Perlukah IM kene ada company?
Saya ingin tanya. Perlukan mereka yang terlibat dalam internet business mempunyai sebuah syarikat at least enterprise? Bagi saya ia adalah perlu kerana ia menunjukkan anda seruis dalam perniagaan anda. Lagipun jika anda ingin daftarkan domain .my anda memerlukan pendaftaran syarikat sebagai bukti kepada mynic.
Sepatutnya setiap perniagaan perlulah berdaftar kerana jika sesuatu berlaku. Anda mempunyai bukti bahawa anda sedang berniaga. Orang juga akan lebih mempercayai anda kerana anda mempunyai syarikat sendiri.
Zul Smartusaha, Shuth, Tazilan,Saifulsham,Irwan Dahnil,Hasrul dan ramai lagi kesemuanya mempunyai syarikat sendiri yang terlibat dalam pemasaran dan perniagaan internet. Jadi jika anda ingin serius dalam perniagaan anda.daftar la syarikat. Hanya RM70 jika anda ingin daftarkan syarikat Enterprise dan RM2500 jika anda ingin tubuhkan syarikat Sendirian Berhad.
Saya sendiri mempunyai syarikat sendiri yang didaftarkan pada september tahun lepas. Dah hampir 7 bulan telah berlalu. Eh.cepatnye masa berlalu. Rasanya baru sahaja daftar syarikat. Nampaknye saya terpaksa update skit akaun syarikat saya nanti.
Entah bila Bank Muamalat la nak buat internet banking. Jika boleh la saya guna salah satu payment option bagi produk² yang akan datang. Setakat ni saya mempunyai 4 akaun bank iaitu Affin Bank,Muamalat (company),Maybank dan Cimb.Bank islam dah tutup dah akaun. Rasanya saya akan membukanya kembali bagi memudahkan bakal pelanggan untuk berurusan. Begitu juga dengan akaun RHB atau Public Bank.




3 Responses to “Perlukah IM kene ada company?”
By Jebat Mesranet on Apr 2, 2007 | Reply
Sama jer saya daftar syarikat enterprise pun bulan september hari tu Sham. Memang perlu ada syarikat sendiri, lagipun urusan mudah dan harganya berbaloi. Tapi untuk syarikat Sdn. Bhd. tu rasanya sedikit sukar.. kerana banyak urusan yang perlu dibuat.
By cikgu azleen on Apr 2, 2007 | Reply
lagipun dengan syarikta kita bleh lepas cukai secara legal..
)
By sham on Apr 3, 2007 | Reply
betul tu cikgu..perbelanjaan kita boleh jadi perbelanjaan syarikat..:p