Anda jual ke Produk RR ni?
Jalan yang paling mudah untuk terlibat dalam perniagaan internet ialah menjual produk RR atau resell right.Persoalan dari saya, berapa kerat yang jual? Saya tengok sejak kebelakangan ini ramai yang mula menjual produk RR ni.Bagi saya ia satu fenomena yang positif. Harap bersaing dengan cara yang sihat la ye.
Dengan produk RR anda tidak perlu pening kepala untuk membina laman dan sebagainya. Hanya ubah laman web yang disediakan & upload ke server. Anda boleh membuat laman web baru dengan berpuluh puluh RR product. Cuma satu yang saya ingin pesan,jika anda buat sebegini. Produk tersebut akan kelihatan murah. Yela dipakejkan dengan berpuluh puluh ebook lain.Tak ke nampak murah..
Ini akan menyebabkan orang tak menghargai produk RR tersebut. Sebab ini lah Sen Ze,Smartzul menetapkan harga minimum bagi produk RR mereka. Ia adalah untuk menjaga kredibiliti produk tersebut. Anda sendiri boleh fikir,apa nilai ebook 1 sen kepada anda?Mungkin anda langsung tidak memandangnya..malang betul orang yang bertungkus lumus membuat/menulis ebook tersebut.:P
Jika anda perasan,pada sales letter saya hanya akan menyenaraikan sedikit sahaja bonus sedangkan saya masukkan banyak bonus yang lain.Saya ni malas skit nak senaraikan semua sebab nanti ia akan berdebu di dalam pc mereka, langsung tidak memanfaatkan ilmu didalam ebook tersebut. Saya sendiri pun belum habis baca semua ebook yang terdapat dalam koleksi saya…Entah bila nak abis agaknya..:P
Tips saya untuk mereka yang ingin menjual RR produk,jangan masukkan terlalu banyak sebab ia merendahkan lagi harga ebook tersebut dan orang akan mengangapnya tiada nilai. Anda boleh pilih produk yang berkaitan dan pakejnya dalam satu laman web dan menjualnya dengan $7 atau sebagainya.Atau anda boleh menjual $1 per ebook.Anda beli la domain satu sebagau contohOneDollarebooks.com dan sebagainya dan jual satu persatu dan bukan pakej kannya dengan terlalu banyak ebook lain. Ini adalah kerana ada pembeli hanya ingin tahu perkara tertentu sahaja.Jadi mereka mereka boleh beli apa yang mereka perlukan sahaja.Buat ala shopping cart la.
Jangan hanya target pasaran Malaysia.Saya lihat ada yang menjual RR denganRM20 dengan berpuluh² ebook dipakejkan bersama.Anda tidak berasa rugi ke? Tetapi lain la jika ebook tersebut dah terlalu lama..Tak kisah la..Ni persoalannya jika ebook tersebut masih baru dan relevan? Saya tak galakkan anda menjual ebook yang dah tak relevan dengan keadaan sekarang. Jadi pilih produk terbaik untuk anda jual.
Saya hanya beri cadangan.Terpulangla kepada individu sama untuk mengunakannya atau tidak. Pendapat seseorang adalah berlainan antara satu sama lain.Saya hanya berikan pendapat saya sahaja. No heart feeling ye!!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





