yang setia bersama saya,saya sangat menghargai anda. Insyaallah, saya akan update kedua dua ebook Panduan Paypal dan Panduan eBay tidak lama lagi. Kepada yang dah unsubcribe, sorry..Tiada peluang kedua untuk anda.
Saya hanya memerlukan mereka yang ingin ilmu dan ingin belajar sahaja.Bukan mereka yang subcribe semata mata inginkan ebook percuma dari saya kemudian unsubcribe setelah mendownload ebook tersebut.
Saya tidak rugi apa apa.Saya hanya berkongsi ilmu yang saya ada kepada anda. Yang rugi adalah mereka yang unsubcribe.Mereka tidak akan mendapat update ebook yang akan datang.Malah jika ada ebok terbaru yang ingin saya kongsi,mereka tidak akan mendapatnya.
Budaya hanya mahu download kemudian unsubcribe ini adalah biasa bagi kami IM Malaysia ini. Sebilangan kecil ini hanya berfikiran singkat hanya mahu benda yang ada didepan mata dan tidak inginkan benda yang akan datang yang bakal mereka dapat. Kami hanya memerlukan mereka yang bersungguh sugguh dalam mencari ilmu perniagaan di internet…Bukan mereka yang hanya ingin bermain main dan inginkan sesuatu yang percuma.
Apa yang Kami mahukan Kualiti bukan Kuantiti!!
Selamat Maju Jaya!
Posted in Berita | 6 Comments »
Sunday, February 4th, 2007


Saya just baru balik dari konvensyen SaifulSham pagi tadi. Nampaknye ramai yang kurang sihat..Saya sendiri pun pening kepala. Banyak yang saya dapat dari Konvensyen SaifulSham ini. Walaupun pening,tahan juga.Pengetahuan saya pasal drop shipping masih kurang.Dari konvensyen ini,saya dapat tahu serba sedikit tentang drop shipping dan drop shipper.
Apa yang best dapat jumpa dengan IM lain mcm En.Tazilan,En.Irwan, Fayz SyokKahwin, Bitol C3,Azhar FlyCovers (dah selalu jumpa dah),Kak Galadriel (sebelum ni hanya beremel sahaja),Team Saifusham (Tahniah atas konvensyen pertama),Shuth (memang sempoi orangnye), along_vtx (moderator Forum RajaAdsense-terima kasih kerana menghantar saya ke low yatt & Hentian Putra) dan ramai lagi yang saya tak sebut kat sini.
Setelah konvensyen ini,saya dan along ke Low Yatt.Saya beli barangan komputer skit dan tengok pelancaran Windows Vista. Apa yang pasti Vista berjaya menarik minat saya. Layout,interface dan function dia memang sempoi. Banyak function tambahan pada Office 2007. Kalo nak guna,kene explore dulu la.


Posted in Seminar | 2 Comments »
Thursday, February 1st, 2007
Ramai mereka yang ingin berniaga di internet tapi masih berasa ragu ragu.Malah bermacam macam perkara bermain di kepala..Dapat balik modal ke tak?Laku ke tak?Aku baru,mana leh nak lawan orang lama?Betul ke internet boleh buat duit?
Jawapan saya,Buat Je!!Orang Jawe cakap JUST DO IT!.Kalo anda buat,anda pasti akan mendapat jawapannya.Tak percaya, mulakan perniagaan internet anda. Bagi saya,mereka ini perlu didorong dan diberi galakan. Bagi saya yang telah menjadikan internet sebagai sumber rezeki saya lain la ceritanye. Bagi yang masih ragu,belajar dan mulakan perniagaan anda.
Terdapat banyak perkara yang boleh dijual di internet.Benda yang paling senang dan mendapat keuntungan 100% adalah produk berasaskan maklumat seperti ebook. Ada yang keras kepala mahukan sebab kenapa dia perlu ada perniagaan internet? Jawapnye, ia mudah,murah dan yang penting sekali,ianya global.
Salah satu projek saya sekarang ialah untuk meningkatkan lagi bilangan usahawan yang terlibat dalam perniagaan internet. Inilah yang dibincangkan oleh Team EbizMalaysia di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi baru baru ini.Ia akan dilakukan dalam bidang yang khusus terlebih dahulu.Pastinya ia adalah bidang yang mendapat sambutan ramai di seluruh dunia dan Kerajaan kita sendiri.
Kelebihan perniagaan saya telah banyak kali nyatakan dalam post saya sebelum ini. Selain dari perniagaan internet,saya mempunyai hobi menternak ikan.Kini saya menternak ikan keli di belakang rumah saya.Ini pun akan saya kembangkan setelah pembekal benih ikan dapat menyediakan benih secukupnya.Ia hobi saje.Saya suka tengok bile ikan menyambar makanan.Bila dah matang,jual.Saya kini cuba bekerjasama dengan KUSTEM bagi mendapatkan benih hasil kajian mereka.
Kembali kepada topik perniagaan internet..dah lari topik plak saya bercakap tentang hobi..Tapi sebenarnya hobi anda boleh dijadikan produk perniagaan internet.Sebagai contoh,cara penternakan ikan dalam sangkar,menternak lembu&kambing, malah cara berkebun dengan berkesan pun boleh dijadikan produk informasi seperti ebook.Saya pasti ramai yang berminat termasuk saya.:-)
Posted in Keusahawanan, Motivasi, Peluang Perniagaan | 6 Comments »
Thursday, February 1st, 2007
Bagaimana anda berbelanja? Kali saya ingin sentuh tentang perbelanjaan dan simpanan. Kedua dua perkara tersebut sangat penting.Cuma adakah anda merancang perbelanjaan perjalanan anda?
Saya sentiasa menyediakan duit kontigensi atau istilah biasa duit back up.Kontigensi sangat penting.Jika dalam pengurusan projek,ia dimasukkan didalam bajet projek.Kenapa?Projek tersebut akan terus hidup jika kos meningkat.Ini adalah kerana kita boleh gunakan duit kontigensi tersebut.Ia biasanya 10% dari kos projek kalo tak silap.Dah lama tak buat paper work.:P .Kalo salah,harap betulkan.
Kenapa kontigensi wujud?Ia disebabkan untuk menguruskan risiko jika berlakunya keadaan luar jangka yang tak dapat dielakkan.Ia digunakan untuk menampung kos yang meningkat disebabkan keadaan yang tak dijangka tersebut.
Begitu juga jika anda ingin kemana mana.Pastikan anda mempunyai back up money dan juga rancang perbelanjaan anda.Jika tidak,anda akan kehabisan wang dalam perjalanan.Jika ianya berlaku,bagaimana dengan anda? Jadi sediakan pelan perjalanan anda.
Anda tidak tahu apa yang akan terjadi dalam perjalanan nanti..Jadi bersediala..Bak kata orang “Sediakan payung sebelum hujan”.
Bagaimana simpanan anda pula?Simpan sekurang kurangnya 10% dari pendapatan anda sebulan.Sebolehnya jangan gunakan untuk perbelanjaan anda.Gunakan bajet kontigensi anda!
p/s:Pejam celik dan sebulan kita di tahun baru.Cepatnya masa berlalu.
Posted in Uncategorized | 5 Comments »