Raja Adsense

Archive for May, 2007

Akhirnya join jugak Advertlets.com

Thursday, May 31st, 2007

Akhirnya join juga Advertlets.com  .Dah tahu lama dah.Cuma tak tergerak nak join.Hari ini saya telah bekerja selama 22 jam. Letih dah otak ni. Saya perlukan rehat 2,3 jam selepas review ni .Sape kata internet marketing relax? Kami sangat busy sebenarnya. Kalo makan gaji just keje 8 jam sehari.

advertlets

Tadi explore nampaknya semakin mantap dengan lebih dari 3 juta ahli dah sekarang.Apa? 3 juta? Dah berjuta lemon orang join program ni. Tapi kenapa yek? Nak tahu?Bagi saya la, sebab konsep dia.

Konsep dia ada jenis poll atau survey.Syarikat besar suka la.Ia memudahkan mereka nak buat survey pape.Cari Advertlets, tunggu abis masa dia.Dapat result, tak perlu susah susah adakan survey sendiri. Malah Digi pun dah join the club. Digi memang agresif kempen dia.Wa salute la Digi & Advertlets.

Konsep dia lebih kepada win win situation & sebagai duit tambahan untuk blogger. Makin ramai blogger di Malaysia ni.Harap dengan Advertlets ni lebih ramai yang boleh buat duit di internet. Agar minda “Eh boleh ke buat duit di internet” terhapus dari rakyat Malaysia khasnya.

Biar orang tahu bahawa kita boleh buat duit dengan iklan di internet. bukan pelaburan internet je boleh wat duit. Setakat ni diorang belum buka kepada pengiklan kecil kecilan, bila dah buka harap ramai boleh iklan.Saya pun nak iklan.

Kepada Advertlets, Semoga berjaya menjadi Penyedia Iklan Blog terbaik di Asia! Siapa yang belum join tu apa lagi. Join le.. boleh ke http://www.advertlets.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Alamak site Kene Hacked

Wednesday, May 30th, 2007

huhuhu…salah satu site saya kene hack. Geramnye….Ni tengah remove semua content sebab tak tahu kat mana dia deface. Kene belajar balik nak defend laman web ni…Celaka la ko Jamaica…

hacked

Habis keje aku buat selama 1 thn kat site tu.Dah la tak back up..nila terjadi bila dah banyak sangat laman web. Nak back up pun tak sempat. Baru je renew site tu. Dah kene hack…Tak pela.sebenarnya tu site experiment. Tempat experiment saya dengan script yang saya dapat. Takpela.

Saya suruh Hosting create balik site tu…Lantak la semua content dalam tu. Kene buka buku balik ni.Ada lagi hole yang tak perasan la ni.Rasanya dah tutup semua ruang dah.Aku tak jumpa kat mana kod dia deface. Malas nak cari dalam beribu ribu fail. Macam cari jarum dalam jerami la..Senang suruh hosting create balik site tu & masuk content baru..Abis cerita..Malas nak peningkan kepala.

Yang penting site baru masuk nanti,tak kene hack lagi.Dia mcm nak bagi amaran kat saya rasanya…Takpe². Nak tengok ko leh hack ke tak lagi nanti.

p/s:Saya degree IT major dalam Computer Network.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Bermula sebagai hobi…

Wednesday, May 30th, 2007

Saya cukup tertarik pada post alang yang bertajuk Kenapa perlu bermula dengan hobi. Saya sangat setuju. Apa sahaja yang anda suka buat, anda tidak akan terasa sangat jika anda tidak berjaya. Yang paling beharga adalah proses pembelajaran try and error yang kita lakukan. Ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak mungkin dibayar dengan wang ringgit.

Jadikan hobi anda sebagai wang adalah satu perkara yang sesiapa sahaja boleh lakukan jika mereka komited dan bersungguh sunguh mengusahakannya. Saya suka membaca,bercucuk tanam dan jalan². Ia merupakan hobi saya.Saya buat duit dari hobi saya tersebut. Bagaimana? Dengan membaca saya menjadi penulis. Kini dah 2 ebook saya didalam pasaran. Saya membuat beribu ribu dari ebook tersebut.

Saya suka bercucuk tanam.Kebanyakannya hanya cukup kegunaan keluarga saya je tapi ada kalanya jual jugak mcm buah nenas.Saya ada kebun.Just untuk mengeluarkan peluh je.Ada la hasilnya dari hobi saya ni.

Jalan² pun hobi saya.Saya dah ke smua tempat di malaysia kecuali sabah dan serawak.Takde rezeki lag kot. Saya pun buat duit dari jalan² ni.Bagaimana? Saya sentiasa bawa kamera saya. Gambar menarik, video saya akan masukkan ke laman web saya. Ia manghasilkan trafik yang banyak ke laman web saya..Adsense saya pun sama sama la naik sekali.:p

Apa yang perlu ada ialah kreatif. Gerakkan minda anda supaya anda boleh cari jalan untuk menghasilkan wang dari hobi anda. Kumpul setem pun boleh wat duit tau.Harga setem lama makin lama semakin naik.Setem (malaysia punye) saya yang paling tua berusia 38 tahun iaitu tahun 1969.Saya ada jugak stem dari luar negara.Ia agak lama.Saya beli kat ebay,dia cakap tahun 1920 an la. Tak tau la berapa harga setem tu sekarang.Saya bli tahun 2004.Ada juga saya beli masa tahun 1998( form 3). Ada satu kedai dia jual setem lama.Saya beli la…Saya pasti harga akan meningkat bile saya tua nanti. Takde duit jual setem…hehehe

Anda pulak bagaimana?Iu adalah antara hobi saya.Saya ada banyak hobi lain.Ada hasil la.Jika anda ingin berhobi,biar la yang ada hasil. Jangan plak hobi modified kereta. Tak ke mananye kereta tu. Ia akan susut nilai.Kereta modified langsung tak berharga kalo nak jual balik.Macam Saifulsham tulis pasal cara hidup lelaki bujang dengan kereta.

Okla.Anda kenalpasti hobi anda & fikirkan bagaimana anda boleh buat duit dengan hobi anda! Bermula sekarang…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Submit ke 350 link Directory

Thursday, May 24th, 2007

Apa khabar semua? Nampaknya ada diantara IM kita tengah bersiap nak ke singapura bagi menghadiri WIS. Timba la ilmu banyak² ye..lepas tu jangna lupa kongsi…

Baikla.Apa yang saya nak kongsikan ialah satu perisian oleh Brad Callen iaitu Directory Submitter. Macam biasa la.Kalo dengan Brad dia akan ada versi percuma dan versi pro. Jika versi percuma kita boleh submit ke 350 link direktori secara percuma la.

Kalo pro 1800 link direktori Bagi saya dah cukup banyak dah kalo nak create one way link ke site kita yang tak seberapa ni. Yela 350 link directory. Kalo submit secara manual mahu makan masa berminggu minggu. dengan Software tu saya sent dalam masa beberapa minit je. Saje je test versi percuma dia. Rasa nak beli versi pro gak nanti.

Anda boleh download di SINI. Ia sangat mudah dan senang. ha..ape lagi download la..Orang beri secara percuma untuk sent ke 350 link directory. Buat pengetahuan anda, one way link sangat penting bagi SEO dan jugak page rank laman web anda. Lagi banyak one way link ke site anda lagi bagus dan lagi tinggi ranking site anda di enjin carian seperti Google.

Selamat mencuba perisian tu nanti.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Dispute Masalah besar dengan Paypal

Thursday, May 24th, 2007

Antara perkara yang menakutkan dengan Paypal adalah disputed. Saya pernah terkena sebanyak 3 kali. 2 kali dengan 2 orang buyer yang berniat jahat & untuk dpatkan ebook percuma dan satu lagi dengan Paypal sendiri.

Paypal pun dispute? Ha…nak tahu kenapa? Sebab ada buyer yang gunakan kad kredit palsu atau di curi. Paypal akan reverse balik duit & tengah mulakan penyiasatan. Apa yang membimbangkan saya adalah saya turut akan di caj.

2 Kes dahulu saya dah kehilangan hampir USD50. Kes kali ini saya tak tahu la.Sebelum ini ada kes phising dimana 2 orang mat salleh telah dicuri password paypal mereka dan pencuri itu telah membeli ebook raja adsense. Hampeh betul. Merosakkan nama baik Malaysia je. Yela,duit diorg digunakan untuk beli produk berbahasa Malaysia. Pastinya penjahat terbabit adalah dari Malaysia.

Sebab inilah Malaysia masih dikategorikan dalam negara paling banyak Fraud dan penipuan di internet.Apa nak jadi tah dengan. Nak kene ban dengan semua berkaitan perniagaan internet ke? sebeb segelintir penjahat, satu negara dapat nama buruk. Mereka menyalahkan Malaysia bukan penjahat tersebut. Efeknya akan terkena kepada kita semua.

Go Daddy, penjual domain names turut ban belian dari malaysia. Kenapa? Kerana fraud la..apa lagi. Mereka akan ban sesuka hati jika anda membeli domain dari mereka. Apatah lagi Clickbank…Terus tak buka buka dah kepada rakyat Malaysia.Kenapa semua ni terjadi? Salah siapa?

ps: sila download dan sebarkan Report internet Scam ye.Sedarkan semua rakyat malaysia.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan