Raja Adsense

Pelaburan Internet Haram!!

Written on April 13, 2007 – 11:55 am | by sham |

Apabila baca paper & tengok TV3 semalam saya cukup gembira.Harap ia akan membuka mata orang kita tentang pelaburan internet.Tetapi di Google group saya masih ramai yang masih promote benda alah ni.

Ini yang cukup geram.Bermacam macam ayat ada…”Jadilah orang pertama”,”Baru dilancarkan” dan sebagainya.Kepada yang join tu, jadilah orang pertama yang ditipu…kui.kui.kui.Nak ke?:P

Orang kita ni suka sangat benda cepat kaya.Dalam akhbar hari ada menyatakan,kepada mereka yang terlibat harus menjual senua benda hasil dari pelaburan internet dan sedekahkannya kepada anak yatim. Ia haram untuk digunakan untuk keluarga dan sebagainya. Rasanya orang yang menyalak “Swisscash” bagus dan sebagainya sebelum ini bagaimana? Sanggup ke?

Ada dikalangan “hardcore” pelaburan internet ini sanggup mengadaikan tanah dan rumah semata mata untuk menyertai pelaburan internet ini. Jadi anda sanggup untuk jual kembali hasil dari pelaburan itu dan sedekahkannya? Saya rasa ada sebahagian daripada mereka pasti akan pekakkan telinga tentang perkara ini.

Anda sanggup makan harta dari sumber haram?Bagi harta haram kepada anak dan isteri?Anda terfikir tentang akhirat tak?Ini adalah perso;alan saya kepada mereka yang terlibat dalam pelaburan internet yang menjanjikan pulangan yang tetap setiap bulan. Anda sanggup anak anda menjadi kacang hantu hasil dari harta haram?

Saya ambil artikel dari Harian Metro untuk anda di sini:

KUALA LUMPUR: Semua harta dan kekayaan termasuk wang ringgit, kereta dan rumah yang dibeli umat Islam menggunakan keuntungan daripada pelaburan menerusi Internet wajib dijual semula dan hasil jualan itu perlu disedekahkan seperti kepada anak yatim.

Keuntungan hasil pelaburan melalui internet adalah haram berikutan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa semalam bahawa bentuk pelaburan sedemikian yang menjamin keuntungan secara tetap adalah haram.

Setiausaha Majlis Penasihat Syariah sebuah institusi kewangan Islam antarabangsa di Malaysia, Zaharuddin Abdul Rahman, berkata semua keuntungan berasaskan riba adalah haram dan wajib dilupuskan kerana pelaburan menerusi Internet adalah haram.

“Haram hasil riba itu bukan saja tidak boleh diberi makan anak isteri, malah tidak boleh digunakan untuk apa-apa tujuan sekali pun.

“Bagi sesiapa yang sudah membeli harta seperti kereta mesti menjualnya dan hasil jualan itu disedekahkan kepada badan amal atau rumah anak yatim,” katanya ketika diminta keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, semalam.

Walaupun hasil pelaburan adalah haram, Zaharuddin berkata, pelabur masih boleh mengambil semula nilai pelaburan yang sudah dibuat.

Berikutan fatwa pengharaman pelaburan internet itu, beliau menasihatkan supaya umat Islam, termasuk mereka yang sanggup berhenti kerja untuk menceburi bidang pelaburan itu supaya memikirkan cara untuk melupuskan harta berkenaan.

“Banyak persoalan yang timbul termasuk bagi mereka yang sudah berhenti kerja dan menjadi pelabur internet sepenuh masa dan menggunakan keuntungan pelaburan untuk makan minum,” kataya.

atau mengubah suai rumah.

“Saya ada membuat penjelasan mengenai cara melupuskan harta hasil riba itu dalam Metro Ahad pada hujung minggu ini.

“Semoga penjelasan itu akan dapat memberi jalan kepada umat Islam yang sudah melabur di internet,” katanya yang juga kolumnis ruangan An Nur dalam sisipan Ekspresi akhbar Metro Ahad.

Zaharuddin pernah beberapa kali menulis mengenai masalah riba dalam pelaburan melalui internet dan mengupas kenapa pelaburan itu sebenarnya tidak sah di sisi Islam.

Mengulas penerimaan pelabur terhadap pengharaman itu, Zaharuddin berkata, lazimnya umat Islam yang terjebak dalam mana-mana kegiatan seumpama itu akan memberi pelbagai alasan bersandarkan pelbagai sumber rujukan.

Bagaimanapun, katanya, umat Islam yang beriman seharusnya akur pada pandangan orang yang berilmu apa lagi sesuatu fatwa yang diputuskan oleh Mufti dan ulama.

“Tidak ada gunanya kita berdolak-dalih. Jangan mempertikaikan dan mencari kesalahan orang lain jika tidak suka dengan perkara yang dibangkitkan, apa lagi perkara yang sudah difatwakan.

“Sebagai umat Islam, kita mesti menerima apa yang difatwakan itu,” katanya.

Ulamak dah pun mengeluarkan fatwa mereka.Kepada mereka yang terlibat. Insafla.Cukupla. Hentikan la mempromosi benda benda mcm² ini. Ia adalah HARAM. Apabila haram,ia adalah sama seperti anda memakan daging khinzir dan sebagainya. Tiada haram kecil atau besar.Apabila jatuh hukum Haram semua adalah sama.

Anda tidak perlu yakinkan diri bahawa hasil pelaburan internet itu halal. Mufti  dah mengeluarkan fatwa bahawa ia adalah Haram. Sedekahkan la semua hasil dari pelaburan tersebut.Lindungi keluarga anda hasil harta yang Haram…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 3 Responses to “Pelaburan Internet Haram!!”

  2. By Jebat Mesranet on Apr 13, 2007 | Reply

    Ya Sham gembira dengan perkembangan terkini. Ramai yang dah sedar juga tentang haram skim-skim nie. Kalo dulu saya digelakkan jer buat e-biz nie.. dorang kata sampai tua pun tak kaya.. La ni ada yang dah mula bertanya .. e-biz nie macam maner? Nak beralih arah kot!.. Terpaksa saya jual mahal sikit he..he..

  3. By edy_sifuku on Apr 14, 2007 | Reply

    hehehe..saya laagggi seronok bila dah difatwakan haram pelaburan internet ;D

    sebelum ni boleh la geng-geng makan duit haram nih dok asyik pertikai ustaz zaharuddin.. sekarang, kena la terima pas orang yang memang benar-benar pakar telah mengeluarkan hukum..

    kalau ada yang masih dengan pendirian yang mengatakan “halal”… tak boleh nak buat aper..sebab dah makan duit haram…sedap tuh ;) .. setan pun dok hasut…tambah lagi iman yang kureng…

    cuma, kita sama-sama berdoa semoga mereka sedar juga..

    p/s-duit banyak mana pun tak boleh bawak mati, yang pasti di bawa ialah dosa lakukan haram tu ;)

    p/s-insaflah wahai saudara segamaku semua..

  1. 1 Trackback(s)

  2. Apr 16, 2007: malaysiastory.net

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :