Raja Adsense

Spam, Kenapa masih berlaku?

Written on April 23, 2007 – 1:33 am | by sham |

Spam merupakan satu teknik pemasaran dimana mereka menghantar email bagi tujuan mempromosi produk mereka. Mereka menghantar email tentang apa yang tidak ingin anda tahu. Ia merupakan satu teknik pemasaran yang salah. Kenapa ia masih berlaku?

 Menghantar email sebegini sebenarnya akan memburukkan prestasi dan nama baik  perniagaan anda. Saya cukup benci dengan email yang dihantar dengan untuk promosi barangan mereka. Ia hanya menyemakkan inbox email saya. Saya akan segera delete email tersebut tanpa membacanya.

 Namun masih ada dikalangan usahawan kita yang mengunakan teknik ini iaitu dengan melakukan spam ke email usahawan lain. Ini pernah terjadi kepada saya. Saya rasa usahawan lain juga pernah mengalaminya.Nak dikatakan tak tau mungkin mereka tahu bahawa spam itu salah.Entah,saya pun tak tahu apa yang difikirkannya..

 Jika anda ingin menjaga nama baik perniagaan anda,hindari cara pemasaran sebegini. Ini adalah kerana ia akan merosakkan imej anda di mata orang yang di spam oleh anda. Ini adalah kerana anda terlalu terdesak untuk menjual barangan anda. Jangan tunjukkan anda terdesak.

 Orang tidak akan mempercayai jika anda terlalu mendesak orang. Gunakan pemasaran yang berhemah. Biarkan bakal pembeli anda yang mendesak anda menjual produk tersebut.  Gunakan emosi dalam menarik minat pembeli.

 Anda boleh jadikan mereka sebagai desperate buyer yang teruja untuk membeli barangan anda. Anda tidak perlu untuk spam orang semata mata untuk mempromosi barangan anda. Jangan jadi desperate seller.

 Anda masih boleh berjaya tanpa SPAM. Jadikan anti-spam perinsip anda.

 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 2 Responses to “Spam, Kenapa masih berlaku?”

  2. By matzis on Apr 23, 2007 | Reply

    SPAM kenapa masih berlaku?..

    Pendapat saya bagi usahawan yang menghantar email secara spam untuk mempromosikan produk mereka adalah usahawan yang tidak beretika. Menjawab soalan kenapa SPAM masih berlaku ini adalah disebabkan kerana ada beberapa pihak melalui ebook mereka telah mengajar kepada newbiz cara membuat email spam seperti melalui yahoogroups dan sebagainya.

    Nasihat saya kepada usahawan….jika sekiranya tidak tahu cara pemasaran internet yang betul!!..tak salah belajar pada otai2 yang sudah berjaya. Jangan SPAM…gunakan autoresponder anda sendiri untuk pemasaran anda.

  3. By Badruzamani Bin Azmi on Apr 24, 2007 | Reply

    Saya selalu menerima emel SPAM dan emel SCAM. Jadi, saya bersetuju dengan saudara bahawa dengan melakukan SPAM, reputasi mereka (SPAMMER) akan tercalar.

    Saya pun anti - SPAM.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan