Raja Adsense

Bila student buat business…

Written on May 2, 2007 – 7:03 pm | by sham |

Hi, apa khabar semua? Saya masih lagi di Taiping ketika ini.Saya kat pizza hut taiping sebab ada hotspot disini.Jadi gunakan la ye..Tapi jika anda mengunakannya dapatkan akaun hotspot ini dahulu di tmnet atau kat pizza hut pun ada jual. RM28 untuk unlimited usage for 30 day.

Saya baru sahaja jumpa taiping_online @ fikri tadi.Rupanya dia baru sahaja abis SPM.Rupenya ramai jugak student yang terlibat dalam IM ni ye.Cyber Boy pulak umur 12 tahun dah pandai buat laman web.Bertuahnya mereka ni kerana muda lagi dah terdedah dengan perniagaan.Fikri pulak digalakkan oleh ayahnya.Ayahnya hadiahkan CD Dr.Irfan menyebabkan dia bertambah minat dengan perniagaan internet.

Lebanon merupakan usahawan student yang tidak asing lagi sekarang ini.Gaya penulisan beliau cukup matang menyebabkan ramai yang tak sangka bahawa beliau merupakan pelajar tingkatan 5, dah nak SPM tahun ini.Adik saya pun Form 5,tapi dia tak berminat dengan benda macam ni.Tahu main games sahaja.

Mungkin suatu hari nanti budak 7 tahun pulak  terlibat dalam perniagaan internet.Manala tahu bukan?Budak sekarang semakin lama semakin cepat matang.Saya pun berharap lebih ramai golongan muda terlibat dalam perniagaan.Tak kisah la perniagaan online atau offline.Jual asam kat sekolah pun dikira berniaga jugak.Mereka adalah bakal² usahawan pada masa akan datang.

Daripada mereka menjadi sampah masyarakat atau merepit tak tentu arah.Lebih baik mereka belajar membuat duit sendiri.Boleh tambah simpanan atau untuk belanja diri sendiri tanpa bergantung kepada ibu bapa.Saya cukup respect buat pelajar yang belajar untuk berniaga. Mereka yang biasa berniaga kadang disebabkan pengaruh keluarga dimana keluarga mereka merupakan peniaga. Jadi mereka akan terbentuk kearah menjadi seorang usahawan juga.

Ia mungkin salah satu faktor pelajar membuat business.Saya mula mengenal perniagaan dan buat duit di internet ketika belajar di universiti.Saya belajar dari zero.Tapi sekarang, banyak bahan bacaan yang booleh didapati tentang bagaimana memulakan perniagaan di internet.Ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan lagi kesedaran pelajar hari ini.

Salam usahawan buat mereka.Kepada mereka yang belum memulakan perniagaan mereka, bila lagi nak bermula?Budak² pun dah pandai buat bisnes sendiri…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 3 Responses to “Bila student buat business…”

  2. By Labanon FlareBiz on May 4, 2007 | Reply

    Hehe betul tu… budak2 pun pandai buat bisnes :P

  3. By mawardee on May 13, 2007 | Reply

    wah, tak sangka. mudanya! :)

  4. By hafiza on Nov 7, 2007 | Reply

    perniagaan internet ini memang patut didedahkan sejak kita kecil lagi. alternatif ini lah yang dapat membantu mengurangkan masalah-masalah sosial yang makin teruk sekarang. dan sekaligus dapat memeriahkan lagi cabang internet business di malaysia.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan