Geramnye dengan Staf MARA ni
Tadi lepas p bank untuk masukkan cek adsense&tla saya ke MARA. Saya tengok ada satu kursus yang menarik minat saya. Kursus perakaunan berkomputer. Apa lagi mintak borang & isi la.Rupenya kena ada salinan ic bagi nak hantar borang tu.Sebelum ni dah pernah isi tapi dah lupa…
Sambil tu sembangla dengan staf kat kaunter.Saya nak turun p fotostat,pengawai tu cakap tak perlu sebab saya dah pernah isi sebelum ni tetapi diorang tak panggil ke kursus.Bile selesai isi,datang sorang lagi staf lelaki. Terus dia sound kenapa takde salinan ic.Padahal dia hanya kerani & pengawai perempuan yang bersembang dengan saya tu yang in charge dengan kursus yang MARA Terengganu buat.
Menyirap darah ni dimaki sebab tak bagi salinan ic.Padahal kat pejabat tu siap tulis besar moto mesra pelanggan.Sorang nak salinan ic,sorang cakap tak perlu. Rasa nak maki balik je.Rasa nak ambik balik borang tu & koyak kat depan tu. Kalo nak salinan ic,cakap la elok². Tak perlu maki².Begini ke kakitangan kerajaan melayan pelanggan?
Rasa tawar hati nak join program Mara.Memang saya masih muda but i’m not stupid. Dah pengawai sorang cakap tak payah.Saya tak fotostat la ic. Datang pulak dia dimaki sebab tak lampirkan salinan ic. Rasa nak menjawab tapi tak terkeluar plak. Nanti cakap tak hormat orang tua plak.
Tak tahulah jika anda pernah mengalami masalah pengawai kerajaan sebegini.Biasanya pengawai tua yang berperangai dia “best” mcm ni.Saya belum pernah jumpa pegawai muda mcm ni. Ni la terjadi bile “orang tua” dah terlebih makan garam.Rasanya ada jugak pengawai muda kot cuma saya belum pernah jumpa.
Geram betul.Ingatkan mereka akan membantu tetapi dimaki oleh kerani tua nak bersara (agak je). Dah rasa dia la yang paling best kat Mara tu. Agaknye pengawai sebegini dah tak makan nasihat.Hantar la kursus banyk mana pun kalo dah jadi perangai dia memang tak boleh ubah. Penyelesaiannya, letak je dia kat bahagian yang tak perlu berdepan dengan pelanggan.
Mara oh Mara.Begini ke cara untuk membantu usahawan bumiputera?Kursus pun mereka tak tau.2 minggu sebelum buat kursus baru akan bermesyuarat nak wat atau tak kursus.Kenapa tak tetapkan terus tarikh? Kalo dok asyik bermesyuarat, tindakan tiada.tiada faedahnye bagi pembangunan usahawan.
Pengalaman buruk pertama saya dengan Mara.Harap ia tak berlaku kepada orang lain.




5 Responses to “Geramnye dengan Staf MARA ni”
By Mohd Sufian on Apr 13, 2007 | Reply
Biasalah tu. Kalau nak jumpa yang ikut moto yang mereka sediakan tu memang susah.
Kebanyakkan org yang macam tu, mereka fikir mereka ada kuasa. Jadi cara macam tu jer mereka nak tunjuk kuasa.
By sham on Apr 13, 2007 | Reply
Tapi sakit hati la dengan mereka mcm ni..
By SmartZuL on Apr 14, 2007 | Reply
Saya lupa baca kat buku mana, tapi katanya orang Melayu ni kebanyakannya hanya tahu mesyuarat, tapi tak tahu berunding.
By sham on Apr 14, 2007 | Reply
ni kalo keje gomen…perangai lama still tak ubah..
By Robotys on Apr 14, 2007 | Reply
Hahaha! Tepat pada muka2 org gomen.
saya tambah pulak:
think Samy Velu
ps: Saya bukan anti Gomen.. hehe