Bagaimana Untuk Membeli Laptop Dell?
Dahulunya saya agak teraba raba jugak tentang bagaimana untuk membeli laptop Dell di laman web. Ramai yang masih tak tahu bagaimana untuk membelinya walaupun hati teringin. Laptop saya baru sahaja sampai sekejap tadi.
Perlu kad kredit tak untuk beli?
Tak perlu. Anda tak perlu topup debit kad anda semata mata untuk membeli laptop Dell yang terkenal melalui tempahan online. Jika anda mempunyai kad kredit,ia mungkin tiada masalah. Jika mereka yang tak mempunyai kad kredit bagaimana?
Sebenarnya Dell mempunyai beberapa option untuk bayaran iaitu:
1.Kad Kredit. Mereka menerima Visa, Mastercard dan American Express.
2. Telegrafic Transfer/ Interbank Transfer. Anda boleh transfer dari bank anda ke akau bank dell.
Payee : Dell Asia Pacific Sdn.
Account Number: 0-161867-047
Bank Name: Citibank Berhad
Bank Address: 42, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Penang, Malaysia
3. Cek atau Bank draft. Anda boleh hantar ke:
Dell Asia Pacific Sdn.
P.O. Box 11350
50742 Kuala Lumpur
Malaysia
4.Direct Deposit. Anda boleh deposit ke akaun dell.
Payee : Dell Asia Pacific Sdn.
Account Number: 0-161867-047
Bank Name & Branch: Citibank Berhad, Penang
5.Flexi Payment. Anda boleh gunakan kaedah flexi payment dari bank² tempatan seperti maybank dan sebagainya.
Saya gunakan interbank transfer dari Akaun Maybank saya ke Citibank. Anda akan dicaj rm2 per transaksi.
Laptop/pc anda akan dihantar ke rumah anda dalam masa 7 hari jika semenanjung dan 8,9 hari bagi sabah dan serawak.Saya punye sampai9 hari baru sampai disebabkan cuti yang berlainan. Terengganu cuti jumaat & sabtu. Penang cuti pada sabtu & ahad. Jadi saya order rabu & sepatutnya sampai pada jumaat tetapi disini jumaat cuti.Jadi ia ditangguhkan ke Isnin.
Promosi minggu lepas sempena PC Fair sangat menarik. Menyesal plak bli awal².Dapat upgrade percuma dvd writer,ram 1 gb dan windows vista business kalo order pada musim pc fair PIKOM. Saya punya just home bacic. huhuhuh..
Saya sebenarnya lebih prefer desktop untuk buat kerja. Laptop just ketika saya travel sahaja. Desktop lebih tahan lama & senang untuk upgrade. Saya punye P4 2.0Ghz dengan 1 Gb ram, 12o Gb Hardisk bersama satu backup hardisk 80Gb.
Laptop plak Centrino Core 2 Duo 1.73Ghz,1 Gb ram dan 80 Gb hardisk dan beberapa yang saya costomize masa order dengan dell mcm bluetooth,lcd tft with truelife..
Ia sebenarnya bergantung kepada kadar penggunaan anda. Jika anda penguna yang yang hardcore, anda memerlukan spec yang lebih tinggi. Yang penting adalah ram anda adalah tinggi.




3 Responses to “Bagaimana Untuk Membeli Laptop Dell?”
By shuth on Apr 17, 2007 | Reply
Wah dah dapat yer komputer baru.. tapi vista dengan ram 1GB orang kata.. agak sakit jiwa juga.. mungkin sham leh kongsikan pula experience guna vista yg baru pula lepas nie..
By sham on Apr 17, 2007 | Reply
Setakat ni ok lagi la..hehehe..Vista memang makan ram banyak..Kalo nak guna vista ram 2 gb baru best..lagipun saya pkai vista home basic 32 bit… tapi kalo home basic with aero experience yang tu memang sakit sebab nak guna pun at least kene ram 1gb. Yang home basic ni mcm xp skit tapi interface vista..memang graphic dia cantik berbanding xp..
By research paper writing service on Aug 21, 2011 | Reply
I think as portable computers became smaller, lighter, cheaper, more powerful and as screens became larger and of better quality, laptops became very widely used for all sorts of purposes.