Raja Adsense

Networking..Apa kata anda?

Written on April 18, 2007 – 1:56 am | by sham |

Networking merupakan salah satu cara pemasaran yang sangat berkesan. Inilah kunci sebenar dalam multi level marketing. Namun kadangkala ia disalah gunakan oleh skim tertentu untuk meningkatkan lagi keuntungan mereka dengan mencipta skim cepat kaya berdasarkan konsep networking dan mlm.

Ini sedikit sebanyak merosakkan nama baik mlm itu sendiri. Dahulunya ia terkenal sebagai salah satu jalan untuk mencipta jalan kejayaan.Kini ramai mula memandang serong tentang mlm disebabkan mlm berasaskan skim cepat kaya. 3 cabang perniagaan paling berjaya didunia ialah mlm,insurans dan internet business. Dengan adanya penyagak skim cepat kaya, MLM dan internet business disalah ertikan sebagai skim cepat kaya.

Orang ramai mula keliru apakah itu MLM?..Apakah itu internet business?..Ini adalah kerana ada syariakat MLM yang mengaku sebagai internet business. Jika sesuatu berlaku,secara tidak langsung perniagaan internet agak turut sama terheret dalam masalah yang sama.

Disebabkan sikap orang kita yang mudah terpedaya dengan kejayaan orang.There are no success without hard work!!!. Ingatlah tiada kejayaan tanpa usaha. Tiada konsep perniagaan duduk diam dapat duit (4D). Kalo anda main tikam nombor/loteri 4D mungkin la.Tetapi mereka yang berjudi ni tiada pun yang kaya raya kecuali owner kasino tu sendiri. Yang berjudi tiada plak yang kaya. Tiada dalam sejarah orang paling kaya adalah dari penjudi kecuali jadi tokei tempat judi.

Jadi kenapa anda ingin memperjudikan wang anda pada pelaburan internet yang tidak tahu asal usulnya?

Dalam perniagaan networking adalah senjata yang paling ampuh. Tanpa networking banyak usahawan gulung tikar. Ini adalah kerana kita tidak dapat hidup tanpa kawan dan sahabat. Namun awas,carilah sahabat.Jika kawan ia hanya hadir ketika anda senang. Jika sahabat,mereka akan sentiasa bersama anda semasa susah ataupun senang.

Tadi saya ada bersembang dengan pak cik jual cendol di hadapan Mydin Mall Kuala Terengganu.Saya ada kisah untuk dikongi tentang pakcik jual cendol ini.Tunggu post akan datang la ye..Tunggu….

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 4 Responses to “Networking..Apa kata anda?”

  2. By prepaid4all on Apr 18, 2007 | Reply

    ya, saya setuju dengan anda.. sebelum ini saya kenal dunia mlm sebagai satu perniagaan yang menipu orang,skim cepat kaya.. bila kaji balik, rupanya silap andaian saya..sebelum ni, banyak dengar pandangan orang yang gagal je..bila gagal tu, tau-taulah, semua negatif..taknak mengaku diri salah..sekarangs saya sudah tau apa dia mlm yang sebenarnya..

    satu lagi pandangan yang saya lihat sekarang ialah mengatakan skim cepat itu sama dengan perniagaan internet..entahlah, mudah sangat orang kita ini di tipu..sedih betul..

  3. By sham on Apr 18, 2007 | Reply

    Sekarang menjadi tangungjawab kita untuk menyedarkan orang ramai..

  4. By Mas Iyan on May 4, 2007 | Reply

    benar, berjudi hanya membuat kita semakin miskin. Lebih baik cari usaha yang halal dan berkah.

  5. By Hairi on Aug 16, 2007 | Reply

    Saya amat bersetuju dengan artikel yang dikeluarkan. seperti saya,saya adalah seorang usahawan yang berkecimpung dalam dunia network marketing.Memang ramai orang yang salah anggap tentang industri ini, dan ia menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan tanggapan rakyat Malaysia yang lain. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang syarikat saya,bolehlah berhubung dengan saya.Terimakasih kerana mengeluarkan artikel ini.

Post a Comment

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan