12 Strategi Harga
Kat forum ada dibincangkan tentang apa yang menentukan harga.Ada apa dengan harga kata diorang. Saya ada mengupas sedikit pada pandangan saya kat sana.Saya tulis kembali kat sini.
 1.Harga merupakan salah satu cara pemasaran.Kalo anda ke pasaraya.Anda akan beli barang yang berharga RM9.99 berbanding RM10 bukan?
2.Kenapa 27,37 @ 47?Adakalanya ikut trend.Orang letak 47,jadi aku pun letak 47..Ia bergantung pada diri masing².
3.Kualiti & Masa. Ia juga memain peranan dalam menentukan harga.Ada orang kira masa dia develop product dengan dengan caj ikut jam.Formula? Tentukan sendiri la.
4.Suka².Ada jugak orang letak harga tu RM399 secara suka² je.Ala nak test market katanya..:P
5.Persaingan. Ada jugak berdasarkan persaingan terhadap produk yang lebih kurang sama.Dia jual RM40, aku letak RM47. Cepat skit kaya.. Ada jugak yang letak RM37 sebab nak tarik mereka yang suka benda murah.
6.Mimpi.Ada jugak yang letak harga berdasarkan mimpi..Malam tadi aku mimpi huruf 47. jadi aku letak 47 la harga tu….just kidding..
7.Nasihat kawan. Ada orang letak harga atas nasihat kawan. Dia nak letak RM10 tapi kawan dia nasihat letak RM47.
8.Nombor bertuah. Ada jugak rasa sesetengah nombor adalah nombor bertuah mereka.Jadilah harga bertuah.
9.Memudahkan.Ada jugak yang berfikir untuk memudahkan orang.Jadi dia letak RM40.Orang nak hantar wang pos pun senang. Orang nak bank in pun senang sebab atm tak terima duit RM1,2 & 5. Ini prinsip saya.
10.Mampu.Ada orang meletakkan harga yang mampu untuk semua orang.Ini ayat yang sering digunakan oleh skim cepat kayap…Ala RM20 je…Celah gigi je tu..
Ha..bagaimana anda tentukan harga produk anda? Saya tambah lagi.
11.Perancangan. Sesetangah usahawan menentukan harga berdasarkan perancagan mereka.Ini adalah berdasarkan data forecast mereka.Aku mahu untung sekian² pada tahun ini.Jadi aku kene letakkan harga sekian² bagi mencapai target.
12.Keuntungan.Anda juga meletakkan harga berdasarkan keuntungan.Aku mahu untung 30% untuk produk ini.Jadi mereka buat mark up 30% lebih tinggi dari harga kos.
Inilah antara faktor dalam menentikan harga.Anda tergolong dalam faktor mana?
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






6 Responses to “12 Strategi Harga”
By Jebat Mesranet on Apr 12, 2007 | Reply
Wah! banyak cara meletakkan harga. Untuk ebook Sham ikut strategi harga yang mana? Ngan yang no.6 dah la Sham he..he.. Saya lebih suka ikut strategi ke3 dan ke11
.
By shueqry on Apr 12, 2007 | Reply
wow! banyaknya strategi harga!
Bagi saya startegi saya hanya satu, buat resarch dulu pada pasaran tertumpu (niche), survey dulu kalau dah ada orang lain buat produk yang sama dan kemudian letak harga..
By sham on Apr 13, 2007 | Reply
Saya prefer yang memudahkan..Yang ke 9.
By alongovtx on Apr 13, 2007 | Reply
9,10-pasti 11 ngan 12-separuh-separuh.
By sham on Apr 13, 2007 | Reply
Semua terpulang kepada diri sendiri untuk tetapkan harga produk/servis mereka..