Archive for April, 2007
Tuesday, April 24th, 2007
Tadi saya ada menerima panggilan daripada satu syarikat yang membuat survey tentang pengendali Web 2.0 di Malaysia. Saya dah lupa nama syarikat tersebut. Mereka telah melayari salah satu site saya yang mempunyai konsep Web 2.0 iaitu Malaysia Story.
Ketika itu tengah blur kerana tertido di hadapan laptop saya.Entah mcmane boleh tertido..huhuhu.
Sebenarnya konsep Web 2.0 adalah salah satu cara menarik pelawat ke laman web anda. Web 2.0 seperti Youtube,Stumble Upon dan sebagainya sememangnya menarik minat pelawat ke laman web mereka. Namun tak ramai lagi dari rakyat Malaysia yang mengunakan Konsep Web 2.0 ini.
YouTube telah dibeli oleh Google dengan harga 1.64 Bilion. Ada ura² eBay berminat dengan Stumble Upon. Syarikat² besar seperti Google,Ebay dan Yahoo sekarang gemar mengambil alih laman web seperti Youtube dan sebagainya kerana ia mempunyai trafik yang banyak. Walaupun Google telah pun mempunyai Google Video,namun mereka tetap membeli Youtube kerana kuatir ia menjadi saingan kepada servis yang ditawarkan oleh mereka. Jalan terbaik dengan menjadikan pesaing sebagai produk sendiri.
Syarikat² besar ini berlumba lumba dalam mengambil alih laman web yang unik dan mempunyai ramai pelawat seperti Blogger (Google), Youtube(Google), Flikr(Yahoo), Paypal(eBay) dan sebagainya.Kesemuanya menawarkan perkhidmatan percuma. Mungkin anda mempunyai laman web yang menawarkan servis yang unik secara percuma, laman web anda mungkin akan diambil alih dengan syarat ia mempunyai ramai pelawat.

Anda boleh submit link artikel anda ke site ini. Ia merupakan salah satu cara untuk mendapat link dari site ini. Ia adalah PR 3 dan mendapat kira kira 300 unik visitor setiap hari.
Link: MalaysiaStory.netÂ
Posted in Berita, Link, Strategi, Tips | 5 Comments »
Monday, April 23rd, 2007
Spam merupakan satu teknik pemasaran dimana mereka menghantar email bagi tujuan mempromosi produk mereka. Mereka menghantar email tentang apa yang tidak ingin anda tahu. Ia merupakan satu teknik pemasaran yang salah. Kenapa ia masih berlaku?
 Menghantar email sebegini sebenarnya akan memburukkan prestasi dan nama baik perniagaan anda. Saya cukup benci dengan email yang dihantar dengan untuk promosi barangan mereka. Ia hanya menyemakkan inbox email saya. Saya akan segera delete email tersebut tanpa membacanya.
 Namun masih ada dikalangan usahawan kita yang mengunakan teknik ini iaitu dengan melakukan spam ke email usahawan lain. Ini pernah terjadi kepada saya. Saya rasa usahawan lain juga pernah mengalaminya.Nak dikatakan tak tau mungkin mereka tahu bahawa spam itu salah.Entah,saya pun tak tahu apa yang difikirkannya..
 Jika anda ingin menjaga nama baik perniagaan anda,hindari cara pemasaran sebegini. Ini adalah kerana ia akan merosakkan imej anda di mata orang yang di spam oleh anda. Ini adalah kerana anda terlalu terdesak untuk menjual barangan anda. Jangan tunjukkan anda terdesak.
 Orang tidak akan mempercayai jika anda terlalu mendesak orang. Gunakan pemasaran yang berhemah. Biarkan bakal pembeli anda yang mendesak anda menjual produk tersebut. Gunakan emosi dalam menarik minat pembeli.
 Anda boleh jadikan mereka sebagai desperate buyer yang teruja untuk membeli barangan anda. Anda tidak perlu untuk spam orang semata mata untuk mempromosi barangan anda. Jangan jadi desperate seller.
 Anda masih boleh berjaya tanpa SPAM. Jadikan anti-spam perinsip anda.
Â
Posted in Pemasaran, Teguran | 2 Comments »
Sunday, April 22nd, 2007
Dunia internet adalah dunia tanpa sempadan. Pastikan anda tidak tertipu dengan dengan mereka. Saya sedang menulis satu report khas tentang penipuan di internet ini. Ia adalah report percuma bagi memberi kesedaran tentang risiko penipuan diinternet.
Ia adalah berdasarkan pengalaman dan kajian saya sendiri sepanjang terlibat dalam perniagaan dan buat duit diinternet. Kebanyakan penipuan ini boleh dielakkan jika anda tahu bagaimana untuk mengesannya. Saya akan dedahkan bagaimana untuk mengesan taktik penipu di internet ini.
Ini dieksperimen sendiri oleh saya bagi mengesan cubaan menipu di laman web lelongan seperti eBay dan Yahoo Auction. Saya rasa rakyat Malaysia patut tahu bagaimana ia beroperasi dan bagaimana untuk mengesan ianya menipu atau tidak.
Buat kajian terlebih dahulu sebelum membeli barang diinternet. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat dan merasa barangan tersebut. Anda hanya diberikan gambar tentang barangan yang ingin anda beli. Jadi buat kajian secukupnya kerana anda mungkin ditipu. Ini yang menyebabkan perkara dimana sesetengah orang tidak mempercayai perniagaan internet.
Ini adalah kerana mereka pernah ditipu akibat tidak membuat kajian secukupnya. Ia sebenarnya kesilapan sendiri kerana tertalu taksub dengan testimoni dan sebagainya yang direka oleh penipu tersebut.
Perkara ini yang cuba saya dedahkan berdasarkan post saya berkenaan Harian Metro tempohari. Apa yang ingin saya sampaikan ialah lindungi hak anda sebagai pengguna. Gunakan saluran yang betul dan jangan menyalahkan penipu sepenuhnya kerana ada sedikit sebanyak adalah kesalahan sendiri.
Posted in Report, Scam | 2 Comments »
Saturday, April 21st, 2007
Saya ada membaca email² dari site rajaadsense. Ini adalah antara email yang menyatakan mereka blur dan tak tahu dimana nak mula. Duit pun dah mula kering. Apalagi kembungkan balik poket anda dengan mula berniaga.
Berniaga di internet atau di luar sinun, tak kisah la asalkan ia adalah halal. 9/10 dari rezeki adalah dari perniagaan. Tidak kah anda sedar tentang janji Allah itu?Anda boleh lakukannya secara sambilan pada hujung minggu.Pada permulaan,mungkin ia agak kekok. Lama kelamaan,anda akan biasa.
Buangkan rasa malu kerana meniaga di hadapan rumah.Saya pernah meniaga keropok dihadapan rumah saya ketika saya ketika cuti. Lantak la orang nak cakap ape,saya student u meniaga dihadapan rumah..Saya boleh dapat sehingga RM200 sehari dengan bermodalkan rm50 untuk membeli keropok lekor dari kilang berdekatan.Setelah ditolak kos gas memasak,upah jual,minyak motor dan sebagainya saya dapat untung bersih RM100 sehari.
Jika anda tinggal dikawasan perumahan,anda juga boleh lakukannya. Ini adalah kerana dikawasan perumahan orang sentiasa lapar. Anda boleh menjual burger,sate dan sebagainya di hadapan rumah anda. Buat satu meja atau ruang untuk anda meniaga. Saya tinggal dikampung tetapi berdekatan dengan kawasan perumahan. Mereka la antara pelanggan² saya. Anda juga boleh lakukannya.
Jika anda ingin berniaga,pastikan anda mengira semua perkara yang anda buat. Pergi beli keropok contohnya,minyak motor dan upah beli adalah perkara yang perlu dikira.Buat anggaran sahaja. Ini adalah untuk mengetahui untung sebenar anda.
Ada sesentengah peniaga tidak mengira kos tersembunyi tersebut.Mereka merasakan mereka untung tetapi sebenarnya mereka rugi. Ini adalah antara perkara yang tidak disedari oleh peniaga melayu dalam perniagaan mereka. Jika peniaga cina,pasti mereka akan mengira semuanya kerana semuanya memerlukan kos samada yang nampak atau tersembunyi.
Saya pernah bekerja dengan peniaga cina.Ini adalah perkara yang sering saya lihat ketika meniaga.Mereka sebenarnya gemarkan pelanggan melayu kerana bangsa melayu tak berkira jika membeli sesuatu. Ini berlainan dengan bangsa cina yang sangat berkira walaupun 1 sen.
Posted in Keusahawanan, Panduan, Perniagaan | 3 Comments »
Friday, April 20th, 2007
Saya pun pelik kenapa pada statistik ke site saya menunjukkan keyword “harian metro” ke blog ini. Rupanya post saya tentang satu isu dimana kisah ubat ajaib untuk memanjang alat kelakian.Tak sangka jugak saya. Rupanya Yahoo sukakan artikel tu.

Post ini yang menyebabkan blog ini disenaraikan pada ranking ke 10 di Yahoo.

Post ini menyebab ramai ke blog ini dan ranking alexa blog ini juga menurun secara mendadak daripada 2oo ribu lebih kepada 140 ribu lebih. Unik visitor juga meningkat kepada average 500 orang sehari.
Saya dapati juga, jika saya membuat post setiap hari.Trafik ke blog ini juga semakin meningkat. Ini mungkin beberapa post lain yang turun diarahkan ke blog ini seperti ” cari duit” dan sebagainya. Yang pasti saya akan cuba update blog ini setiap hari khas untuk para pembaca blog ini.
Ini juga menyumbang kepada masyarakat tentang perkembangan dan perniagaan internet yang sebenar. Antara keyword lain yang membawa ke blog ini adalah buyebarrel. Salah satu skim cepat kaya yang sedang hangat di pasaran. Sayatak tahu kenapa dia diarahkan kepada keyword tersebut.
Posted in Cerita, Uncategorized | 6 Comments »