Archive for April, 2007
Sunday, April 29th, 2007
Semalam saya telah membeli contact form dari Joel Comm & saya telah letakkan pada salah satu site saya. Saya telah letakkan pada Contact Form Rahsia Penulis Ebook.Ia mengunakan Ajax technology dimana ia digunakan oleh TLA dan banyak lagi.Jika pada TLA.bila kita nak login dia akan keluar form & kawasan lain akan menjadi kelabu & terhenti.
Seronok jugak kalo ada contact form yang canggih² ni. Nama dia My Contact Station.Anda boleh ke http://www.mycontactstation.com.
Ia berharga USD7 dan mempunyai 2 versi iaitu Basic dan Pro.Pada versi pro ada beberapa function tambahan seperti Tell a Friend dan sebagainya.Terdapat video bagaimana untuk install jika anda membelinya.Jadi anda tak la teraba raba untuk install.
Ia dapat membantu daripada orang membuat Spam pada contact form anda.Ia jugak tidak akan dicrawl oleh email sniffing software atau perisian pengumpul email kerana saya lihat terdapat beberapa code pada source code dia yang yang menhalang spider disamping dia ada fungsi catpcha.
Cuma satu yang kurang skit.Dia kadang² lambat nak load.Maybe sebab server kot sebab saya guna datacenter US.Saya tengah study mcmane nak customize skit saiz dia..Harap Joel akan update kelemahan secepat mungkin.
Anda boleh gunakan contact form ni pada semua laman web anda dengan install pada 1 domain sahaja.Kalo rajin,boleh jugak install pada semua laman web anda.
Jika berminat anda boleh dapatkan di SINI.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Affiliate | 5 Comments »
Saturday, April 28th, 2007
Bulan ni dikataka bulan paling banyak saya ke hospital walaupun saya tak sakit.Bermula dengan anak saudara yang menjalani pembedahan, kemudian bapa saudara yang mengalamai serangan jantung dan hari ini datuk saya pula dimasukkan ke hospital kerana asma yang teruk.
Nasib baik di wad bukan yang ada orang accident.Kalo tak,mahu pitam saya di hospital tu.Saya sememangnya tak boleh tengok yang kaki tergantung dengan besi & etc. Paling lama saya boleh tahan hanya 10 minit, lepas tu kepala akan start rasa berat & nak pitam. Teruk betul perangai. Saya tak boleh tengok darah banyak.Sikit takpe.:P
Masa pameran Bomba & tengok video yang bomba tunjuk pun saya rasa kepala ni berpinar² & nak pitam.Saya mabuk darah..:p..Memang tak boleh jadi doktor la..huhuhu.Tapi saya nak jadi doktor jugak nanti,tapi bukan doktor perubatan tetapi doktor kehormat ke.MBA ke…mcm Dr.Irfan tu..saya memang bercadang untuk menyambung lagi pelajaran jika dimurahkan rezeki.
Saya baru sahaja sampai ke rumah dari hospital ni.Terus berblog disini.Saya rasa mesti ada jugak dari anda yang membaca blog ini yang mengalami masalah yang sama dengan saya ni.Mabuk darah…Hospital adalah tempat yang saya paling tak suka.Kalo dulu,bau hospital pun saya rasa nak pitam.Bau antibiotik ke apa tah..saya pun tak tau..sekarang dah takpe dah dengan bau tu..tapi darah…huhuhuh…sorry ye..Silap hari bulan,saya boleh pengsan..
Just for sharing ye..Terasa gatal tangan nak tulis pasal ni.Memang lari skit topik daripada keusahawanan yang biasa saya tulis.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita | 5 Comments »
Friday, April 27th, 2007
Wah..panjang skit tajuk kita hari ini.Apa yang saya nak sentuh hari ini berkenaan cara anda menguruskan dan anda tawarkan dalam perniagaan anda. Dalam perniagaan,repeated customer sangat penting.Begitu jugak repeated reader ke blog ini..:p.Singgah la selalu ye.
Apa yang yang ingin saya sentuh hari ini sangat penting jika anda ingin atau sememangnya terlibat dalam perniagaan di internet. Ia adalah sebab kenapa pelanggan anda tidak mahu membeli dari anda lagi.
1.Tidak membuat follow up.
Anda mesti membuat follow up.Setkan pada autoresponder anda ye.Jika anda sesuatu yang berguna kepada pelanggan anda.Beritahu mereka. Tunjukkan bahawa anda “sayang” pelanggan anda.
2.Produk tidak seperti anda janjikan.
Pastikan produk anda seperti apa yang anda janjikan. Sesetengah pelanggan , mereka cukup alert tentang apa yang patut mereka dapat.
3.Penghantaran yang sangat lambat.
Pastikan produk anda dihantar secepat mungkin. Mereka mungkin akan mencari alternatif lain/penjual lain jika anda lambat menhantar barangan mereka pesan.Kadang² pelanggan kurang sabar.
4.Tiada after sales Support.
Pastikan anda mempunyai after sales support. Sesetengah pelanggan ingin berinteraksi dengan anda.Jawab email mereka walaupun kadang² ia agak lambat.Mereka akan berasa mereka dihargai jika anda membalas email mereka.Sediakan forum juga akan memudahkan anda.
5.Pelanggan anda terlupa URL laman web anda.
Pastikan nama domain anda mudah diingati.Jangan lupa sentiasa meletakkan link url ke laman web anda pada email anda (email signature).Jika anda menjual produk fizikal,jangan lupa untuk sertakan url laman web anda pada kotak atau sampul.
6.Pesaing anda menawarkan “lebih” daripada laman web anda.
Ia khas untuk mereka yang menjual produk fizikal. Kadang² ada pesaing anda menawarkan penghantaran percuma sedangkan anda tidak.Jadi kaji pesaing anda.Perniagaan internet mudah bagi kita untuk mengkaji pesaing anda. Just tanya google.Semua selesai.Tawarkan apa yang tidak ditawarkan oleh pesaing anda.
7.Tiada Up-sell
Anda boleh juga mengunakan kaedah up-sell kepada pelanggan anda kita mereka ada mood untuk membeli product anda. Anda boleh tawarkan produk tambahan kepada pelanggan anda. Contohnya, pelanggan anda ingin membeli satu barang dari anda dengan harga $15,anda boleh up sell dengan menawarkan 2 barang lagi dengan harga $40 beserta satu produk lain dengan percuma.Pelanggan anda akan terfikir..”Jika aku beli $40, aku akan dapat 4 barang, baik aku sambar peluang ni”.Jadi mereka pun membeli dalam kuantiti yang banyak dari anda.Jika tiada upsell,mereka mungkin tidak akan kembali lagi.Sila ke KFC,McD,PizzaHut dan sebagainya.Anda pasti paham bagaimana penjual membuat upsell kepada anda sebelum anda membayar harga makanan anda.
Ini adalah antara sebab pelanggan anda tidak mahu membeli dari anda lagi. Pemasaran merupakan satu perkara yang menguntungkan jika anda kreatif.
p/s: Tak ramai yang bertanya saya selepas beli.Agaknye mereka faham apa yang saya sampaikan dalam ebook tu kot.:P
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Pemasaran, Strategi, Tips | 2 Comments »
Thursday, April 26th, 2007
Jalan yang paling mudah untuk terlibat dalam perniagaan internet ialah menjual produk RR atau resell right.Persoalan dari saya, berapa kerat yang jual? Saya tengok sejak kebelakangan ini ramai yang mula menjual produk RR ni.Bagi saya ia satu fenomena yang positif. Harap bersaing dengan cara yang sihat la ye.
Dengan produk RR anda tidak perlu pening kepala untuk membina laman dan sebagainya. Hanya ubah laman web yang disediakan & upload ke server. Anda boleh membuat laman web baru dengan berpuluh puluh RR product. Cuma satu yang saya ingin pesan,jika anda buat sebegini. Produk tersebut akan kelihatan murah. Yela dipakejkan dengan berpuluh puluh ebook lain.Tak ke nampak murah..
Ini akan menyebabkan orang tak menghargai produk RR tersebut. Sebab ini lah Sen Ze,Smartzul menetapkan harga minimum bagi produk RR mereka. Ia adalah untuk menjaga kredibiliti produk tersebut. Anda sendiri boleh fikir,apa nilai ebook 1 sen kepada anda?Mungkin anda langsung tidak memandangnya..malang betul orang yang bertungkus lumus membuat/menulis ebook tersebut.:P
Jika anda perasan,pada sales letter saya hanya akan menyenaraikan sedikit sahaja bonus sedangkan saya masukkan banyak bonus yang lain.Saya ni malas skit nak senaraikan semua sebab nanti ia akan berdebu di dalam pc mereka, langsung tidak memanfaatkan ilmu didalam ebook tersebut. Saya sendiri pun belum habis baca semua ebook yang terdapat dalam koleksi saya…Entah bila nak abis agaknya..:P
Tips saya untuk mereka yang ingin menjual RR produk,jangan masukkan terlalu banyak sebab ia merendahkan lagi harga ebook tersebut dan orang akan mengangapnya tiada nilai. Anda boleh pilih produk yang berkaitan dan pakejnya dalam satu laman web dan menjualnya dengan $7 atau sebagainya.Atau anda boleh menjual $1 per ebook.Anda beli la domain satu sebagau contohOneDollarebooks.com dan sebagainya dan jual satu persatu dan bukan pakej kannya dengan terlalu banyak ebook lain. Ini adalah kerana ada pembeli hanya ingin tahu perkara tertentu sahaja.Jadi mereka mereka boleh beli apa yang mereka perlukan sahaja.Buat ala shopping cart la.
Jangan hanya target pasaran Malaysia.Saya lihat ada yang menjual RR denganRM20 dengan berpuluh² ebook dipakejkan bersama.Anda tidak berasa rugi ke? Tetapi lain la jika ebook tersebut dah terlalu lama..Tak kisah la..Ni persoalannya jika ebook tersebut masih baru dan relevan? Saya tak galakkan anda menjual ebook yang dah tak relevan dengan keadaan sekarang. Jadi pilih produk terbaik untuk anda jual.
Saya hanya beri cadangan.Terpulangla kepada individu sama untuk mengunakannya atau tidak. Pendapat seseorang adalah berlainan antara satu sama lain.Saya hanya berikan pendapat saya sahaja. No heart feeling ye!!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Cadangan, Strategi, Tips | No Comments »
Tuesday, April 24th, 2007
Ok.Saya dah siapkan report terbaru dari saya.Matlamat saya untuk menjadi IM paling banyak menulis ebook & report..huhuhu..Harap² la..

Anda boleh download report ini di http://www.rajaadsense.com/Scam.zip
Tak perlu register apa apa.Hanya download.
Semoga report ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Ecover pun saya hanya buat dalam masa beberapa minit.Cincai sungguh.
Saya baru sahaja cuba dapatkan 2 orang programmer untuk projek B2B saya. Harap mereka bersetuju la dengan apa yang saya offer.
Saya menghasilkan report disebabkan ramai orang tertipu dengan helah penipu² di internet. Jadi saya dedahkan disini agar ia dapat mengubah keadaan kita hari ini. Semoga tiada lagi rakyat Malaysia yang tertipu dan ditipu.
Report ini mempunyai 44 muka surat tau. Dekat 1 minggu saya bertungkus lumus menulis report ini. Harap anda semua dapat mengedarkannya. Berikannya kepada kawan²,sanak saudara dan sebagainya agar mereka tidak tertipu oleh penipu dan penyagak di internet.
Saya juga ada menjelaskan beberapa perbezaan diantara perniagaan internet dan mlm,pelaburan internet dan program buat duit di internet. Harap tiada lagi tang terkeliru.
Ada lagi 4 ebook yang perlu saya siapkan. Wish me luck ye.Semoga saya dikurniakan dengan idea yang banyak.Amin..
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Report, Scam | 7 Comments »