Raja Adsense

Kisah Pak Cik Jual Cendol

Written on April 19, 2007 – 12:02 am | by sham |

Ia adalah kisah benar seorang pak cik penjual cendol di Kuala Terengganu. Saya sering bersembang sembang dengan penjual² tua. Saya nak cedok pengalaman mereka. Bermacam² cerita anda akan dengar jika anda mendekati mereka…Ringan² la mulut untuk menegur mereka walaupun dia hanya seorang penjual cendol.

Saya ke Mydin untuk beli barang mak saya kirim sebab jumaat ni nak buat kenduri skit. Jemput keluarga je.Sembelih kambing sekor. Buat khatam mengaji adik saya. Saya ke sana just naik motor. Selepas beli barang dah keluar,terasa dahaga. Jadi saya singgah di gerai pakcik jual cendol ini.

Saya sembang la mcm².Mcm² juga la cerita kisah perniagaan dia,kisah anak² dia yang melupakannya setelah senang,kisah majlis perbandaran yang berat sebelah,kisah penyakit dia.Banyak jugak la dia cerita. Saya cukup respek pakcik ni kerana beliau meniaga cukup jujur.

Sebelum beliau meniaga cendol,dia pernah meniaga kain dan baju.Semua barang dia ambik dari Singapura.Masa tu saya pun tak wujud lagi kat dunia ni.:P .Beliau mempunyai 7 orang anak..Namun tidak ada seorang pun menjenguk beliau semasa beliau sakit.Yang datang pun sebab nak kawin & perlukan tandatangan wali.

12 tahun tak menjenguk bapa,bile nak kawin baru la pergi jumpa semata mata mahukan tandatangan wali. Bayangkan lah 12 tahun…Anak² beliau memang cukup berjaya. Ada yang jadi guru besar, ada yang jadi engineer.Hanya anak bongsu beliau yang masih tinggal dengan beliau.Itupun baru darjah satu.Ia adalah perkongsian dengan isteri kedua. Beliau bercerai dengan isteri pertama dan semua anak beliau tinggal bersama dengan bekas isteri beliau.

Tidakkah anak² itu sedar,itu adalah ayah mereka?Jika dipusingkan dunia sekalipun,ia adalah tetap bapa kepada anak². Walaupun dahulu mereka bercerai,beliau tidak melepas tanggungjawab beliau kepada anak².Namun apabila sudah berjaya,mereka semua melupakan jasa seorang bapa kepada mereka. Hati saya terdetik, derhaka sungguh anak² tu. Apa akan terjadi jika ditakdirkan umur ayah mereka tidak panjang. Dimanakah tempat mereka di akhirat kelak?

Jika anda masih mempunyai ibu dan bapa..Hargai lah mereka.Anda tidak akan mendapat ibu bapa lain dah. Mereka lah ibu dan bapa anda.Saya teringat iklan petronas “AKU INGIN PuLANG” tu. Kisah seorang bapa yang diabaikan oleh anak² sendiri. Ini diceritakan sendiri kepada saya.

Berbaktilah kepada ibu dan bapa anda sementara mereka masih ada didunia ini.Jadilah anak yang soleh. Setelah kita meninggal dunia apa yang kita bawa adalah amalan kita dan doa anak yang soleh.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Post a Comment

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan