Jom Berniaga
Saya ada membaca email² dari site rajaadsense. Ini adalah antara email yang menyatakan mereka blur dan tak tahu dimana nak mula. Duit pun dah mula kering. Apalagi kembungkan balik poket anda dengan mula berniaga.
Berniaga di internet atau di luar sinun, tak kisah la asalkan ia adalah halal. 9/10 dari rezeki adalah dari perniagaan. Tidak kah anda sedar tentang janji Allah itu?Anda boleh lakukannya secara sambilan pada hujung minggu.Pada permulaan,mungkin ia agak kekok. Lama kelamaan,anda akan biasa.
Buangkan rasa malu kerana meniaga di hadapan rumah.Saya pernah meniaga keropok dihadapan rumah saya ketika saya ketika cuti. Lantak la orang nak cakap ape,saya student u meniaga dihadapan rumah..Saya boleh dapat sehingga RM200 sehari dengan bermodalkan rm50 untuk membeli keropok lekor dari kilang berdekatan.Setelah ditolak kos gas memasak,upah jual,minyak motor dan sebagainya saya dapat untung bersih RM100 sehari.
Jika anda tinggal dikawasan perumahan,anda juga boleh lakukannya. Ini adalah kerana dikawasan perumahan orang sentiasa lapar. Anda boleh menjual burger,sate dan sebagainya di hadapan rumah anda. Buat satu meja atau ruang untuk anda meniaga. Saya tinggal dikampung tetapi berdekatan dengan kawasan perumahan. Mereka la antara pelanggan² saya. Anda juga boleh lakukannya.
Jika anda ingin berniaga,pastikan anda mengira semua perkara yang anda buat. Pergi beli keropok contohnya,minyak motor dan upah beli adalah perkara yang perlu dikira.Buat anggaran sahaja. Ini adalah untuk mengetahui untung sebenar anda.
Ada sesentengah peniaga tidak mengira kos tersembunyi tersebut.Mereka merasakan mereka untung tetapi sebenarnya mereka rugi. Ini adalah antara perkara yang tidak disedari oleh peniaga melayu dalam perniagaan mereka. Jika peniaga cina,pasti mereka akan mengira semuanya kerana semuanya memerlukan kos samada yang nampak atau tersembunyi.
Saya pernah bekerja dengan peniaga cina.Ini adalah perkara yang sering saya lihat ketika meniaga.Mereka sebenarnya gemarkan pelanggan melayu kerana bangsa melayu tak berkira jika membeli sesuatu. Ini berlainan dengan bangsa cina yang sangat berkira walaupun 1 sen.




3 Responses to “Jom Berniaga”
By cikgu azleen on Apr 21, 2007 | Reply
heehe.. masalahnya kat pasir gudang ni PBT tak kasik meniaga kat tepi jalan (a.k.a. depan rumah).. cepat jer dorang datang angkut barang meniaga.. dia soh meniaga kat kebayan (tempat yang disediakan untuk meniaga).. tapi masalahnya plak, susah nak dapat tempat kat kebayan tuh.. kene undi ler.. kene q lah.. ada peniaga dah dapat tempat kat situ, tak niaga plak.. barang2 mcm meja dan kerusi lak tak jaga.. dan seribu satu karenah lagi lah.. kat pasir gudang ni susah nak carik kuih tau.. nak carik burger pun payah.. kalaulah boleh bukak gerai, sure laku..
By sham on Apr 21, 2007 | Reply
Ala cikgu azleen.wat kedai leh sorong masuk dalam rumah la..malam keluar la kalo nak jual pape..takkan pbt marah jugak meniaga dalam kawasan rumah sendiri..:p
By Jebat Mesranet on Apr 21, 2007 | Reply
Betul kata Sham tu Cikgu.. kalau buat berniaga kat kawasan rumah sendiri tak kan diorang nak marah kan.. Tapi kalo diorang marah jugak! cikgu katalah tengah buat kenduri he..he..