Raja Adsense

Archive for March, 2007

What can I say…

Saturday, March 31st, 2007

Apa khabar semua? Saya sedang mengalami sindrom “writer block” sekarang. Saya sebenarnya tak tau nak tulis ape kerana langsung takde idea la..Saya sedang menulis ebook terbaru. Namun disebabkan terlalu banyak maklumat sehingga otak saya menjadi blur sehingga tak tahu untuk menulis ape.

Menulis di sini rasanya hanya main tulis je.Kejadian ini sering terjadi kepada ramai blogger. Ada masanya mereka akan mengalami keadaan dimana mereka kekeringan idea dan tak tahu untuk menulis dan memulakan kerja yang mana terebih dahulu.

Nampaknye petang ni saya terpaksa berjalan² di pantai  untuk merehatkan otak. Yang pasti saya akan membawa bersama kamera saya. Saya suka merakam ombak deruan ombak. Dah lama betul saya tak mandi laut. Teringat semasa kecil saya sering berbasikal bersama kawan² ke pantai untuk mandi dan menagkap ketam.

Eh, ketam?Bukan ketam angin atau ketam batu tau. Ketam tu tak boleh makan. Ada sejenis ketam orang disini panggil ketam ragi. Cara menangkapnye ialah dengan tangan. Kami letakkan umpan ikan,kulit ayam atau kepala ayam pada satu pancang dan di cucuk di kawasan air cetek biasanya paras pinggang. Kemudian kami akan bermandi manda dan menyelam menangkap ketam yang mengerumuni umpan tersebut.

Saya banyak di sepit oleh ketam tu. Untuk membuang ketam yang mengepit jari tersebut, rendam je dalam air dan ia akan segera melepaskan sepitnya.Jika terus mencabut ketika didarat mungkin tangan kita kan luka teruk. Ini adalah kerana sepitnye akan menembusi kulit ke dalam isi jari. Ngeri bukan? Tapi saya dah biasa dah.

Baiklah. Saya ada tawaran tentang Ebook Sales Membunuh. Jika anda membeli hari ini sehingga pukul 12 tengah malam ini. Saya ada hadiah istimewa iaitu ebook Adsense Joel Comm versi ke 3. Hanya ada beberapa jam sahaja lagi.

Tawaran ini hanya untuk belian dari link ini sahaja. Klik disini.

Sekitar perkampungan Hadhari

Saturday, March 24th, 2007

Petang tadi saya ke Perkampungan Hadari di Pulau Duyung, Terengganu. First time,naik bot penambang ke Pulau Duyung. Sebelum ni,tak penah pu lagi naik bot tu. Just tengok orang naik. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 minit dari Jeti Syahbandar ke Tapak Perkampungan Hadari di Teluk Warisan.

Ni antara gambar yang saya ambik untuk tatapan semua. Saya ke sana ketika cuaca yang panas.Bile balik plak,ujan renyai². Nasib baik dapat payung percuma lepas beli kopi kat booth Power Root.

jeti syahbandar dalam botjeti syahbandarteluk warisan

Dalam bot penambang ke Teluk Warisan.

jeti dari teluk warisan

Gambar Jeti Syahbandar dan Pasar Kedai Payang dari Teluk Warisan

kat ekspo kat ekspo

Sekitar Perkampungan Hadari.

power root

Kat Booth Power Root..duta diorang tengah sain autograf..Entah pape aktiviti diorang buat sebelum tu. Saya kat situ beli kopi (i’m coffee addict). Padahal dah beli 2 paket kopi kat Booth Indo Cafe. Beli kat Power Root sebab nak payung free sebab masa tu dah gelap nak ujan. Ni on the way nak balik,ambik satu shot orang nak dapatkan autograf.

pintu keluar

Ha..ni pintu gerbang nak ke jeti Teluk Warisan. Kat depan jeti tu la berlangsungnye Monsoon Cup sebelum ini. Orang ramai berebut nak ke jeti tapi ditahan oleh anggota Rela.Diorang taknak orang bersesak diatas jeti.Lagipun ketika itu hujan renyai².Saya nasib baik ada payung. Thank to Power Root sebab bagi payung percuma lepas bli kopi dia.

Saya abis jugak RM50 kat sana. RM34 just untuk kopi je.(Memang kaki kopi la aku ni). Yang lain saya beli buah tangan untuk anak saudara. Sambil jalan² 3 tin air tin power root saya tibai. Sampai sana dah bli 2 tin,nak balik beli lagi 4 tin stand by untuk berjaga malam.

Saya ke sana sorang je. Nak bawa tunang,dia dok jauh.(Sabar jela). Dugaan..

Kat sana jumpa kawan masa sekolah menengah. Satu kelas masa form 5 kat Sekolah Menengah Sains Dungun.Saya hutang dia belanja makan. Lupa tanya dia keje kat mana. Nak offer dia keje design skit. Tapi kat situ,orang bising sangat dok promote barang diorg sebab dah last day arini. Sembang kejap je.Dia ada cakap apa tah pasal investor sebab telinga saya tak dengar sebab bising sangat.Malas nak cakap jerit² ni.

Apa yang menarik ialah booth Perodua, berkenan plak kat Myvi SE. Harga RM51K lebih.Warna putih. Memang cun la Myvi tu. Rasanya mesti ramai yang berkenan.Dalam dia nampak luas je. Rasanya makin lama,Proton gulung tikar la.Nasib baik kerajaan support. Kalo tak,komfirm dah lingkup. Patut tukar dia punye management la. Cari orang yang lebih business minded mcm Tony Fernandes AirAsia tu.

Patut Tun Mahathir tak suka bile Gov tukar management dulu. Dia dah dapat jangka Proton akn lebih teruk dibawah pengurusan baru. Sehingga hari ini, saya masih belum lihat apa² perubahan dibuat oleh Proton. Nak cari partner pun gagal.

Salah satu perkara penting bagi seseorang usahawan ialah mencari peluang dan menyambar peluang yang datang. Kalo kita boleh hasilkan lebih ramai orang mcm Tony Fernandes tu kan bagus. Mampu buat perubahan yang orang kita tak berani. Masa dia buat online booking,kat US dah pun biasa. Cuma orang kita je masih takut. Sekarang pun Mas terpaksa mengikut jejak AirAsia. Sekarang ni Mas pun wat tambang murah dengan FireFly. Kita tengok sejauh mana kunang² ini terbang. Jangka hayat kunang² sekejap je.Harap FireFly ni jangka hayatnye lebih lama.

Eh.dah melalut plak saya ni.Saje nak buka minda bahawa keusahawanan adalah suatu yang berisiko. Jadi anda perlu bersedia dengan segala risiko jika ingin mendai seorang usahawan. Apa yang pasti,usahawan adalah orang yang paling kaya dan berjaya. Tak perlu  la saya sebut siapa. Semua orang kaya di Malaysia adalah usahawan. Tak ada orang keje dengan kerajaan masuk dalam senarai orang kaya Malaysia.

Jom jadi usahawan!

Tawaran Pengiklanan di eBook Panduan Ebay dan Paypal

Thursday, March 22nd, 2007

Apa khabar semua.Rasanya agak lama saya tak update blog ini. Maaf ye.Saya agak sibuk menyiapkan projek terbaru dari saya. Saya telah pun menarik balik pengedaran ebook Panduan eBaya dan Panduan Paypal. Ini adalah kerana saya bercadang untuk mengemaskini ebook tersebut.

Saya juga membuka tawaran kepada sesiapa yang ingin iklankan laman web atau produk mereka melalui ebook tersebut. Saya jangkakan ebook ini akan dilancarkan semula pada 15 April 2007 atau selewatnya 6 Mei 2007 bagi ulang tahun yang pertama RajaAdsense.com.

Saya berrcadang hanya membenarkan hanya 5 iklan pada ebook Panduan eBay dan 5 pada ebook Panduan Paypal. Jadi hanya 10 tempat yang dibuka. Sekarang ini 4 tempat telah di tempah.

Ada yang bertanya samada ia adalah bulanan atau tahunan? Jawapnye selama lamanya ia akan berada di ebook berkenaan. Selagi ebook berkenaan di edarkan.Ia akan terus berkembang.Mungkin pada suatu hari nanti,semua orang akan membacanya. Jadi inilah peluang anda untuk mengiklankan produk anda.

Harga adalah RM50 bagi satu iklan. Ia adalah untuk selama lamanya. Jadi jangan buang masa.Tempah sekarang sebelum ia habis ditempah orang.Hanya 6 tempat lagi. Jika anda berminat sila email saya ke sham[at]rajaadsense.com. (sila tukar [at] kepada @ untuk email kepada saya).

Kepada yang berminat sila bayar/transfer rm50 ke akaun:

Nama: mohd Shamsuriyadi bin mamat
mbb: 163019430826 atau
cimb:13020123821528

Kemudian emailkan bukti bayaran/ bagitau bayaran telah dibuat. Seterusnya berikan maklumat tentang iklan anda seperti penerangan,url laman web dan nama/syarikat anda.

Saya tidak menerima laman web yang berunsurkan:

1. Pelaburan Internet,HYIP,Randomizor,Sumbang Ikhlas dan seangkatan dengannya.
2.Seks,Judi dan Perkauman.
3.Politik atau memburukkan orang lain.
4.Perkara yang dilarang oleh undang² negara Malaysia.

Semua iklan adalah atas budi bicara saya untuk menolak.Jika ia ditolakkan,saya akan kembalikan wang anda.

p.s: saya mempunyai lebih dari 2500 list yang sedia untuk mendownload ebook yang telah dikemaskini. Ia akan terus meningkat setiap hari.

MSC Technoprenuer Pre Seed Fund

Friday, March 9th, 2007

Apa yang saya ingin war warkan disini ialah tentang peluang mengembangkan perniagaan ke arah peringkat global.Jika anda mempunyai idea yang boleh di komersilkan dan merasakan ia boleh dikembangkan lagi, anda boleh memohon bagi mendapatkan grant MSC Technoprenuer Pre Seed Fund.

Ia adalah satu inisiatif oleh MSC bagi membanyakkan lagi syarikat bertaraf MSC apabila MSC dikembangkan ke seluruh Malaysia.Geran ini maksimum RM150,000 dan penerima perlu menyiapkan prototype tentang idea tersebut dalam masa maksimum 12 bulan.

Mereka yang mendapat geran ni perlu mendaftarkan satu syarikat sendirian berhad dan memohon status MSC dalam masa 1 tahun tersebut.Pendaftaran syarikat dan permohonan MSC status akan dibuat setelah anda berjaya melepasi peringkat penilaian dan akan diberikan duit untuk mendaftarkan syarikat dan permohonan. Bagi mendaftar syarikat RM2500 dan bagi permohonan MSC status RM2000.

Anda boleh download borang dan slide tentang pre seed fund ini di SINI.Saya hostkan borang tersebut sementara site berkenaan masih down sehingga kini.

Anda boleh tengok maklumat lanjut di http://www.msc.com.my 

Harap ramai yang dapat memanfaatkan kemudahan ini.Komersilkan idea anda.

Apa khabar semua!!

Friday, March 9th, 2007

Saya baru sahaja balik dari travel selama 9 hari.Agak banyak tempat saya pergi..Yang paling banyak ialah Cyberjaya.Saya ke sana bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pre seed fund oleh MDEC dan juga ke Incubator MSC di MMU.Office Syarikat Irwan Dahnill jugak ada kat situ.Cuma saya tak jumpa beliau.Saya hanya jumpa Suren dan Kamal kat sana.Mereka berdua adalah pengawai yang in charge di MSC Technology lab kat Cyberjaya.

Tarikh tutup untuk dapatkan grant tersebut adalah 19hb ini.Seeloknya hantar seminggu sebelum tarikh akhir kerana mereka akan menyemaknya terlebih dahulu.

Sebelum itu, saya ke Expo Kraf 2007 di Jalan Conlay Kuala Lumpur. Memang banyak dan cantik kraf dari Malaysia ni. Expo ini masih lagi berlangsung sehingga 18hb Mac.Jadi jika anda masa,lawat la.Mungkin ia akan memberi anda ilham baru.Memang letih jika travel lama² ni.

Okla.Sampai disini dulu ye update pendek dari saya.

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :