Raja Adsense

Sebab Kenapa Pelanggan Anda Tidak Membeli Dari Anda Lagi

Written on April 27, 2007 – 1:59 am | by sham |

Wah..panjang skit tajuk kita hari ini.Apa yang saya nak sentuh hari ini berkenaan cara anda menguruskan dan anda tawarkan dalam perniagaan anda. Dalam perniagaan,repeated customer sangat penting.Begitu jugak repeated reader ke blog ini..:p.Singgah la selalu ye.

Apa yang yang ingin saya sentuh hari ini sangat penting jika anda ingin atau sememangnya terlibat dalam perniagaan di internet. Ia adalah sebab kenapa pelanggan anda tidak mahu membeli dari anda lagi.

1.Tidak membuat follow up.
Anda mesti membuat follow up.Setkan pada autoresponder anda ye.Jika anda sesuatu yang berguna kepada pelanggan anda.Beritahu  mereka. Tunjukkan bahawa anda  “sayang” pelanggan anda.

2.Produk tidak seperti anda janjikan.
Pastikan produk anda seperti apa yang anda janjikan.  Sesetengah pelanggan , mereka cukup alert tentang apa yang patut mereka dapat.

3.Penghantaran yang sangat lambat.
Pastikan produk anda dihantar secepat mungkin. Mereka mungkin akan mencari alternatif lain/penjual lain jika anda lambat menhantar barangan mereka pesan.Kadang² pelanggan kurang sabar.

4.Tiada after sales Support.
Pastikan anda mempunyai after sales support. Sesetengah pelanggan ingin berinteraksi dengan anda.Jawab email mereka walaupun  kadang² ia agak lambat.Mereka akan berasa mereka dihargai jika anda membalas email mereka.Sediakan forum juga akan memudahkan anda.

5.Pelanggan anda terlupa URL laman web anda.
Pastikan nama domain anda mudah diingati.Jangan lupa sentiasa meletakkan link url ke laman web  anda pada email anda (email signature).Jika anda menjual produk fizikal,jangan lupa untuk sertakan url laman web anda pada kotak atau sampul.

6.Pesaing anda menawarkan “lebih” daripada laman web anda.
Ia khas untuk mereka yang menjual produk fizikal. Kadang² ada pesaing anda menawarkan penghantaran percuma sedangkan anda tidak.Jadi kaji pesaing anda.Perniagaan internet mudah bagi kita untuk mengkaji pesaing anda. Just tanya google.Semua selesai.Tawarkan apa yang tidak ditawarkan oleh pesaing anda.

7.Tiada Up-sell
Anda boleh juga mengunakan kaedah up-sell kepada pelanggan anda kita mereka  ada  mood untuk membeli product anda. Anda boleh tawarkan produk tambahan kepada pelanggan anda. Contohnya, pelanggan anda ingin membeli satu barang dari anda dengan harga $15,anda boleh up sell dengan menawarkan 2 barang lagi  dengan harga $40 beserta satu produk lain dengan percuma.Pelanggan anda akan terfikir..”Jika aku beli $40, aku akan dapat 4 barang, baik aku sambar peluang ni”.Jadi mereka pun membeli dalam kuantiti yang banyak dari anda.Jika tiada upsell,mereka mungkin tidak akan kembali lagi.Sila ke KFC,McD,PizzaHut dan sebagainya.Anda pasti paham bagaimana penjual membuat upsell kepada anda sebelum anda membayar harga makanan anda.

Ini adalah antara sebab pelanggan anda tidak mahu membeli dari anda lagi. Pemasaran merupakan satu perkara yang menguntungkan jika anda kreatif.

p/s: Tak ramai yang bertanya saya selepas beli.Agaknye mereka faham apa yang saya sampaikan dalam ebook tu kot.:P

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 2 Responses to “Sebab Kenapa Pelanggan Anda Tidak Membeli Dari Anda Lagi”

  2. By Maizul on Apr 27, 2007 | Reply

    Menarik panduan ni Sham. Terima kasih.

  3. By ridaparidah on May 1, 2007 | Reply

    Boleh terangkan lagi melalui email saya tak…saya kurang jelas di sini..
    Saya masih terlalu baru di sini.

    Terima kasih.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan