Sekitar perkampungan Hadhari
Petang tadi saya ke Perkampungan Hadari di Pulau Duyung, Terengganu. First time,naik bot penambang ke Pulau Duyung. Sebelum ni,tak penah pu lagi naik bot tu. Just tengok orang naik. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 minit dari Jeti Syahbandar ke Tapak Perkampungan Hadari di Teluk Warisan.
Ni antara gambar yang saya ambik untuk tatapan semua. Saya ke sana ketika cuaca yang panas.Bile balik plak,ujan renyai². Nasib baik dapat payung percuma lepas beli kopi kat booth Power Root.
Dalam bot penambang ke Teluk Warisan.
Gambar Jeti Syahbandar dan Pasar Kedai Payang dari Teluk Warisan
Sekitar Perkampungan Hadari.
Kat Booth Power Root..duta diorang tengah sain autograf..Entah pape aktiviti diorang buat sebelum tu. Saya kat situ beli kopi (i’m coffee addict). Padahal dah beli 2 paket kopi kat Booth Indo Cafe. Beli kat Power Root sebab nak payung free sebab masa tu dah gelap nak ujan. Ni on the way nak balik,ambik satu shot orang nak dapatkan autograf.
Ha..ni pintu gerbang nak ke jeti Teluk Warisan. Kat depan jeti tu la berlangsungnye Monsoon Cup sebelum ini. Orang ramai berebut nak ke jeti tapi ditahan oleh anggota Rela.Diorang taknak orang bersesak diatas jeti.Lagipun ketika itu hujan renyai².Saya nasib baik ada payung. Thank to Power Root sebab bagi payung percuma lepas bli kopi dia.
Saya abis jugak RM50 kat sana. RM34 just untuk kopi je.(Memang kaki kopi la aku ni). Yang lain saya beli buah tangan untuk anak saudara. Sambil jalan² 3 tin air tin power root saya tibai. Sampai sana dah bli 2 tin,nak balik beli lagi 4 tin stand by untuk berjaga malam.
Saya ke sana sorang je. Nak bawa tunang,dia dok jauh.(Sabar jela). Dugaan..
Kat sana jumpa kawan masa sekolah menengah. Satu kelas masa form 5 kat Sekolah Menengah Sains Dungun.Saya hutang dia belanja makan. Lupa tanya dia keje kat mana. Nak offer dia keje design skit. Tapi kat situ,orang bising sangat dok promote barang diorg sebab dah last day arini. Sembang kejap je.Dia ada cakap apa tah pasal investor sebab telinga saya tak dengar sebab bising sangat.Malas nak cakap jerit² ni.
Apa yang menarik ialah booth Perodua, berkenan plak kat Myvi SE. Harga RM51K lebih.Warna putih. Memang cun la Myvi tu. Rasanya mesti ramai yang berkenan.Dalam dia nampak luas je. Rasanya makin lama,Proton gulung tikar la.Nasib baik kerajaan support. Kalo tak,komfirm dah lingkup. Patut tukar dia punye management la. Cari orang yang lebih business minded mcm Tony Fernandes AirAsia tu.
Patut Tun Mahathir tak suka bile Gov tukar management dulu. Dia dah dapat jangka Proton akn lebih teruk dibawah pengurusan baru. Sehingga hari ini, saya masih belum lihat apa² perubahan dibuat oleh Proton. Nak cari partner pun gagal.
Salah satu perkara penting bagi seseorang usahawan ialah mencari peluang dan menyambar peluang yang datang. Kalo kita boleh hasilkan lebih ramai orang mcm Tony Fernandes tu kan bagus. Mampu buat perubahan yang orang kita tak berani. Masa dia buat online booking,kat US dah pun biasa. Cuma orang kita je masih takut. Sekarang pun Mas terpaksa mengikut jejak AirAsia. Sekarang ni Mas pun wat tambang murah dengan FireFly. Kita tengok sejauh mana kunang² ini terbang. Jangka hayat kunang² sekejap je.Harap FireFly ni jangka hayatnye lebih lama.
Eh.dah melalut plak saya ni.Saje nak buka minda bahawa keusahawanan adalah suatu yang berisiko. Jadi anda perlu bersedia dengan segala risiko jika ingin mendai seorang usahawan. Apa yang pasti,usahawan adalah orang yang paling kaya dan berjaya. Tak perlu la saya sebut siapa. Semua orang kaya di Malaysia adalah usahawan. Tak ada orang keje dengan kerajaan masuk dalam senarai orang kaya Malaysia.
Jom jadi usahawan!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





