Windows Vista Review
Saya mengunakan Windows Vista untuk laptop saya. Apa yang pasti,jangan gunakan windows Vista jika pc/laptop anda mempunyai RAM yang rendah. Ini adalah kerana 60% dari RAM akan digunakan oleh windows.Paling kurang ram adalah 1 Gb.
Jika anda mempunyai 1Gb, 60% dari ram akan digunakan oleh Windows anda. Jika anda mengunakan aplikasi yang memerlukan RAM yang besar,sudah pasti akan menyeksakan pc anda.
Saya bernasib baik kerana mengunakan Windows Vista yang paling rendah keupayaannya iaitu Vista Home Basic 32 bit. Ia boleh dikatakan agak ok dengan kadar pengunaan saya sekarang. Jika anda mengunakan dengan perisian yang “berat” seperti video editing dan perisian grafik seperti 3D Max,Ulead Video Studio dan sebagainya.Ia akan menyebabkan pc anda akan menjadi hang.
Fungsi Ctrl+Alt+Delete bagi tak manager juga telah tiada.Namun ia diganti dengan beberapa fungsi yang baru. Jika pc anda anda hang, anda boleh pilih untuk menutup task atau restart balik task tersebut.
Namun,saya sukakan interface terbaru Vista.Ia cukup lawa.Ia kadang² seperti grafik IMac. Window Vista juga menyediakan fungsi gadget tambahan pada desktop seperti Jam,Cpu&RAM meter,Calendar dan sebagainya.Anda tidak perlu install perisian tambahan untuk fungsi gadget tersebut. Ia sememang built in dengan Windows Vista.
Untuk prestasi terbaik ialah dengan RAM 2 GB.Harganya jugak akan meningkat la jika anda inginkan RAM sebegini. Sediakan bajet tambahan sekurang kurangnya RM1200 hanya untuk RAM. Jika anda mempunyai bajet RM10K. Ia tiada masalah untuk anda memilikinya.
Terdapat beberapa Versi Window Vista iaitu Home Basic, Home Premium, Business dan Ultimate dimana ia memerlukan pengunaan RAM yang besar.
Anda boleh melihat perbandingan antara Versi Vista di Sini.



