April..Bulan Hospital Buat Saya
Bulan ni dikataka bulan paling banyak saya ke hospital walaupun saya tak sakit.Bermula dengan anak saudara yang menjalani pembedahan, kemudian bapa saudara yang mengalamai serangan jantung dan hari ini datuk saya pula dimasukkan ke hospital kerana asma yang teruk.
Nasib baik di wad bukan yang ada orang accident.Kalo tak,mahu pitam saya di hospital tu.Saya sememangnya tak boleh tengok yang kaki tergantung dengan besi & etc. Paling lama saya boleh tahan hanya 10 minit, lepas tu kepala akan start rasa berat & nak pitam. Teruk betul perangai. Saya tak boleh tengok darah banyak.Sikit takpe.:P
Masa pameran Bomba & tengok video yang bomba tunjuk pun saya rasa kepala ni berpinar² & nak pitam.Saya mabuk darah..:p..Memang tak boleh jadi doktor la..huhuhu.Tapi saya nak jadi doktor jugak nanti,tapi bukan doktor perubatan tetapi doktor kehormat ke.MBA ke…mcm Dr.Irfan tu..saya memang bercadang untuk menyambung lagi pelajaran jika dimurahkan rezeki.
Saya baru sahaja sampai ke rumah dari hospital ni.Terus berblog disini.Saya rasa mesti ada jugak dari anda yang membaca blog ini yang mengalami masalah yang sama dengan saya ni.Mabuk darah…Hospital adalah tempat yang saya paling tak suka.Kalo dulu,bau hospital pun saya rasa nak pitam.Bau antibiotik ke apa tah..saya pun tak tau..sekarang dah takpe dah dengan bau tu..tapi darah…huhuhuh…sorry ye..Silap hari bulan,saya boleh pengsan..
Just for sharing ye..Terasa gatal tangan nak tulis pasal ni.Memang lari skit topik daripada keusahawanan yang biasa saya tulis.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






5 Responses to “April..Bulan Hospital Buat Saya”
By abdfatah on Apr 29, 2007 | Reply
lari sikit takper laa, pengalaman pergi balik hospital , pastu kena buat giliran jaga mereka yang sakit tersebut…
pasal eksiden, hari2 berlaku… kelmarin jiran saya patah riuk tulang belulang kena langgar kete, dah tu tergilis dek kete pulak.
seksanya bukan kepalang, maka jadi penghuni hospital untuk smentara waktu. sedih sungguh citer pasal eksiden nih…
banyak citer pulak saya nih… hehe
By sham on Apr 29, 2007 | Reply
eiii..seriau la…
By ideal on Apr 29, 2007 | Reply
Bebanyakkan sabar atas dugaan ilahi.. itu menunjukkan dia masih sayangkan kita … kalau sihat jer sokmo tersa macam dilupakan pulak . Bila dah kena sakit sekali sekala makin kuat la kita akan ingat kepadaNYA .. tak gitu Sham.? apa pun banyak kan sabar…
By Badruzamani Bin Azmi on Apr 30, 2007 | Reply
Masa saya belajar dulu, hospital dan klinik adalah dua tempat yang saya malas nak pergi selain kubur. Tapi, bila dah terlibat dengan eksiden tahun 1995, hospital adalah ‘rumah kedua’ saya. Macam - macam pengalaman yang saya telah tempuhi.
Pengalaman mengajar kita erti kematangan. Musibah mengajar kita erti syukur dan takwa. Setiap kejadian mempunyai hikmahnya tersendiri. Namun begitu, manusia sering terlupa
By Blog Takaful on May 3, 2007 | Reply
Hadith Rasullah s.a.w.
“Rebutlah lima kesempatan sebelum datang lima kesempitan iaitu: waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu, waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, waktu lapangmu sebelum datang waktu sibukmu dan waktu hidupmu sebelum datang waktu matimu.”