Raja Adsense

MSC Technoprenuer Pre Seed Fund

Written on March 9, 2007 – 1:04 pm | by sham |

Apa yang saya ingin war warkan disini ialah tentang peluang mengembangkan perniagaan ke arah peringkat global.Jika anda mempunyai idea yang boleh di komersilkan dan merasakan ia boleh dikembangkan lagi, anda boleh memohon bagi mendapatkan grant MSC Technoprenuer Pre Seed Fund.

Ia adalah satu inisiatif oleh MSC bagi membanyakkan lagi syarikat bertaraf MSC apabila MSC dikembangkan ke seluruh Malaysia.Geran ini maksimum RM150,000 dan penerima perlu menyiapkan prototype tentang idea tersebut dalam masa maksimum 12 bulan.

Mereka yang mendapat geran ni perlu mendaftarkan satu syarikat sendirian berhad dan memohon status MSC dalam masa 1 tahun tersebut.Pendaftaran syarikat dan permohonan MSC status akan dibuat setelah anda berjaya melepasi peringkat penilaian dan akan diberikan duit untuk mendaftarkan syarikat dan permohonan. Bagi mendaftar syarikat RM2500 dan bagi permohonan MSC status RM2000.

Anda boleh download borang dan slide tentang pre seed fund ini di SINI.Saya hostkan borang tersebut sementara site berkenaan masih down sehingga kini.

Anda boleh tengok maklumat lanjut di http://www.msc.com.my 

Harap ramai yang dapat memanfaatkan kemudahan ini.Komersilkan idea anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 1 Trackback(s)

  2. Apr 11, 2007: Panduan Usahawan, Cari Duit dan Perniagaan di Internet » Blog Archive » Perniagaan Internet dan Offline

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan