Raja Adsense

What can I say…

Written on March 31, 2007 – 2:15 pm | by sham |

Apa khabar semua? Saya sedang mengalami sindrom “writer block” sekarang. Saya sebenarnya tak tau nak tulis ape kerana langsung takde idea la..Saya sedang menulis ebook terbaru. Namun disebabkan terlalu banyak maklumat sehingga otak saya menjadi blur sehingga tak tahu untuk menulis ape.

Menulis di sini rasanya hanya main tulis je.Kejadian ini sering terjadi kepada ramai blogger. Ada masanya mereka akan mengalami keadaan dimana mereka kekeringan idea dan tak tahu untuk menulis dan memulakan kerja yang mana terebih dahulu.

Nampaknye petang ni saya terpaksa berjalan² di pantai  untuk merehatkan otak. Yang pasti saya akan membawa bersama kamera saya. Saya suka merakam ombak deruan ombak. Dah lama betul saya tak mandi laut. Teringat semasa kecil saya sering berbasikal bersama kawan² ke pantai untuk mandi dan menagkap ketam.

Eh, ketam?Bukan ketam angin atau ketam batu tau. Ketam tu tak boleh makan. Ada sejenis ketam orang disini panggil ketam ragi. Cara menangkapnye ialah dengan tangan. Kami letakkan umpan ikan,kulit ayam atau kepala ayam pada satu pancang dan di cucuk di kawasan air cetek biasanya paras pinggang. Kemudian kami akan bermandi manda dan menyelam menangkap ketam yang mengerumuni umpan tersebut.

Saya banyak di sepit oleh ketam tu. Untuk membuang ketam yang mengepit jari tersebut, rendam je dalam air dan ia akan segera melepaskan sepitnya.Jika terus mencabut ketika didarat mungkin tangan kita kan luka teruk. Ini adalah kerana sepitnye akan menembusi kulit ke dalam isi jari. Ngeri bukan? Tapi saya dah biasa dah.

Baiklah. Saya ada tawaran tentang Ebook Sales Membunuh. Jika anda membeli hari ini sehingga pukul 12 tengah malam ini. Saya ada hadiah istimewa iaitu ebook Adsense Joel Comm versi ke 3. Hanya ada beberapa jam sahaja lagi.

Tawaran ini hanya untuk belian dari link ini sahaja. Klik disini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 4 Responses to “What can I say…”

  2. By Jebat Mesranet on Apr 1, 2007 | Reply

    Sham lama betul tak buat post. Betul kekeringan idea ke? :-) . Atau tengah fokus kat ebook terbaru. Bila pre-lunch tu sham? :-)

  3. By sham on Apr 1, 2007 | Reply

    tengah fokus kat ebook baru..insyallah dalam april ni akan wat prelaunch..Harap xde orang mendahului saya,,:p

  1. 2 Trackback(s)

  2. Apr 1, 2007: malaysiastory.net
  3. Apr 4, 2007: Mohd Sufian | Rahsia Perniagaan Internet

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :