Raja Adsense

Hati Hati dengan Penipu di Internet

Written on April 22, 2007 – 12:01 am | by sham |

scamDunia internet adalah dunia tanpa sempadan. Pastikan anda tidak tertipu dengan dengan mereka. Saya sedang menulis satu report khas tentang penipuan di internet ini. Ia adalah report percuma bagi memberi kesedaran tentang risiko penipuan diinternet.

Ia adalah berdasarkan pengalaman dan kajian saya sendiri sepanjang terlibat dalam perniagaan dan buat duit diinternet. Kebanyakan penipuan ini boleh dielakkan jika anda tahu bagaimana untuk mengesannya. Saya akan dedahkan bagaimana untuk mengesan taktik penipu di internet ini.

Ini dieksperimen sendiri oleh saya bagi mengesan cubaan menipu di laman web lelongan seperti eBay dan Yahoo Auction. Saya rasa rakyat Malaysia patut tahu bagaimana ia beroperasi dan bagaimana untuk mengesan ianya menipu atau tidak.

Buat kajian terlebih dahulu sebelum membeli barang diinternet. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat dan merasa barangan tersebut. Anda hanya diberikan gambar tentang barangan yang ingin anda beli. Jadi buat kajian secukupnya kerana anda mungkin ditipu. Ini yang menyebabkan perkara dimana sesetengah orang tidak mempercayai perniagaan internet.

Ini adalah kerana mereka pernah ditipu akibat tidak membuat kajian secukupnya. Ia sebenarnya kesilapan sendiri kerana tertalu taksub dengan testimoni dan sebagainya yang direka oleh penipu tersebut.

Perkara ini yang cuba saya dedahkan berdasarkan post saya berkenaan Harian Metro tempohari. Apa yang ingin saya sampaikan ialah lindungi hak anda sebagai pengguna. Gunakan saluran yang betul dan jangan menyalahkan penipu sepenuhnya kerana ada sedikit sebanyak adalah kesalahan sendiri.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 2 Responses to “Hati Hati dengan Penipu di Internet”

  2. By mohdismail on Apr 22, 2007 | Reply

    report yang bagus tu…

    :)

    war-warkan kalau dah siap ye?

  3. By sham on Apr 23, 2007 | Reply

    actually dah siap..saya hold dulu sementara bagi menambahkan lagi maklumat didalam report tersebut..

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan