Fokus,Fokus dan Fokus
Baiklah. Dalam membuat kerja sehari hari, perkara yang paling penting ialah fokus. Jika anda kehilangan fokus, nescaya kerja anda pasti tak siap. Begitu juga dalam perniagaan internet.
Dalam perniagaan internet terdapat banyak model yang boleh anda pilih seperti ebay,adsense,affiliate,drop shipping,advertising, designing dan banyak lagi. Jika anda ingin membuat kesemua model ini, saya pasti kesemuanya akan gagal. Ini adalah kerana anda tidak tahu bagaimana untuk bermula setiap satu.
Apabila ada idea,anda membuatnya.Kemudian ada pula idea tentang model lain,anda berhenti yang lama dan membuat yang baru. Perlu saya ingatkan dunia perniagaan internet penuh dengan hype. Jadi jangan terpengaruh dan menyebabkan anda hilang fokus.
Anda hanya pilih satu model dan membuatnya sehingga berjaya. Jangan hanya “hangat² tahi ayam”. Apabila anda bermula.Pastikannya ia akan berakhir dan bukan sekerat jalan. Untuk membuat duit di internet sebenarnya sangat mudah jika anda tahu caranya. Cuma jangan ingin membuat semuanya.
Perlu saya ingatkan. Dalam perniagaan internet, tiada bentuk pelaburan. Bayar duit kemudian dok relax dapat pulangan berlipat ganda. Anda tahu dari mana hasil duit itu?Ia hasil arak,judi?Bukan? Jadi dari mana duit mereka membayar? Sebenarnya ia adalah duit dari mereka yang baru sahaja tertipu dan menyertai skim pelaburan tersebut.
Sekarang dah ada beberapa pelaburan dah tak membayar dah. So apa cerita kipas susah mati yang bermati matian mempertahankan skim tersebut dahulu. Ulamak juga telah mengeluarkan fatwa bahawa ia adalah HARAM. Anda mahu memberi anak dan isteri anda hasil HARAM? Atau mereka ingin mengeluarkan fatwa mereka sendiri akibat duit?
Bersama lah kita membanteras SKIM² pelaburan ini. Saya lihat masih ramai terus memperjuangkan skim² ini. Dah kemaruk duit sangat ke sampai tak ingat Halal atau Haram. Apabila suruh makan B*B*,tau pulak dikatakan HARAM. Makan duit HARAM takpe la pulak. Dalam islam mana ada Haram besar dan Haram kecik. Apabila hukumnya HARAM, dosanya adalah sama samada duit Haram,makan b#b# dan sebagainya.




5 Responses to “Fokus,Fokus dan Fokus”
By Jebat Mesranet on Apr 3, 2007 | Reply
Yup saya sokong pendapat Sham. Yang peliknya ada segelintir dari kita yang tidak boleh fikir tentang skim-skim seperti ini. Logik ke!! tanpa melakukan apa-apa anda boleh untung berlipat kali ganda melainkan ada sesuatu teknik kotor yang digunakan. Yang lagi pelik!! ada yang dah tahu pun tapi masih nak masuk skim-skim nie. Beginilah kalau sifat nak kaya cepat menghantui diri. Dah tahu haram pun belasah jer!
By sham on Apr 3, 2007 | Reply
tula..saya pelik gak..yang kene tempias ialah kita yang terlibat dalam internet biz..Disebabkan skim taik tu..yang betul betul buat biz kene terpalit sama..
By shueqry on Apr 12, 2007 | Reply
aik, ingatkan saya sornag, rupanya ada kengkawan yang kene jugak.. berbais ornag paksa saya join investment itu ini.. simple. diornag nak banyak duit dengan cara mudah! invest, lepas tu duduk aje tunggu hasil
By sham on Apr 13, 2007 | Reply
biasala orang kita..kene cucuk skit mula la kelabu mata..