Raja Adsense

Pelan Perniagaan

Written on May 5, 2007 – 4:52 pm | by sham |

Saya masih lagi dalam mode travel.Saya access internet di Pizza Hut.Satu kemudahan yang bagus jika anda tidak ingin guna CC yang sangat tidak secure untuk perniagaan anda.Apa yang ingin saya cerita hari ini adalah tentang pelan perniagaan bagi perniagaan anda.Kebanyakan usahawan melayu, mereka mempunyai banyak idea dan mereka hanya buat je apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka. Hasilnya, mereka gagal.

Ini adalah antara dilema yang sering dipandang sebelah mata oleh kebanyakan orang.Pelan perniagaan…Ia sebenarnya bukan sahaja untuk mendapat pinjaman dan sebagainya. Ia sepatutnya sebagai penunjuk arah bagi perjalanan perniagaan anda. Sebab inilah rancangan perniagaan sangat penting.Ia sebenarnya menentukan jatuh bangun perniagaan anda pada masa akan datang.

Apa yang terkandung didalam pelan perniagaan atau rancangan perniagaan biasanya mempunyai rancangan pemasaran, kewangan,forecast pendapatan,pelan alternatif dan banyak lagi.Pelan yang dibuat seolah olah anda diibaratkan anda ingin berperang. Jadi jika rancangan anda gagal, pasti mati. Begitulah juga perniagaan anda.Ibaratkan anda adalah seorang Jeneral bagi sebuah angkatan perang. Semua tindakan ditentukan oleh anda berdasarkan pelan yang telah anda sediakan.Ia mungkin akan sedikit terpesong kadang kadang,namun pastikan jangan terpesong jauh dari matlamat asal anda.Jika anda ingin mengubah pelan anda,pastikan ia membawa kebaikan kepada semua pihak dan bukan hanya kepada perniagaan anda seperti bank,pelabur,pelanggan dan sebagainya.

Sebelum memulakan perniagaan,pastikan anda mempunyai pelan perniagaan anda sendiri terlebih dahulu.Ia adalah satu yang mesti..Anda akan sesat didalam keghairahan anda untuk berniaga. Dan akhirnya disebabkan keghairahan tersebut anda mungkin akan mengalami kegagalan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :